Jumaat, 13 Januari 2012

KONVOI JELAJAH BORNEO 2011 DAY 6 (TANJONG SELOR-WAHAU)

Assalamualaikum...
24.11.2011 - Hari ini semua peserta telah diminta untuk bersiap lebih awal dari kebiasaannya. Ini kerana kami perlu mengejar masa untuk ke Wahau yang masih dalam bahagian Kalimantan Timur atau KALTIM. Jadi seawal jam 5 pagi semua peserta sudah bersiap dengan riding gear masing-masing dan perkara-perkara lain yang perlu disiapkan untuk perjalanan pada hari ini. Oleh kerana keadaan hari yang boleh dikatakan cerah, maka kami tidak terasa sangat yang jam baru pukul 5 pagi. Sebelum kami bergerak kami perlu untuk mengisi perut terlebih dahulu kerana pihak hotel tidak menyediakan sarapan. Maklumlah...hotel pun harga penginapan semalam baru RP120000 untuk satu bilik. Jadi Abang Haji membantu kami untuk mencari nasi bungkus pada pagi itu. Nasi yang dibeli telah tersedia, apa lagi semua peserta mula menjamah nasi bungkus yang agak pedas sebenarnya. Kawe tengok ada dua tiga peserta tak dapat habiskan termasuk kawe sendiri. Bukan apa takut sakit perut di pertengahan jalan nanti.

Inilah sarapan kami pada pagi itu.... 

Selepas selesai bersarapan, semua peserta berkumpul untuk mendengar taklimat ringkas dari Bro Ali yang akan menjadi ketua konvoi pada hari tersebut. Untuk makluman, semasa taklimat awal di Tawau kami telah diberi tugas untuk memimpin konvoi pada hari-hari yang telah ditetapkan. Tepat jam 5.30 pagi selepas bacaan doa kami berangkat dari hotel menuju ke Wahau dan akan melewati pekan Berau yang jarak lebih kurang tiga jam dari sini. Untuk pengetahuan semua, bagi perjalanan ke Berau Tuan Haji akan menumpang Bro Moore dan akan menjadi pemadu arah kami ke Berau.

Bersiap untuk berangkat ke Wahau

Tuan Haji membacakan doa sebelum kami bergerak

Pasar subuh di Tanjong Selor. Betul-betul sibuk

Kami meneruskan perjalanan ke Berau dan perjalanan akan dipimpin oleh Bro Moore yang membawa Abang Haji sebagai penunjuk arah. Untuk perjalanan ke berau kami disajikan dengan jalan yang bagus yang kadang kala berlubang dan pemandangan kiri kanan jalan yang menarik. Oleh kerana keadaan cuaca yang baik ditambah dengan kesejukan pagi yang masih berkabus, kawe dan perserta lain betul-betul menikmati perjalanan kami pada pagi itu. Sedikit sebanyak gambar yang mungkin dapat menceritakan pada rakan-rakan pembaca semua.















Setelah sejam lebih membontot atas bike, tiba-tiba Bro Ali memecut laju meninggalkan semua peserta lain di belakang. Dalam hati kawe berkata gerenti ni kes ngantuk ni. Rupanya tekaan kawe meleset. Bro Ali sebenarnya mepunyai masalah yang agak besar sebenarnya. Masalah dia pada waktu itu adalah kerana tidak sanggup lagi untuk menahan tekanan pada pundi kecil beliau. Bro Ali terpaksa memecut laju untuk 'menyetelkan' masalah yang beliau hadapi.

Inilah tempat yang kami semua 'setelkan' masalah kami. Memula Bro Ali je lepas tu semua jangkit

Parking bagus-bagus boss

Wajah-wajah kepuasan dapat setelkan masalah 'besar'

Hampir tiga jam  kami sudah menunggang, maka konvoi sampai di Tanjong Redep tempat kami akan mengisi petrol bagi bike kami. Kalau tengok dari minyak bike kawe masih boleh ke Berau yang hanya setengah jam saja lagi, tapi oleh kerana bike Aki Anis yang perlu diisi di Tanjong Redep maka kami semua pun ikut serta mengisi petrol. Senang tak payah dua tiga kali kerja. 

