Isnin, 29 April 2013

KONVOI NSBC KE 1st KENINGAU BIKE WEEK 2013 - DAY 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Kali ini kawe ingin kongsikan berkenaan perjalanan ahli kelab Northern Sarawak Bikers Club (NSBC) sempena acara 1st KENINGAU BIKE WEEK (KBW) yang telah berlangsung pada 26 - 28 April 2013 dan pihak NSBC telah menghantar wakil untuk menghadiri acara tersebut. Pergerakan kami ke acara KBW telah dipecahkan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama akan bergerak pada 26.04.2013 dan kumpulan kedua bergerak pada 27.04.2013. Kawe akan cuba ringkaskan berkenaan pergerakan kami.

26.04.2013

1430hrs - Bergerak dari Lawas ke Tenom selepas berkumpul di Stesen Minyak Petronas Lawas. Pergerakan kami dari Lawas ke Sipitang melibatkan enam buah bike termasuk kawe. Perjalanan kami dari Lawas diselang-seli dengan hujan renyai-renyai.

Seperti biasa... Bro Zainess pengikut setia kawe

Kawan-kawan yang lain juga rapat dibelakang

Menghampiri Pos Kawalan Imigresen Merapok. Mula memasuki Sabah

Memasuki Sindumin Sabah

Berhenti selepas Bulatan Gasing untuk menyarung baju hujan. 

Semua sudah sedia

Hujan pada mulanya lebat mula berhenti.

Peace yo...

Hujan sesekali turun renyai-renyai..

Hati-hati boss... Jalan licin...

Nampaknya hujan telah berhenti

Adeng pula menjadi pengikut setia kawe

Jangan layan lap sangat Deng... Sabar...

Berhenti membuka baju hujan apabila cuaca mulai cerah...

Menuruni Banjaran Crocker menuju ke Pekan Tenom

Bulatan selepas menuruni Banjaran Crocker. Ke kiri untuk menuju ke Tenom

Menghampiri Pekan Tenom

1600hrs - Sampai di Pekan Tenom dan berhenti di Petronas Tenom untuk mengisi petrol. Tanpa berehat kami meneruskan perjalanan ke Keningau dengan semangat yang berkobar-kobar.

Di Petronas Tenom

Sepanjang perjalanan, macam-macam jenis berdera yang ada. Jadi mana satu pilihan anda?

Berhenti sekali lagi untuk menyarungkan baju hujan.

Kawe n Cikgu Adi 

1700hrs - Kami sampai di Pekan Keningau dan arah tujuan utama adalah untuk membuat pendaftaran untuk KBW 2013. Yuran yang dikenakan untuk pendaftaran sebanyak RM100. Dan sedikit hasil dari pendaftaran peserta akan didermakan.

Selesai urusan pendaftaran

Sebelum bergerak ke Hotel sempat melihat bike yang dipamerkan untuk dijual.

Saudara Warni CBX bermurah hati membawa kami ke tempat penginapan kami.

Inilah hotel tempat kami tinggal. Dengan bayaran sekitar RM55.00 - RM65.00 adalah berbaloi untuk meginap


1800hrs - Kami keluar untuk makan disekitar kawasan tapak KBW 2013 dengan hanya berjalan kaki selepas kerana tempat kami menginap dengan tapak pameran tidaklah sejauh mana.

Makan dulu boss... Lapar dah ni...

Semua telah kelaparan...

Kawasan tapak KBW iaitu di Padang Bandaran Keningau.

Bergambar bersama banner KBW 2013

2100hrs - Keluar untuk bertemu dengan Aki Anis dan Saudara Ruly di Restoran Haji Rahmat.

Aki Anis, Ruly dan Adeng. Adeng mungkin tengah hantar laporan pada Menteri Perumahan. 

Bergambar beramai-ramai sebelum bergerak balik ke hotel. Nasib kedai nak tutup. Kalau tak lagi lama...

2200hrs - Bergerak balik ke bilik untuk merehatkan badan kerana keesokan harinya ada beberapa acara yang menunggu sempena KBW 2013.


Selasa, 16 April 2013

PRA RIDE KENINGAU BIKE WEEK 2013

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Untuk entry kali ini kawe ingin kongsikan pasal ride Pra Ride Keningau Bike Week 2013 yang kawe aturkan pada 06.04.2013 bersama rakan-rakan dari NSBC. Untuk ride kali ini telah disertai oleh 5 buah bike termasuk kawe. Ahli rombongan kami adalah

1- Kawe + Wife (VERSYS 650)
2- Cikgu Adi + anak beliau (VERSYS 650)
3- Yuhanis + Anak beliau (VERSYS 1000)
4- Daniel (Z750)
5- Saudara Nazri (FZ6)

Pergerakan kawe adalah seperti berikut:-

0730hrs - Bergerak dari Lawas ke Sipitang. Berhenti di Sipitang untuk bersarapan pagi.

Seperti biasa bergerak dalam formasi

Sebelum sampai di Merapok iaitu sempadan Sarawak/Sabah

0800hrs - Sampai di Sipitang untuk bersarapan pagi.

Makan yang biasa-biasa je untuk alas perut.

0900hrs - Selesai bersarapan dan bersedia untuk bergerak.

Jauh betul motor sebelah kawe datang. dari Kelantan...

Semua on da bike...

Sedia untuk bergerak..

Bergerak meninggalkan Sipitang, Sabah

Singgah untuk membeli ole-ole seperti udang kering, ikan bilis dan ikan kering untuk dibawa pulang.

Melepasi kawasan Kimanis, Sabah. Tujuan pertama sebelum mendaki adalah untuk singgah tempat ikan tagal. 

Daniel, Cikgu Adi n Yuhanis paling belakang.

Keningau berbaki 54km.

Bro Nazri in action

Hampir sampai di tempat ikan tagal.

1000hrs - Sampai di Kampung Kinolosodon, Kimanis. Tujuan utama adalah untuk santai sambil melihat ikan semah @ ikan kelah kalau di Semenanjung. Disini mengamalkan sistem tagal dan sesiapa yang didapati menangkap ikan akan di denda. Ikan di kawasan ini sudah jinak dan makan umpan ditangan. Bayaran masuk adalah sebanyak RM2.00 seorang. Buat masa sekarang tiada had masa.

Ini dia undang-undang semasa disini.

Ini pula kadar bayaran untuk masuk

Tulis nama dahulu sebelum masuk.

Parking free disediakan. Tapi dibawah pokok sajalah...

Ini bukan ikan yang kawe maksudkan ye.... Ini ikan talapia bua goreng masa lapar...

Kawe menunggu ikan datang

Kawe tunggu ikan datang

Ikan mula datang bila kawe bagi makanan

Ikan sudah banyak menghampiri kawe

Inilah kawasan sungai yang mengamalkan sistem tagal.

Macam best pulak kalau dapat mandi. Tapi disini kawasan zon merah jadi dilarang mandi.

Masing-masing sudah berminat untuk turun. 

Giliran Cikgu adi pula...

Geram kawe nak tangkap bawak balik...

Yuel anak Yuhanis geram dengan ikan yang jinak...

Yuhanis n Bro nazri...

Apa yang diambil Yuhanis ni...

Cikgu  Adi dah mula turun ke air bersama kawe.

Tengok betapa besarnya ikan-ikan tu...

Kawe menabur dedak pada ikan.

Lepas tabur bagi makan dengan tangan pulak...

Syoknya kalau dapat mandi...

Yuel... Anak Yuhanis...

ZON MERAH!!! Kawasan yang dilarang mandi...

Kami...

Inilah nama tempat yang kami pergi. Kalau tak tau tempat boleh Google...

Bergambar dulu sebelum balik...

1100hrs - Bergerak menuju ke puncak Banjaran Crocker di Batu 16, Kimanis - Keningau.

Bergerak meninggalkan ikan-ikan

Permulaan pendakian kami menuju ke Batu 16, Kimanis.

Naik pelan-pelan boss... Jaga keselamatan...

Yuhanis mula memotong. Tak tahan katanya....

Yuhanis lagi...

Cuaca mulai berubah dan jalan mulai basah kerana hujan mulai turun.

Keadaan sedikit berkabus...

Kabus semakin tebal sebeum sampai di Batu 16, Kimanis.

1120hrs - Kami sampai di puncak Banjaran Crocker di Batu 16 jalan Kimanis-Keningau. Suhu mulai sejuk dan kabus mulai datang.

Lokasi wajib berhenti apabila kesini...

Z750 Daniel... Kali pertama naik kesini...

Twin ER6n... Bikers dari Beaufort, Sabah. Dijodohkan untuk bertemu di puncak Banjaran Crocker

Kabus mula kelihatan...

