Sabtu, 7 Januari 2012

KONVOI JELAJAH BORNEO 2011 HARI 2 (SANDAKAN-TAWAU)

Assalamualaikum....
Hari ini 20.11.2011 merupakan hari kedua kami dan kami akan mula bergerak jam 8 pagi dari hotel tempat bro Ali n Moore menginap. Untuk perjalanan hari ni kawe n isteri dah bangun seawal jam 6 pagi untuk bersiap. Sebelum kawe bergerak ke hotel bertemu bro Ali dan Moore tiba-tiba kawe terima satu panggilan telefon...rupa-rupanya dari bro Moore. Selepas bercakap dengan bro Moore baru kawe tahu yang kawe dah 15 minit lewat rupanya... Masa sampai di hotel kelihatan bro Moore dan Ali dah ready. Waktu ni bro Ali bagi tahu dia kurang sihat n demam. Waktu tu kawe tengok bro Ali memang nampak muka tak sihatnya...kesiannn...

Apa pun perjalanan diteruskan juga pada jam 8.30 pagi kerana terlewat setengah jam dan destinasi pada hari ini adalah Tawau. Sebelum meneruskan perjalanan kami bersarapan sebentar sebelum mengisi minyak jentera kami. Selepas semuanya telah selesai kami bergerak menuju jalan antara check point Sandakan dan Lahad Datu. Perjalanan kami diteruskan dan kami akan berhenti di Lahad Datu bagi mengisi minyak Jentera kami.
Bro Moore dan Bro Ali diatas jambatan Kinabatangan
Sekitar jam 11 pagi selepas 2 jam lebih membontot atas bike kami pun sampai di Lahad Datu. Perjalanan kami sebenarnya agak perlahan sekitar 100km/j. Cuaca pagi ini sebenarnya agak mendung mengiringi perjalanan kami. Dalam hati risau juga takut-takut hujan akan turun tapi sehingga sampai di Lahad Datu cuaca masih lagi baik. 
Mengisi minyak di Petronas Lahad Datu. Kelihatan bro Moore dan Ali
Selepas kami mengisi minyak kami meneruskan lagi perjalanan. Sebelum kami meneruskan perjalanan kawe dapat kol dari Abe Mat salah seorang peserta dari semenanjung. Abe Mat sebenarnya telah sampai awal sehari dari kami di Tawau. Abe Mat memberitahu kawe yang dia dan wakil dari Tawau Bikers n Sempoerna Bikers akan menanti kami di simpang Kunak kerana wakil dari Sempoerna ingin belanja kami makan tengahari di Sempoerna. Saya menyampaikan berita tersebut kepada bro Ali n Moore. 10 minit selepas kami bergerak kelihatan jalan yang kami lalui agak basah kerana hari lepas hujan. Waktu ini perjalanan kami memang perlahan purata 80km/j saja oleh kerana jalan licin dan basah.
Jalan yang basah dan licin. Bahaya broo...
Oleh kerana perjalanan yang agak perlahan masa ni kawe dan isteri dah bercakap-cakap pasal ngantuk (kawe guna interkom untuk helmet yang boleh comunicate dgn pillion)... Jadi bagi mengelakkan rasa mengantuk terus membahayakan kami saya mengambil keputusan untuk rehat disatu kawasan iaitu di Air Terjun Madai. Masa berhenti di sini barulah mata semua cerah kerana keaadan semulajadi di Air Terjun Madai memang cantik.
Sampai di Air Terjun Madai
Pemandangan Air Terjun Madai dari jambatan gantung
Bergambar atas jambatan gantung. Memang tinggi...
Kawe dan Isteri kawe
Selepas hampir setengah jam di Air Terjun Madai, kami meneruskan perjalanan kami menuju ke Simpang Kunak pada jam 12.30 pagi tempat Abe Mat and the gang menunggu. Sekitar 30 minit kami sampai tempat mereka menunggu kami. Kelihatan agak ramai juga yang menunggu kedatangan kami.

