Isnin, 9 Januari 2012

KONVOI JELAJAH BORNEO 2011 DAY 4 (TAWAU-TARAKAN)

Assalamualaikum...


22.11.2011 – Hari ini merupakan hari keempat perjalanan kami bagi menjelajah bumi borneo. Perjalanan hari ini sebenarnya akan menggunakan bot ke Pulau Tarakan yang akan mengambil masa selama 4 jam dari Pelabuhan Tawau. Oleh kerana waktu pelepasan bot ke Tarakan sekitar jam 12 tengahari maka dapatlah kami bangun agak lewat sedikit hari ini.
Seperti yang direncanakan, kami akan bergerak ke Pelabuhan Tawau pada jam 10 pagi. Jadi semua peserta perlu menyiapkan diri sebelum jam 10 pagi. Sekitar jam 9.30 pagi semua peserta sudah berada di lobi hotel untuk ke pelabuhan. Kawe dan isteri merupakan peserta yang paling lewat pada hari itu. Kawe bukannya sengaja tapi dek kerana demam yang agak menganggu tidur kawe maka kawe terlajak tidur sedikit. Kawe bernasib baik kerana demam kawe tidak melarat seperti kebiasaannya. Mungkin kerana semangat untuk pergi menjelajah bumi borneo lagi kuat dari melayan sakit demam kawe ni.


Bergambar bersama Kak Midah (baju merah) sebelum ke pelabuhan

Tepat jam 10 pagi kami menaiki dua buah kenderaan yang dipandu oleh Kak Midah dan Bro Rosli yang juga merupakan orang kuat Tawau Big Biker Owners Club (TBBOC) yang akan menghantar kami ke pelabuhan. Sewaktu kami sampai di pelabuhan, Bro Ruly selaku ketua konvoi menyerahkan tugas untuk membeli tiket feri@bot kepada Aki Anis. Harga bagi setiap peserta adalah sebanyak RM130.


Aki Anis membeli tiket feri@bot. Beli biar cukup Aki...

Abe Mat marah tak dapat tiket ka... Sabar boss...

Sementara kami menunggu Aki menyelesaikan urusan tiket, kawe dan peserta-peserta lain membuat urusan untuk tukaran wang. Waktu ni tukaran wang adalah RP2800 bersamaan RM1. Masa nilah kawe merasa jadi jutawan. Mana taknya dalam tangan selepas ditukar kawe ada 2.8 juta boss...


Tukar duit dulu boss....Masa ni dah jadi jutawan dah.

Bini kawe dah jadi jutawati dah...

Setelah semua dah beres kami semua bergerak masuk ke ruang menunggu sebelum membuat pemeriksaan imigresen untuk menaiki bot. Keadaan agak sesak sebenarnya sewaktu kami menunggu sebelum dibenarkan menaiki bot.  
Ruang kaunter menunggu berdekatan kaunter pemeriksaan imigresen

Bersama bikers TBBOC yang datang menghantar kami di Pelabuhan Tawau

Keadaan yang sesak di Pelabuhan Tawau

Setelah setengah jam menunggu lebih kurang jam 12 tengahari kami dibenarkan menaiki bot untuk bergerak ke Tarakan, Indonesia. Semasa didalam bot sekali lagi kami mengalami sedikit kesulitan apabila semua ruang tempat duduk penuh. Waktu itu Bro Ruly menyuruh kami untuk naik ke bumbung bot kerana diatas bumbung bot terdapat ruang tempat duduk yang terbuka dan berbumbung. Masa ni kami dah tak kisah duduk dimana walaupun masa ni kami duduk berhimpit-himpit antara orang dan barang dan ada juga dua tiga peserta yang terpaksa berdiri kerana kekurangan ruang untuk duduk. Sewaktu diatas bot bermacam-macam ragam yang dapat dirakam. Jom kita saksikan beberapa acara bebas peserta diatas bot semasa ke Tarakan.
Aktiviti paling mudah kata Bro Ruly...tidooo....
Acara bebas kedua...potong kaki...eh silap kuku...

Acara potong kuku beregu. Romantiknya Abe Mat kita n isteri...

Aktiviti kawe adalah mengelap helmet...

Bro Ruly dengan pose ayunya

Moore n Abe Mat bergambar gaya bebas

Kelong untuk menangkap ikan bilis yang banyak di perairan Indonesia

Setelah mengharungi perjalanan selama 4 jam yang mengharungi lautan Malaysia dan Indonesia kami akhirnya sampai di Jeti Penumpang Tarakan, Indonesia. Keadaan di jeti sewaktu kami sampai agak sesak dengan penumpang yang menunggu untuk menaiki feri dan juga dengan orang-orang yang ingin mengangkat barang yang dibawa dari Tawau. 

