Sabtu, 7 Januari 2012

KONVOI JELAJAH BORNEO 2011 HARI 1 (LIMBANG-SANDAKAN)

Assalamualaikum...
Kali ni saya akan menceritakan pengalaman hari pertama memulakan KONVOI JELAJAH BORNEO 2011. Hari ini 19.11.2011 kawe dan isteri bangun seawal jam 6 pagi bagi membuat persiapan untuk memulakan konvoi menjelajah seluruh bumi borneo. Rasa berdebar pun ada kerana sebelum ni banyak dengar dan baca komen kawan-kawan dalam facebook dan internet yang mengatakan tak mungkin kumpulan konvoi dapat melepasi halangan ni kerana keadaan jalan yang dikatakan teruk di borneo terutama sebelah Indonesia. Semua perasaan tu kawe letak tepi kerana perasaan teruja lebih kuat dari takut. Tapi kadang-kadang mainan perasaan takut tetap sesekali datang terutama memikirkan tentang bike kawe. Adakah bike kawe jenis KAWASAKI VERSYS 650 ni dapat harungi konvoi tanpa masalah? Apa pun teruskan saja...

Setelah semua barang dah pack dan masuk dalam side box jenama TRAXX 37liter yang ada pada moto kawe, kawe dan isteri bergerak tepat pada jam 8 pagi ditemani hujan renyai-renyai. Sebelum tu Kawe dan isteri akan berjumpa bro Ali yang akan menggunakan bike YAMAHA SUPER TENERE 1200 dan merupakan peserta tunggal dari Brunei sebelum kami bersama-sama akan bergerak ke Sandakan. Lebih kurang 30 minit selepas bergerak saya sampai di sebuah stesyen minyak Shell di Temburong, Brunei dan kelihatan bro Ali bersama 3 orang rakan-rakan lain dah menunggu.  
Kawe dan Isteri
Bersama bro Ali di Temburong, Brunei
Selepas semua dah selesai kami meneruskan perjalanan yang akan melewati daerah Lawas, Sarawak sebelum   memasuki negeri Sabah. Kami bercadang ingin menggunakan jalan melewati antara Sipitang-Tenom-Keningau-Tambunan-Ranau-Sandakan. Jalan yang akan kami lalui sebenarnya agak berbukit dan banyak selekoh-selekoh tajam. Pada jam 12.30 kami tiba di Tambunan setelah melalui daerah Sipitang,Tenom dan Keningau di Sabah. Semasa di Tambunan kami singgah pada satu bulatan yang mempunyai replika halia dan parang bagi mengambil gambar sebagai kenangan (sebenarnya dah dua tiga kali lalu sini cuma tak sempat nak bergambar. hehehe). Apa sebenarnya maksud bagi halia dan parang ni pun kawe tak tahu. Yang penting cantik untuk bergambar.
At Tambunan
Seterusnya kami meneruskan perjalanan ke bandar seterusnya iaitu Ranau dan sekitar jam 2 kami sampai di Ranau. Kami mengambil keputusan untuk berehat dan makan tengahari di Ranau. Setelah hampir satu jam kami berehat, kami meneruskan perjalanan ke Sandakan seperti yang dijadualkan. Semasa perjalanan ke Sandakan cuaca tidak menyebelahi kami kerana hujan turun dengan agak lebat semasa pertengahan jalan. Apa pun itu tidak mematahkan semangat kami. Kami tiba di susur masuk antara Sandakan dan Lahad Datu hampir jam 6 petang dan kami berhenti bagi mengisi minyak di Shell yang ada disitu. Sebelum bergerak ke Sandakan saya sempat menghubungi bro Moore dari Kuching yang merupakan salah seorang peserta konvoi (bro moore bergerak awal dari kami dan berjanji berjumpa di Sandakan). Bro Moore juga seperti kawe menggunakan jentera KAWASAKI VERSYS 650. Semasa bercakap dalam telefon, bro moore memberitahu dia telah sampai ke Sandakan. Jadi kami terus ke Sandakan untuk bertemu Bro Moore. Setelah sampai dan bertemu bro Moore, oleh kerana perut dah lapar...kami sepakat untuk makan ikan bakar. Maka malam tu dapat la makan ikan bakar di Pasar Malam Sandakan.
Bro Ali dan Moore waktu makan ikan bakar
Setelah selesai mengisi perut kami mengambil keputusan untuk mencari hotel bagi menginap. Oleh kerana kawe dan isteri dah berjanji untuk tidur di rumah abang ipar kawe, maka hanya bro Ali n Moore sahaja yang akan menginap di hotel. Setelah hampir jam 10.00 malam kami semua telah selamat sampai ketempat penginapan masing-masing. Waktu tu badan terasa memang penat tapi kami sebenarnya hepi dengan perjalanan yang akan kami tempuhi bagi menjelajah bumi borneo....

2 ulasan:

Puan Rosnanie Mohd Alie berkata...

semangat nih nak meneruskan pembacaan..ehehe

KAKI MOTOR berkata...

Banyak episod ni kak... Pasti akan di update..