Khamis, 5 Januari 2012

KONVOI JELAJAH BORNEO 2011 INFO ON WHEEL (INTRO)

Assalamualaikum...
Baru-baru ni kawe ada mengikuti satu aktiviti konvoi bermotosikal bagi menjelajah seluruh bumi borneo. Jelajah  ini sebenarnya dianjurkan oleh Tawau Big Biker Owners Club (TBBOC) dibantu oleh Jabatan Belia dan Sukan Persekutuan Tawau. Secara rasminya konvoi ini dinamakan KONVOI JELAJAH BORNEO 2011 INFO ON WHEEL yang bermula pada 21hb November-2hb Disember dan disertai 6 buah  bike dan seramai 8 peserta. Konvoi ini telah melalui 3 buah negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Brunei. Secara kasarnya jarak perjalanan yang telah di tempuhi adalah sejauh 5400km. Untuk makluman semua, konvoi ini adalah merupakan konvoi jelajah bermotosikal yang pertama seumpamanya dilakukan. Sepanjang konvoi memang banyak dugaan dan cabaran yang terpaksa dihadapi. Semua ini telah banyak menguji peserta dari segi mental dan fizikal. Kawe akan ceritakan serba sedikit pengalaman kawe dari hari pertama konvoi sehingga berakhirnya konvoi.   
      

Tiada ulasan: