Sabtu, 15 Jun 2013

RIDE KE BIIBBF 2013 - DAY 2 (SIBU-KUCHING)

Assalamualaikum dan salam Sejahtera...

Perjalanan hari ini adalah merupakan hari kedua bagi kami dalam misi menghadiri acara BIIBBF yang ke 14 dan lokasi tujuan adalah dari Sibu ke Kuching. 

07.06.2013 - HARI KEDUA

0600hrs - Seperti kebiasaan, kami bangun awal pagi serta membuat persiapan untuk memulakan perjalanan ke Kuching. Hari ini kami juga mendapat berita yang saudara Rino terpaksa berpatah balik ke Bintulu kerana anak beliau mengalami masalah kesihatan.

Membuat persiapan sebelum bergerak

Sedikit taklimat dari kawe sebelum bergerak

Aiman... Pertama kali membuat perjalanan ke Kuching

Bergambar dihadapan Hotel Li Hua Sibu

Kawe, Adeng n Rino

0630hrs - Selepas sedikit taklimat dan bacaan doa yang dibaca oleh Adeng, kami mula bergrerak meninggalkan Hotel Li Hua Sibu dan kami akan menggunakan jalan Jambatan Lanang dan dikenakan bayaran sebanyak 50 sen untuk sebuah bike. Oleh kerana kebanyakan antara kami belum bersarapan, kami mengambil keputusan untuk berhenti bersarapan pagi di tempat Rawat dan Rehat (R&R) Layar, Betong. Perjalanan kami dari Sibu menuju ke Layar pada pagi itu agak lancar kerana tidak banyak kenderaan yang sehaluan dengan kami. Cuma ada beberapa kawasan terutama ketika melalui kawasan perkampungan, konvoi agak perlahan kerana banyak kenderaan yang keluar masuk.Kawe terpaksa memperlahankan rentak konvoi sebagai langkah-langkah keselamatan.

Bergerak menuju ke Jambatan Lanang,Sibu

Sungai Rajang.... Antara sungai yang paling terkenal di Negeri Sarawak

Konvoi diatas Jambatan Lanang

Selepas melintasi Jambatan Lanang, Sibu. Hari masih lagi berkabus

Peace dari kawe

Konvoi bergerak dalam posisi yang selamat

Pada mulanya imgatkan ada sekatan jalanraya oleh Polis. Rupanya ada lori yang kemalangan

Jalan agak berminyak. Konvoi melaluinya dengan berhati-hati

Perjalanan yang agak santai tetapi menyeronokkan

Kelajuan dan jarak yang selamat. Antara kunci utama sewaktu konvoi

Gambar kawe n wife 'on da bike'

Jalan sebegini ibarat syurga bagi kaki meroket

Walaupun hanya 12 buah bike tapi konvoi agak panjang

Menghampiri RnR Layar, Betong

0830hrs - Perjalanan kami dari Sibu ke Layar yang berjarak sejauh 150 kilometer telah memakan masa selama dua jam jika dikira dari jumlah jam. Sebelum bersarapan, kami terlebih dahulu mengisi minyak bike di Petronas Layar sebelum seterusnya ke Serian.

Berhenti mengisi minyak bike bersebelahan RnR Layar, Betong

Sarapan dulu boss...

Nasi lemak gaya Layar... Telur goreng + sekor ikan 'bulu ayam'

0930hrs - Mula untuk bergerak menuju ke Serian setelah masing-masing mengalas perut untuk perjalanan hari ini. Sewaktu kami singgah di RnR Layar, sebenarnya ada beberapa lagi kelab lain yang berhenti untuk bersarapan dan mengisi minyak. Sewaktu meneruskan perjalanan, kami sempat terserempak dengan rakan-rakan dari Sarikei Bikers, Yamaha Riders Brunei dan beberapa lagi rakan bikers.

Cikgu Adi n Bro Zainess

Terserempak dengan rakan-rakan dari Yamaha Riders Brunei

Teebox SeventyOne... Ketua konvoi Yamaha Riders Brunei

Peace lagi... Cuaca agak mendung tapi tak hujan

1020hrs - Kami sampai dipersimpangan jalan Kuching-Sri Aman dan kami mengambil keputusan berhenti untuk menunggu beberapa rakan yang dibelakang. 

Berhenti menunggu rakan-rakan yang dibelakang

1030hrs - Kami meneruskan perjalanan untuk menuju ke Serian dan sebelum itu kami akan berhenti di Pekan Lachau 30 kilometer selepas Simpang Sri Aman untuk berjumpa dengan Bro Calvin yang akan mengikuti kami ke Kuching. Perjalanan kami menuju ke Lachau agak selesa kerana jalan agak lengang.

Perjalanan yang agak selesa bagi konvoi

Sewaktu mendaki dikawasan Bukit Bengunan

1045hrs - Sampai di Pekan Lachau untuk berjumpa dengan Bro Calvin selain beberapa peserta mengambil kesempatan untuk melakukan 'urusan peribadi' termsauklah kawe. 

