Ahad, 4 Mac 2012

RIDE SANTAI CNY (KUDAT-KUNDASANG) - DAY 2 - 22.01.2012

Assalamualaikum....

Hari ini merupakan hari kedua dalam agenda kawe RIDE SANTAI CNY. Bagi perjalanan pada hari ini kawe akan menggunakan jalan KUDAT-KOTA MARUDU-PITAS-SAPI-NANGOH-TELUPID-RANAU-KUNDASANG dan jarak yang akan dilalui adalah sejauh 472 kilometer jika dilihat diatas peta. Ini merupakan kali pertama kawe menggunakan laluan ini dan sebelum ini hanya mendengar cerita kawan-kawan sahaja yang pernah menggunakan laluan tersebut. Dengar cerita jalan ini banyak selekoh-selekoh yang berbahaya. Nampaknya kena la kawe lebih berhati-hati.

Selesai urusan check out dari Hotel Grace Garden dengan kos penginapan hanya RM64.00 untuk satu malam. Kawe dan isteri sempat untuk bersarapan pagi dan mengisi minyak dengan kos sebanyak RM18.00 sebelum bergerak untuk meninggalkan bandar Kudat sekitar jam 9 pagi.

Gambaran hotel tempat kami menginap ( Bawah BSN atas hotel)

Hotel Grace Garden. Murah dan selesa

Isi minyak dulu boss... Petronas Kudat

Kawe berlatar belakangkan Kudat Esplanade

Terima Kasih Kudat...

Dari Kudat kami akan bergerak menuju ke Kota Marudu terlebih dahulu yang jaraknya sejauh 76 kilometer dari Kudat jika dilihat dari odometer bike kawe. Perjalanan menuju ke Kota Marudu dengan kelajuan sekitar 100km/j betul-betul membuat kami santai ditambah pula dengan keadaan jalan yang tidak banyak kenderaan yang menggunakan jalan pada hari tersebut.

Perjalanan yang selesa dan santai....

Road block JPJ. Masa ni kena tahan untuk pemeriksaan. Lesen...ada, road tax ok... Jalan....

Dari jauh gunung-ganang yang kebiruan.... Peace...

Kota Marudu-Pitas...  

Lebih kurang jam 10.30 pagi kami sampai di Kota Marudu setelah mengharungi perjalanan yang cukup santai dengan cuaca yang cukup bagus bagi kami. 

Kota Marudu lagi 10 KM.

Tak banyak kereta yang sealiran dengan perjalanan kami.

Jalan lurus dengan pemandangan sawah padi

Salah satu  pemandangan pekan Kota Marudu 

Seterusnya kami meneruskan perjalanan lagi dan kali ini kami akan melalui Pitas.Sebelum sampai di pekan Pitas kami sempat singgah di suatu tempat yang agak menarik di tepi pantai iaitu di Dataran Bongkoka Pitas. 

Laluan ke Pitas... Banyak melalui kawasan perkampungan..

Melalui kawasan kampung di tepi laut...

Kambinggg....

Dataran Bongkoka, Pitas...

White V kawe....

Jauh merenung isteri kawe ni...

Dataran Bongkoka Pitas... Nampak mcm chalet tp dah uzur sangat...

Pemandangan laut dari jalanraya
  
Perjalanan ke Pitas mula menunjukkan awan yang mendung menandakan hari akan hujan. Tapi kami selamat kerana semasa kami melewati Pitas hujan baru sahaja berhenti. Ini bermakna nasib kami benar-benar bagus pada hari itu.

Pitas... Sinonim dengan udang galah...

Nasib baik lepas hujan... selamat...

Jalan dah kembali kering... Nasib baik hujan sekejap sahaja...

Selepas mengharungi perjalanan yang memakan masa hampir satu jam selepas Pitas, kami akhirnya sampai di persimpangan yang akan membawa kami melalui Sapi-Nangoh yang diceritakan oleh rakan-rakan bikers yang agak mencabar dengan selekoh-selekohnya. 

Nangoh... Inilah jalan yang kami pilih.

Jalan yang sunyi dengan pemandangan hutan dikiri kanan jalan

Antara selekoh yang ada semasa melalui Sapi-Nangoh

Sesekali disaji dengan jalan yang lurus...

lagi selekoh yang berbahaya...

Dan lagi...

Monyet... Banyak kawe jumpa ditengah jalan...

Masa ni terpaksa kontrol jiwa kerana kali ni hanya untuk ride santai...

Selekoh lagi...

Lagi...

Ini pun selekoh jugak...

63 KM/J... Betul-betul santai...

Akhirnya perjalanan melalui jalan berliku dan berhutan dikiri kanan jalan berakhir selepas lebih kurang 40 minit kami menunggang. Selepas itu kami mula disajikan dengan keadaan jalan yang tidak banyak berliku dan sesekali lurus yang panjang dalam ladang sawit yang betul-betul luas. Keadaan ini menyebabkan kami agak sedikit mengantuk kerana sepanjang perjalanan hanya sawit yang kami lihat dikiri kanan jalan.

Antara kereta yang kami jumpa... Kalau ada pun boleh dikira...

Mula memasuki jalan ladang sawit yang luas

Jalan yang lurus dalam ladang sawit yang luas. 