Isi minyak dulu boss

Masa nak isi minyak memang ramai orang beratur tapi penduduk tempatan bagi kami isi dulu. Tima Kasih boss....

Apabila selesai urusan mengisi petrol yang anggaran harga dalam RM3 seliter (RON95) kalau tak silap. Kami meneruskan konvoi ke perhentian seterusnya iaitu Berau. Kami dimaklumkan oleh Abang Haji bahawa ada rakan-rakan Bikers dari Berau dah menunggu kedatangan kami. Selepas setengah jam kami sampai di Berau tempat dimana rakan-rakan sepemotoran dari Berau menanti ketibaan kami.

Bersama rakan bikers dari Berau yang menunggu ketibaan kami

Acara menandatangan banner rasmi konvoi


Bergambar bersama bikers tempatan

Kami seterusnya dibawa untuk melaporkan kedatangan konvoi di Kantor Polisi @ Balai Polis di daerah Berau ini. Sedikit gambar sewaktu kami disana untuk melaporkan diri.

Sewaktu sampai di Kantor Polisi

Ini kantor polisinya pak....

Susun bagus-bagus ya pak...


Setelah selesai semua urusan pemeriksaan dokumen, sekitar jam 10 pagi kami dibenarkan untuk bergerak ke Wahau bagi meneruskan misi kami menawan bumi Borneo. Disini jugalah kami berpisah dengan Abang Haji yang telah banyak membantu kami. Perjalanan kami untuk keluar dari Pekan Berau diiringi oleh polis dan bikers tempatan.
Diiring oleh pak polisi
Bro Moore dan Ali 

Polisi mengiringgi kami keluar dari Berau

Bersalaman dengan bikers tempatan sebelum kami meneruskan perjalanan kami sendirian

Sebelum kami meneruskan perjalanan kami sempat dimaklumkan oleh rakan bikers yang menghantar kami yang jalan untuk ke Wahau agak kurang bagus dan tidak berturap dan jaraknya lebih kurang 200km. Dalam hati kawe masa tu berkata 'biar betul.....??? Apa pun jalan tetap jalan. 


Perjalanan kami diteruskan ke Wahau dengan harapan jalan yang kami akan lalui tidaklah seperti yang kami dengar. Setelah sepuluh minit menunggang diatas jalan yang beraspal mulus, kami pun sampai di simpang yang akan membawa kami ke Wahau tempat tujuan kami pada hari itu.


Simpang ke Wahau

Disinilah episod pertama bagi drama KONVOI JELAJAH BORNEO 2011 INFO ON WHEEL bermula. Ketika inilah mental dan fizikal memainkan peranan yang amat penting bagi semua peserta. Ketika ini jugalah kemampuan jentera kami yang akan diuji sebenarnya. Pertama kali memasuki jalan yang berbatu halus hati kawe berasa lega kerana jalan yang kami akan lalui tidaklah teruk seperti yang diwar-warkan. Rupanya keadaan jalan berbatu halus tidak sejauh yang diharapkan kerana hanya lebih kurang tujuh kilometer sahaja. Dan selepas itu keadaan jalan agak teruk dengan lubang, lopak, batu tunggul yang besar dan licin (dalam bahasa mudah teruk) mewarnai perjalanan kami. Sebenarnya susah untuk kami terangkan keadaan jalan yang sebenar. Apa pun sedikit gambar yang sempat kami ambil, walaupun begitu masih belum cukup untuk mengambarkan keadaan jalan yang sebenar.