Aktiviti merengangkan otot-otot belakang

Yuhanes n wife...

Bike baru Bro Calvin YAMAHA R1

1100hrs - Dari Pekan Lachau, kami kembali bergerak menuju ke Serian. Kami akan berhenti di Serian untuk makan tengahari sebelum bergerak ke Kuching. Perjalanan kami menuju ke Serian kali ini disajikan dengan jumlah kenderaan yang banyak yang sehaluan dengan kami. Walaupun begitu konvoi kami tetap lancar kerana ramai pengguna jalan raya terutama yang menggunakan kenderaan 4 roda memberi kerjasama yang baik dengan kami dengan memberi sedikit laluan untuk kami memotong.

Perjalanan menuju ke Serian

Disajikan dengan jumlah kenderaan yang banyak. Apa pun terima kasih kerana memberi kerjasama dengan kami. 

1210hrs - Selepas sedikit kepenatan, kami akhirnya sampai di Bandar Serian dan kami berhenti disalah satu kedai makan untuk makan tengahari. Jika dilihat diatas kertas, perjalanan kami ke Bandar Kuching hanya memakan masa lebih kurang sejam sahaja lagi bergantung pada keadaan trafik sewaktu menuju ke Kuching.

Parking bike dulu boss...

Air yang kawe oder 'lemon asam boi' 

Gaya rakus Adeng dengan kari kambing

1315hrs - Selepas agak kekenyangan ditambah dengan mata yang sedikit kuyu ditambah juga dengan cuaca yang panas kami kembali bergera ke lokasi akhir kami iaitu Kuching. Perjalanan ke Kucing lancar cuma ada sedikit sibuk sewaktu menghampiri Bandar Kuching. Ini menyebabkan konvoi kami terpecah dua akibat tersalah jalan. Jadi kami mengambil keputusan untuk berjumpa di lakosi acara iaitu di Plaza Merdeka Kuching.

Konvoi bergerak dari Serian

Berhenti mengisi petrol terlebih dahulu sebelum memasuki Bandar Kuching

Keadaan jalan yang sesak sewaktu memasuki bandar Kuching.

1430hrs - Dari Serian, kami akhirnya sampai di Kuching dan kami terus ke Plaza Merdeka Kuching untuk melihat sekitar lokasi acara BIIBBF. Sewaktu kedatangan kami, kelihatan masih belum ramai bikers yang datang, mungkin kami yang terlewat atau ada bikers telah balik ke tempat penginapan masing-masing untuk berehat setelah seharian penat.

Parking bike dihadapan Plaza Merdeka Kuching

Bike yang dipamerkan didalam Plaza Merdeka Kuching

Kaunter untuk urusan pendaftaran BIIBBF

Wife kawe bersama Kak Mila dari Tawau Big Bikers Owner Club (TBBOC)

Kita minum dulu....

1640hrs - Setelah melihat sekitar lokasi acara BIIBBF, kami bergerak untuk balik ke tempat penginapan kami yang merupakan sebuah Home Stay iaitu di NADIN HOMESTAY yang terletak di Jalan Siol Kandis. Sebenarnya lokasi tempat penginapan kami agak jauh dari bandar kuching dan ini menyebabkan kami sedikit susah untuk mencari lokasi Home Stay Tesebut.

Pusing-pusing mencari lokasi Home Stay

Yohanes

Ah Chang

Aiman

Kawe

Gaya lagak ngeri Fredie

Wife Yohanes

1730hrs - Dengan bantuan tuan punya Home Stay kami akhirnya menemui lokasi yang dicari. Memang agak susah untuk dicari terutama kami yang kali pertama datang ke sini. Sebelum masuk berehat, kami mengambil keputusan untuk membincangkan beberapa perkara terlebih dulu kerana ada beberapa hal yang penting yang perlu dibincangkan dengan kadar yang segera.

Parking bike di halaman rumah

Bincang sikit-sikit je boss...

Nadin Catering sebelah rumah kami. Tapi dah tutup...

2030hrs - Seperti yang dipersetujui, kami keluar untuk makan dan kali ini kami terpaksa menggunakan van dengan bayaran RM100 ulang alik kerana pada malam tersebut hujan turun dengan agak lebat. Untuk malam ini kami makan di RJ AYAM PENYET di Kuching.

Wan tertidur... Mungkin agak kepenatan

Sotong Penyet

Ayam penyet panggang

Makan jangan tak makan boss...

2200hrs - Kami bergerak balik ke Home Stay kami untuk berehat setelah masing-masing agak kepenatan. Apa pun secara keseluruhan, perjalanan hari ini telah memakan perjalanan sejauh 459 kilometer dari Sibu ke Kuching. Dan kawe sekali lagi bersyukur yang perjalanan kami dilindungi dari segala musibah. 



2 ulasan:

ruly sibat berkata...

berapa jarak boh, homestay dgn lokasi biibbf tuh?

KAKI MOTOR berkata...

Jarak tak pasti boss... Tapi dalm 15 minit juga kalau naik bike....