Sapa nak test meter bike boleh cuba kat jalan ni... Tapi kawe tetap santai...


Akhirnya kami sampai di Beluran. Kiri ke Sandakan... Kanan ke Kota Kinabalu... Jadi kita ke kanan...

Pada jam 1.45 tengahari kami sampai di simpang Beluran antara Sandakan-Telupid. Tapi ladang sawit tetap menemani kami sehinggalah kami sampai di Telupid dan kami berhenti di Telupid untuk makan tengahari dan mengisi minyak petrol yang kali terakhir kami isi di Kudat.

Tak jauh lagi perjalanan kami...

Masih melalui ladang sawit sebelum sampai di Telupid...
  
Alamak...road block la. Tapi apa nak takut semua ok...

Sebelum sampai di Telupid...

Isi minyak di stesen minyak milik Sabah Oil. Masa ni jugalah kami terserempak dengan group YAMAHA LC.

RM40.00 untuk 14.5 liter.... Mahalnya...

Makan di salah satu kedai makan di Telupid. Agak mengecewakan...

Selesai makan kami meneruskan lagi perjalanan kami. Dan jika dilihat dari jadual asal kami adalah untuk ke Kundasang dan bermalam. Ketika hampir sampai di Ranau kami disirami hujan yang agak lebat tapi tidaklah lama.

Kompom sejuk kampung ni...

Banyak pula keta waktu ni...

Sungai inilah yang selalu membuat kawe teruja untuk mandi... Tapi sampai sekarang belum kesampaian...

Macam hujan je kat depan tu...

Kan dah kata hujan... kena la pakai baju hujan...

Dah dekat nak sampai Ranau...

Ranau... 

Bergerak ke Kundasang...

Dari Telupid kami akhirnya sampai di Kundasang setelah dua jam diatas bike. Sewaktu kami sampai di Kundasang keadaan cuaca agak berkabus dan sejuk. Dalam cuaca yang berkabus kami bergerak untuk mencari hotel untuk kami menginap. Dalam usaha mencari hotel untuk kami menginap telah menjadi satu cabaran bagi kami kerana semua hotel yang kami pergi penuh.

Gerai yang menjual buah-buahan dan bunga-bunga segar di Kundasang...

Mount Kinabalu Heritage Resort & Spa.... FULL HOUSE...

Kabus dah mula meliputi pekan Kundasang...

Sejuk punya pasal... terpaksa kawe pakai baju hujan... Hehehe

Jarak penglihatan yang agak terhad dalam keadaan berkabus,,,

Kawasan bukit pun dah dilitupi kabus...

Oleh kerana kami gagal untuk mencari tempat menginap di Kundasang, kami mengambil keputusan untuk turun semula ke Ranau dan bermalam di Ranau. Lagi pun jarak Kundasang dari Ranau hanya 15 kilometer sahaja kalau kawe tak silap. Akhirnya kawe berjaya mencari tempat menginap di Ranau dan kami menginap di sebuah hotel bajet dengan bayaran RM80.00 untuk satu malam (nama hotel kawe lupa la).

Terpaksa bergerak turun semula ke Ranau gara-gara ketiadaan tempat menginap....

Pada sebelah malamnya kami hanya keluar makan dan tapau di KFC sahaja kerana kami agak penat pada hari itu. Selesai makan kami terus balik untuk berehat. Untuk perjalanan hari esok kawe dan isteri masih belum rencanakan. Jika diikut pada rancangan asal untuk melalui Tambunan ke Keningau....

9 ulasan:

Azmarnizam Omar berkata...

As salam.
Respek memang journey yang best. Naik motor lagi fuh...thrill tu.
Saya plan nak pi sabah nih. Nanti plan nak travel dari Kudat ke Sandakan. Nasib baik info banyak dari blog saudara ni. Sedikit sebanyak tau lah rupa jalan camne. Plan naik kete ajer then bawak family sekalik.

Azmarnizam Omar berkata...

Respek...naik moto lagi.
Saya plan nak pi Sabah ujung tahun nih.
Travel dari Kudat ke Sandakan. Tp naik kete, dengan anak2 sekali.
Blog tuan banyak bagi info so ada idea lah jalan dia camne.
TQ

azrudin berkata...

Salam.. saya baru melalui Jalan Sapi Nangoh (26 May 2012) dari arah Sandakan ke Kota Marudu (by car) .. isteri kebosanan lalu jln tu,, tapi saya amat2 teruja melalui laluan sunyi, tenang dan jarang dilalui pelawat..

KAKI MOTOR berkata...

Azmarnizam Omar : Terima Kasih sebab sudi menjadi pembaca bagi blog kawe. Kawe hanya menulis dari pengalaman. Kawe pun tak pandai nak tulis bagus boss....

KAKI MOTOR berkata...

Azrudin : Jalan Sapi Nangoh sememangnya sunyi boss... Isteri kawe pun mengadu benda yang sama boss... Biasalah pompuan... Hahahaha

KAKI MOTOR berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
KAKI MOTOR berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Budin Zulkifli berkata...

Terima kasih, walau pun suka jelajah Sabah utk cari tempat snorkeling, nampaknya saya x akan lalu jalan ni. Gambar2 yg diambil cukup memberi makna kpd saya....

As berkata...

Terbaik bos..