Setelah dua jam menunggang melalui jalan hutan yang tebal dan jalan yang agak teruk kami mengambil keputusan untuk berhenti rehat selepas bike memijak jalan tar yang pertama. Masa ni lah semua peserta berlumba-lumba mencari air masing-masing kerana kepenatan. Untuk makluman, sepanjang perjalanan dua jam tersebut kami tidak menjumpai rumah apatah lagi perkampungan di kiri kanan jalan. Masa ni kalau ada orang yang rompak kami memang balik jalan kaki la kami waktu tu...

Jalan berturap pertama selepas dua jam.... Apa pun rehat dulu boss....

Kami meneruskan perjalanan kami selepas 15 minit berhenti rehat. Perjalanan kami sekarang agak selesa kerana waktu ni jalan dah pun berturap. Oleh kerana waktu sudah hampir jam 1 tengahari kami semua berhenti untuk makan di sebuah perkampungan yang pertama yang kami jumpa. 

Jalan yang halus dan mulus...

Baru tar boss....masa ni Bro Ali cakap dia suruh bapak lurah yang tar kerana kami nak lalu.

Berhenti makan tengahari... Tapi makan mee sedap je...

 Konvoi seterusnya meneruskan perjalanan ke tempat tujuan iaitu Wahau tepat jam 1.30 tangahari. Sekali lagi kami mula disajikan dengan keadaan jalan yang berbatu dan berlubang. Ketika inilah kawe dan isteri terjatuh dari bike @ tumbang kerana tergelincir batu semasa menuruni bukit. Ini bermakna kawelah peserta pertama yang membuka tirai merasa keras atau tidak tanah di bumi Borneo. Nasib baik kawe dan isteri tak apa-apa dan bike juga ok. Selepas kawe terjatuh pada waktu inilah muncul perasaan seolah-olah fobia terutama melalui bukit berbatu. disebabkan itulah kawe dan Bro Moore perserta paling akhir dibelakang. 

Tumpang lalu pak...

Hati-hati boss...

Hati-hati jangan jatuh lagi...


Berehat sekejap basahkan tekak...

Bergambar bersama pak polisi 

Setelah penat seharian menunggang, kami akhirnya sampai di pekan wahau lebih kurang jam 4 petang seperti yang kami rancang. Disini kami mula mencari hotel untuk kami menginap dan kami mengambil keputusan untuk menginap di Hotel Pelangi Rawa Indah dengan bayaran RP140000 untuk satu malam.

Keadaan pekan Wahau

Menunggu Bro Ali mencari hotel
Air Gun banyak dijual di Wahau @ Indonesia

Sampai di hotel

Hotel tempat kami menginap

Oleh kerana kami semua telah keletihan kami memutuskan untuk berehat dahulu dan akan berkumpul jam 8 malam untuk mengisi perut yang boleh dikatakan 70% kosong. Tepat seperti yang dijadualkan kami mula bergerak untuk mencari kedai makan. Pencarian kami membawa kami ke sebuah kedai makan masakan padang. Masa ni makan memang terbaik bagi kawe. Tak tahu sama ada lapar atau memang sedap. Bukan setakat makan, kami juga tak lepaskan peluang untuk merasa Ais Jeruk yang memang telah menjadi minuman rasmi konvoi. Masa ni setiap orang dua gelas. Kos bayaran untuk semua makanan kami adalah dalam RP180000 dan kawe yang membuat bayaran kerana kawe dilantik menjadi bendahara @ menteri kewangan ketika konvoi. 
Inilah kedai makan yang menjadi pilihan kami

Dah kenyang balik dulu boss...

Sebelum kami balik ke hotel kami mesti mengisi minyak petrol untuk bike kami kerana esok pagi kami akan bergerak awal seperti kebiasaannya iaitu jam 6 pagi. Selepas minyak diisi kami bergerak pulang menuju ke hotel dan masuk kebilik masing-masing untuk melelapkan mata. Soal perjalanan esok malas kawe nak pikir...pikir-pikir pun bukan jalan boleh bagus pun.....


Tiada ulasan: