Isnin, 5 Mac 2012

RIDE SANTAI CNY (RANAU-LIMBANG) - DAY 3 (LAST) - 23.01.2012

Assalamualaikum....

Hari ini merupakan hari ketiga bagi kami dalam misi RIDE SANTAI CNY 2012. Hari in kawe dan isteri bangun agak awal kerana isteri kawe cakap ada beberapa tempat yang dia ingin pergi. Bagi kawe yang dilantik sebagai pemandu, kawe ikut sahaja apa yang diarahkan oleh 'Menteri Perumahan' merangkap 'Menteri Kewangan Kedua' kawe.

Sebelum bergerak naik ke Kundasang, kami sempat bersarapan pagi di Anjung Selera, Ranau. Tempat pertama yang ingin isteri kawe pergi adalah melawat ladang lembu susu. Tapi sebelum tu kena isi minyak dulu boss... Kali ni kawe isi minyak tak banyak hanya RM17.00 sahaja di Petronas Ranau.

Anjung Selera... Kalau tak silap kawe kedai ni buka 24 jam.

Sedikit pemandangan pekan Ranau

Selesai semua urusan kami mula bergerak naik ke Kundasang. Perjalanan naik ke Kundasang menyaksikan jalan raya ada sedikit sibuk memandangkan hari cuti yang panjang CNY. Kawe sediakan sedikit gambar untuk kawan-kawan semua semasa kami di Kundasang.

Kinabalu Pine Resort, Kundasang... Tak sah kalau tak bergambar disini

Bikers yang yang kami jumpa... Hanya angkat tangan tanda hormat sesama bikers...

Kabus menutupi pemandangan Gunung Kinabalu...

1) Ladang lembu tenusu di Desa Cattle (S) Sdn Bhd - 11.00 Pagi

Kalau nak tengok lembu susu kena datang sini...

Kawe...

Kawe... Cari tempat parking bike dulu boss...

Kabus... Macam nak hujan...

Jumpa kawan yang sama keje (baju merah).... Kecik dunia ni...

Lembu tenusu... Macam kat New Zealand plak...

Isteri kawe....

Tempat lembu akan diperah susunya...

Kawe... Kena candid..

Isteri kawe dengan latar belakang kabus...

Kawe pun nak bergambar jugak...

Bergerak balik...
2) Mesilau - 12.00 Pagi

Bangunan Kundasang Golf Club


Jalan ke Mesilau, Kundasang

Betul-betul menenagkan jiwa... Peace...

Masuk ke Kinabalu Park melalui Mesilau... Bayaran RM3.00

Kawe di Mesilau...

Kadar bayaran untuk masuk ke Kinabalu Park


Bersedia untuk meredah kabus...

Mesilau..

Isteri kawe... Puas hati dapat datang sini...

Penat berjalan sampai terduduk...

Anak burung murai...

Isteri kawe di Information Centre

Dua helmet satu orang...

Sejuk boss...

Kami...

Bersedia untuk bergerak turun...

Kabus dah mula menebal...

Rasa nak mandi je kat air terjun ni.... Tp sejukkk...

Kasi gambar skit boss...

Isterri kawe pun tak nak lepaskan peluang jugak...


White V kawe... Banyak berjasa pada kawe...


Rumah sapa la kat atas ni... 

Ini lagi satu...

Turun dari Mesilau... 

3) Ladang Bunga (Nama tempat kawe lupa plak) - 1.00 Tengahari

Banyak betul bunga kat sini... Nak beli tak tau mana nak simpan

Orkid...

Pokok periuk kera... Sapa nak beli RM145 paling murah. Kawe dah tanya tanam kat tempat biasa tak hidup...

Periuk kera... Yang ni lain spesis

Panjang jak senyum isteri kawe ni... Maklumlah hajat tercapai...

Dia lagi...

Cantik pulak bunga ni kawe tengok...

Yang ni tak tau apa nama...

Isteri kawe bergambar dengan pokok yang diberi nama pokok krismas oleh orang tempatan. Daun hanya bertukar merah untuk 2-3 bulan dalam setahun bermula bulan 12.

Pelik pulak kawe tengok pokok ni... Yang atas tu nak kata daun atau buah???

4) Strawberry Garden - 2.00 Petang

Strawberry Garden... Kadar bayaran masuk RM1.00. Kalau menginap disini FOC

Kata strawberry garden tapi bunga ros putih pulak yang ada... Strawberry takde sebab bukan musim... Adoyai...