Antara bikers yang menunggu kami

Kami tidak menunggu lama di Simpang Kunak dan kami dibawa ke Sempoerna seperti yang dijanjikan dan sekitar setengah jam kami sampai di Sempoerna. Semasa disini kami dibawa untuk makan tengahari oleh Sempoerna Bikers Club di Restoren Al Nafisah Curry House Sempoerna. Apa pun terima kasih banyak-banyak kerana sudi belanja kami makan.
Makan beramai-ramai bersama bikers Tawau n Sempoerna
Antara Bikers yang datang...
Isteri kawe n pillion yang lain
Bro Ali sempat menyampaikan cenderahati dari Persatuan Temburong Bikers

Bergambar kenangan dihadapan kedai makan

Setelah selesai kami makan sekitar jam 3 petang kami bergerak kembali menuju tujuan iaitu ke Tawau. Kali ini dari Sempoerna bukan kami bertiga sahaja kerana kami ditemani beberapa bike dari Tawau Bikers yang akan bersama-sama mengiringi kami ke Tawau. Semasa perjalanan cuaca sudah kembali panas dan keadaan jalan juga agak bagus. Waktu ni kelihatan ada beberapa bike yang tak lepaskan peluang untuk meroket termasuklah kawe hehehe... Bagaimana pun ketika hampir memasuki bandar Tawau kami mula disajikan dengan keadaan trafik yang agak sibuk. Ini menyebabkan pergerakan agak perlahan. Waktu ni mata kembali mengantuk dan kami berhenti di satu hentian bas.
Berehat dulu boss...
Kawe dengan bro Ali.
Bini kawe dengan bini Abe Mat

Lima belas minit selepas berehat kami meneruskan perjalanan menuju ke bandar Tawau. Kami terus dibawa menuju ke Hotel Shervinton tempat yang akan kami menginap. Kami sampai ke tempat kami menginap sekitar jam 5 petang dan kami terus menguruskan urusan penginapan. Setalah semuanya selesai kami terus ke bilik masing-masing untuk mandi dan akan turun ke lobi jam 5.30 petang kerana ada bikers Tawau sedang menunggu kami di sebuah kedai makan berhampiran hotel.
Kawe bersama geng bikers di Kopitiam Tawau
Kami di Kopitiam tak lama sebab malam nanti kami akan ada taklimat ringkas dari ketua rombongan bro Ruly dan waktu tu lah kami semua peserta akan berkumpul bagi membincangkan beberapa perkara.

Jam sudah menunjukkan pukul 8 malam. Kami semua turun ke lobi hotel seperti yang dijadualkan untuk taklimat dari ketua rombongan.
Abe Mat n Aki Anis waktu di lobi hotel
Kawe dengan Aki Anis n Abe Mat.
kawe dan isteri kawe
Waktu taklimat. Waktu nilah kami diberi stiker konvoi n baju konvoi. Terus pakai boss
Selepas selesai taklimat dan pengagihan pakaian serta stiker maka kami bergerak ke sebuah kedai makan untuk makan malam. Jadi secara rasminya seramai 8 peserta yang akan mengikuti konvoi pada kali ini. Berikut adalah gambar peserta dan jentera yang akan digunakan semasa konvoi.


Bro Ali dengan jentera YAMAHA SUPER TENERE 1200 (KP2006)

Aki Anis dengan jentera KAWASAKI KLX 250 (QAW7385)

Kawe dan Isteri dengan jentera KAWASAKI VERSYS 650 (QAX6151)

Bro Ruly Sibat Masiga selaku ketua rombongan dengan jentera KAWASAKI VERSYS 650 (ST9755P)

Bro Moore dengan jentera KAWASAKI VERSYS 650 (QAW48)

Abe Mat dan Isteri dengan jentera KAWASAKI ER6N (WTK8765)













4 ulasan:

Puan Rosnanie Mohd Alie berkata...

seronok nye..

Zulkhairi berkata...

terbaikk!!

kak mah berkata...

Siap ada nombor plate lagi...Tahniah!

KAKI MOTOR berkata...

Kak mah => No plate yang penting kak...