Selepas menjejakkan kaki ke jeti, peserta konvoi terpaksa berjalan kaki sejauh 500 meter untuk ke kaunter pemeriksaan imigresen untuk masuk ke Indonesia.
Keadaan di Jeti Penumpang Tarakan, Indonesia.
Masa ni dah jadi macam pelarian dah

Menggunakan ruang pejalan kaki yang disediakan menuju ke tempat pemeriksaan imigresen

Setelah agak penat berjalan kami sampai di kaunter pemeriksaan imigresen untuk urusan kemasukan ke Indonesia. Ketika sedang asyik beratur untuk pemeriksaan dokumen, ahli konvoi dikejutkan dengan kehadiran rakan-rakan bikers Tarakan yang datang untuk menyambut kedatangan kami. Semasa inilah mereka meminta untuk kami mengumpulkan passport untuk diserahkan kepada pihak imigresen Tarakan dengan dibantu oleh seorang orang tengah. Ini sedikit sebanyak memudahkan kemasukan kami di Tarakan. Kalau tidak rasanya jenuh jugak kami akan disoal siasat sebelum dapat masuk. 

Semasa menunggu pemeriksaan dokumen selesai

Oleh kerana kami tidak disoal siasat seperti kebiasaannya, maka urusan kemasukan kami adalah senang sebenarnya. Begitu juga sewaktu pemeriksaan barang semasa melewati pemeriksaan kastam, pergerakan kami juga lancar. Setelah selesai urusan imigresen dan kastam maka secara rasminya kami telah memasuki negara Indonesia bagi meneruskan misi kami untuk membuat satu bulatan diatas bumi Borneo. Tapi sebelum tu kami kena pergi mengadap di KANTOR PENGAWASAN DAN PELAYANAN BEA DAN CUKAI TIPE MADYA TARAKAN bagi urusan mengambil bike kami yang telah belayar membelah lautan pada hari sebelumnya. Tak sabar rasanya nak jumpa bike kesayangan kawe masa tu...(sebenarnya bukan apa cuma risau saja takut ada yang bermasalah). 

Ini kantornya pak

Kantor BEA CUKAI TARAKAN

Bikers Tarakan yang mengiringi dan menjemput kami

Dengan ditemani oleh kawan-kawan dari Tarakan Bikers kami sampai di kantor yang dimaksudkan. Sebagai ketua rombongan Bro Ruly ditemani Aki Anis masuk mengadap kepala kantornya (Ketua) bagi menyerahkan dokumen-dokumen yang diperlukan. Agak lama sebenarnya Ruly dan Aki mengadap sehingga apabila semua peserta dipanggil sekali untuk mengadap. Didalam kantor barulah kawe tahu bahawa sebenarnya kami telah mengalami masalah yang agak besar yang boleh membatalkan acara kami. Kami dimaklumkan bahawa bike kami tidak dapat masuk ke Tarakan kerana kami tidak mempunyai KANET (kawe pun tak faham apa tu KANET) untuk memasuki Tarakan. Kalau kawe tak silap KANET adalah merupakan deposit bike mengikut harga asal bike yang kita beli. Ada beberapa negara yang memerlukan KANET yang kawe tahu antaranya India, China dan Iran (betulkan kalau kawe silap). Ini sudah menjadi masalah bagi kawe dan semua peserta lain kerana mana nak cari duit sebanyak tu... 

Proses rundingcara 

Dalam keadaan yang agak genting begini Bro Ruly mengambil inisiatif untuk menelefon Pak Hendra iaitu Konsul Indonesia di Tawau. Selepas bercakap melalui telefon dengan Pak Hendra, Bro Ruly menyerahkan telefon kepada kepala kantor yang berwajib supaya bercakap dengan Pak Hendra. Masa tu kawe tak tahulah apa yang dicakap oleh mereka tapi yang kawe tahu selepas bercakap melalui telefon bike kami dibenarkan masuk. Dalam hati masa tu betul-betul lega...lega bukan apa, kawe takut bike kena rampas hahahaha.... 

Sebelum dapat lepas kena check box dulu...mana tahu takut ada seludup gambir sarawak

Apabila selesai urusan mengambil bike, kami akan bergerak menuju ke hotel tempat kami akan menginap. Tapi sebelum tu kami akan ke Kantor Polisi Tarakan dahulu bagi melaporkan kedatangan konvoi ke Tarakan. Bak kata orang salam perkenalan.... Dengan diiringi oleh polis trafik kami bergerak dalam formasi dua baris dan akan melalui sekitar Kota Tarakan.

Berbaris dulu boss...

Hari dah hampir senja 

Sewaktu melalui Kota Tarakan, perasaan kawe agak teruja kerana Kota Tarakan boleh dikatakan agak besar dan cantik sebenarnya dan tidak seperti yang kawe gambarkan semasa perjalanan kesini. Meleset sama sekali rupanya anggapan kawe. Setelah dibawa berpusing sekitar Kota Tarakan kami sampai di Kantor Polisi Tarakan bagi melaporkan kedatangan kami. 
Kami Siap Melayani Anda (Abe Mat sebagai model pilihan)

Bersama pak polisinya

Kami tidak berurusan lama di Kantor Polisi Tarakan kerana kami akan bergegas untuk ke tempat penginapan kami yang telah ditempah oleh Tarakan Bikers. Sekitar jam 6 (waktu malaysia) kami sampai ke hotel tempat yang akan kami menginap iaitu Hotel Harmonis. Kalau tak silap kawe kos untuk satu malam sekitar RP250000 bagi satu bilik. 
Sampai di Hotel Harmonis tempat kami akan bermalam

Parking bike dulu...

Setelah bike dah parking dan selesai check in kami bergerak ke bilik masing-masing untuk urusan yang semua orang dah faham iaitu mandi. Kami diminta oleh Bro Ruly untuk bersiap dan menunggu di lobi hotel pada jam 7.30 malam (waktu malaysia) kerana difahamkan Tarakan Bikers akan mengadakan sedikit jamuan bagi menyambut kami. Hormat dengan arahan Bro Ruly, seperti yang dijanjikan tepat jam 7.30 kami semua sudah menunggu di lobi untuk bergerak. Dengan dipandu oleh Tarakan Bikers yang telah menunggu kami di hotel kami bergerak ke sebuah restoran (lupa dah namanya) untuk acara dinner. Oleh kerana perut yang kosong dari pagi kerana tak sempat bersarapan, bagi kawe ini merupakan peluang yang tak patut kawe lepaskan. Lapar boss.... 

Sesampai disana kelihatan ramai bikers yang dah menunggu kedatangan kami. Apabila masuk kedalam restoren kelihatan ada 3 meja dah menanti untuk diisi. Kalau dihitung satu meja dapat memuatkan sepuluh orang. Pada malam itu sebenarnya acara dinner yang diadakan untuk menyambut kedatangan kami sebenarnya begitu meriah sekali. Sedikit gambaran yang boleh menceritakannya bagi pihak kawe.
Meja kawe...

Bikers dari wakil kelab yang hadir

Acara tarian (cuba tengok Bro Ruly pakai kasut apa menari....Bikers Tegar...

Orang kuat Tarakan Bikers menyampaikan lagu untuk hadirin


Majlis penyerahan baju konvoi kepada wakil kelab

Bergambar bersama wakil kelab CIMOT, MOGETA, IMI dan Tarakan Bikers

Acara menandatangan banner rasmi konvoi


Ayo bergambar yuk...

Bergambar bersama banner rasmi konvoi

Jam telah menunjukkan pukul 10.00 malam, dan tibalah masanya untuk kami balik ke hotel bagi merehatkan badan yang telah penat setelah hampir seharian berjalan. Sebelum kami bergerak ke hotel, Bro Ruly dengan dibantu oleh orang kuat Tarakan Bikers cuba mengatur untuk mendapatkan kapal bagi membawa bike kami ke tanah besar iaitu ke Tanjong Selor. Jika dapat bike kami perlu dihantar awal ke tanah besar agar jadual kami tidak lari seperti yang direncanakan. 

Apabila sampai di hotel dan selepas menghantar isteri kawe dan isteri Abe Mat, kami bergerak ke Pelabuhan Perikanan Tarakan bagi menghantar bike untuk dimuatkan ke kapal. Walaupun begitu kami dimaklumkan bahawa kapalnya dalam dua antara ada dan tidak. Apabila kami sampai di Pelabuhan Perikanan Tarakan kami dimaklumkan kapal yang akan membawa bike kami tidak dapat belayar kerana pada waktu itu air surut dan kami dimaklumkan air akan pasang semula lebih kurang jam 4 petang keesokannya. Itu pun masih tak pasti ada kapal atau tak. Selepas itu kami sepakat untuk balik ke hotel dahulu. Soal urusan kapal esok akan diuruskan. Masa ni kawe dah risau sebab kami dah terlewat sehari dari yang dijadualkan. Sepatutnya kami akan bergerak dari Tanjung Selor ke Wahau esok. Macam mana kalau takde kapal lagi esok? Alamak.....


4 ulasan:

Puan Rosnanie Mohd Alie berkata...

'Carnet de Passage' adalah frasa bahasa Perancis yang bermaksud 'pasport antarabangsa untuk kenderaan' bagi pengurusan pihak kastam. Tidak semua negara di dunia ini yang memerlukannya. Ketiadaan 'Carnet de Passage' ini boleh mengagalkan kemasukan anda ke negara-negara berkenaan.. - Kakak dah baca bab nih dalam buku 'Keyataan Bukan Lagi Mimpi-Xpedisi Merdeka KL-London' hehe..

KAKI MOTOR berkata...

Tima kasih kak atas bantuan...

kak mah berkata...

Tahniah Encik Zam...
Teruskan menulis tak sabar untuk menunggu entry akan datang.

Mardani Redjo berkata...

Catatan banyak membantu. Terima kasih