Boxing?? Ni mesti disembelih ayam laga ni...

5) Kinabalu Park - 3.00 Petang

Dalam perjalanan ke Kinabalu Park. Kabus makin tebal...

Kinabalu Park...

Jalan naik menuju tempat permulaan pendakian ke Gunung Kinabalu

Parking dulu boss...

Disinilah tempat kalau rasa nak mendaki Gunung Kinabalu selain di Mesilau... Orang cakap sini lagi dekat... Bukan saya cakap tapi orang cakap...

Ada sapa-sapa yang rasa nak pecahkan rekod???

Sejuk punya pasal... Riding gear kawe tak bukak... Hahaha

Laluan memulakan pendakian Gunung Kinabalu...

Tempat bermula pendakian...

Laluan pendakian...

Dah nak balik... Terima Kasih Sabah...

Bergerak turun...

Berhenti sebelum keluar dari Kinabalu Park...

Kalau tiada kabus biasanya akan nampak jalan turun dari Kundasang dari sini...

Isteri kawe... Sejuk ke???

Jauh merenung nampak...

Lapar punya pasal... KFC yang ditapau semalam kawe bedal... Hahaha

Bergerak balik dan keluar dari Kinabalu Park...

Pada jam 4.30 petang aktiviti jalan-jalan kami ke beberapa tempat di Kundasang berakhir dan kami mula bergerak turun. Memandangkan hari sudah agak lewat kami mengambil keputusan untuk menggunakan jalan Kundasang-Kota Kinabalu untuk balik ke Limbang. Semasa turun kabus tebal menyelubungi kami dan jalan kelihatan agak basah menyebabkan kawe terpaksa berhati-hati dalam pemanduan kerana jalan menuruni Kundasang terkenal dengan selekohnya yang berbahaya.

Bergerak turun ke Kota Kinabalu....

Dari pagi sampai petang kabus tak hilang-hilang..

Nasib baik turun tak banyak kereta....

Jalan basah dan licin...

Gerai yang terdapat ditepi jalan semasa turun dari Kundasang

Selepas menuruni bukit Kundasang yang berselekoh, kami akhirnya sampai di kawasan tanah rata yang tidak lagi berbukit. Kami seterusnya bergerak menuju ke Kota Kinabalu dan akan bergerak terus melalui Papar-Beaufort-Sipitang-Lawas-Limbang. Perjalanan menuju ke Kota Kinabalu diiringi oleh cuaca yang panas dan jumlah kenderaan pada hari tersebut juga tidaklah banyak seperti yang kawe jangka. Ini sedikit sebanyak memudahkan perjalanan kami. Namun semasa kami hampir memasuki daerah Papar, hujan yang agak lebat mula mencurah membasahi kami. Kami meneruskan juga perjalanan tanpa memakai baju hujan walaupun kami ada membawa baju hujan. Mungkin rasa kulit ni banyak lemak kot... Hehehehe...

Akhirnya sampai ke tanah lapang di bulatan Tamparuli-Kota Kinabalu-Kota Belud

Memasuki Kota Kinabalu...

Tak banyak kenderaan masa ni... Mungkin dah petang @ 5.30 Petang

Hujan mulai turun sebelum Papar

Hujan... Langit kelihatan gelap

Hujan...

Keadaan Q di Temburong menunggu feri untuk masuk ke Limbang @ 9.00 malam

Pada jam 9.00 malam kami sampai di Limbang dalam kesejukan dan kawe tak pernah ride dalam keadaan yang amat sejuk begitu kerana hujan yang tak henti-henti dari Papar ke Lawas. Kami akhirnya sampai di rumah lebih kurang jam 9.15 malam dalam kesejukan yang mencecah ke tulang...... 

2 ulasan:

Aku Budak Nerek berkata...

Best bro.
Asal memang dari sana ker?
Teringin nak angkut motor ke sebelah sana, buat ride ke sana pulak. Ada idea tak berapa kos?

KAKI MOTOR berkata...

Asal Kelate boss... Kira anak jati Kelate tapi isteri orang sini. Tercampak kat sini atas desakan tugas boss. Boleh la kalau nak datang sini. Dari segi kos ada dua pilihan iaitu jalan laut dan udara. Kalau pakai laut kos lebih kurang RM800.00 tp 3 minggu sampai paling lewat. Kalau pakai MAS KARGO ikut berat bike boss. Kalau tak salah kawe satu kilo RM6.80 dan satu hari sampai.