Sedikit demi sedikit keadaan ditelan kabus....

Pandangan makin kabur dilitupi kabus...

Lagi tebal...

Kabus menghalang sepenuhnya pemandangan...

Tempat kami lepak... Makin terasa kesejukan...

Bikers cilik yang mengikuti konvoi kami...

Berbual bersama rakan baru dari Beaufort..

Cikgu Adi dan anaknya... Apa yang diborakkan dua beranak ni...

Tanaman kobis... Subur disini...

Segarnya...

Kawe...

1245hrs - Bersiap untuk turun ke Pekan Keningau. Lokasi tujuan adalah untuk bersarapan dan pekena sup 'gear box' di Restoran Haji Rahmat II di Pekan Keningau. Masa di Sipitang kami dah booking awal. Sebab kalau lambat gerenti habis.

Daniel dan baby monster beliau...

Yuhanis n Yuel... Anak bapak....

Kawe...

Saudara Nazri...



Cikgu Adi dan anaknya...

Mula bergerak turun...

Menuruni Banjaran Crocker dengan berhati-hati...

Sentiasa pastikan dalam jarak yang selamat...

Dengan pemandangan gunung yang menhijau...

Melalui sedikit jalan berbatu yang dalam proses pembaikan

Singgah bergambar kejap...

Jauh la pulak gambarnya...

Dekat sikit... dari tepi...

Bukit terakhir yang kami turuni sebelum sampai di Pekan Keningau. Dari jauh sudah kelihatan Pekan Keningau...

1320hrs - Sampai dilokasi tujuan iaitu di Restoran Haji Rahmat II di Pekan Keningau. Lokasi adalah berhadapan dengan Queen Hotel Keningau. Makannan disini memang terbaik terutma sup 'GEAR BOX' dan sup tulangnya... Boleh mencuba kalau datang ke Pekan Keningau. Untuk sup 'GEAR BOX' kami pada hari itu ditaja oleh Haji Rahmat sendiri yang juga merupakan seorang bikers dan juga merupakan orang yang bertanggungjawab menubuhkan Keningau Bikers Club. Terima Kasih Haji....

Masing-masing telah kelaparan...

Peace... Masih menunggu makanan kawe tiba...

Daniel... dengan menu Ayam Penyet... Terbaikkk katanya...

Inilah menu utama yang didamkan sepanjang perjalanan kesini...

Saudara Nazri tidak dapat menahan nafsu apabila melihat menu yang didendam selama ini

Yuhanis n Yuel juga dengan menu ayam penyet...

Itu dia saudara Nazri beraksi...

Kawe....

Tak cukup yang kami... "GEAR BOX' diaorang kami sapu...

Licin kami kerjakan...

1500hrs - Bersiap untuk bergerak balik selepas berjaya melunaskan dendam kami di Keningau. Perjalanan balik akan melalui Tenom dan Sipitang seterusnya ke Lawas dan Limbang.

Bergambar beramai-ramai bersama Haji Rahmat sebelum bergerak untuk balik 

Berhenti di tenom untuk mengisi petrol

Jambatan Tenom...

Santai sambil melayan perut yang agak kekenyangan...

Cuaca sedikit mendung dan sedikit panas...

Mendaki Banjaran Crocker di Tenom...

Untuk keselamtan semua kami bergerak dalam kelajuan yang selamat terutama semasa menghampiri selekoh bahaya.

Masing-masing dalam jarak dan kelajuan yang selamat

Menlalui kawasan yang mempunyai tanah runtuh. Agak bahaya terutama pada hari hujan lebat atau berkabus.




Mula menuruni bukit...

keadaan jalan yang sedikit basah kerana hari selepas hujan


Lain macam je cuaca didepan ni.




Yuhanis N Yuel... Sebelum melaului Sindumin. Sempadan Sabah-Sarawak. 

Memang sah hujan....

Sebelum sampai di Pekan Lawas sebelum dibasahi hujan.

1730hrs - Kami sampai di Lawas dalam kebasahan selepas hujan turun dengan lebat sebelum sampai di Lawas. Cikgu Adi, Saudara Nazri dan Daniel bergerak balik ke Limbang. Secara keseluruhan perjalanan pada kali ini adalah boleh dikatakan sebagai Pra Ride atau Ride pemanas badan untuk ke Keningau Bike Week yang akan berlansung pada 27 dan 28 April 2013.