Ahad, 29 Januari 2012

KONVOI JELAJAH BORNEO 2011 DAY 14 (PONTIANAK-KUCHING)


Assalamualaikum....
01.12.2011 – Hari ini merupakan hari ke 14 bagi kawe dan isteri sejak memulakan perjalanan untuk menyertai KONVOI JELAJAH BORNEO 2011 INFO ON WHEEL. Dan hari ini kami akan bergerak menuju ke Kuching, Sarawak dan hanya 5 buah bike sahaja kerana Abe Mat terpaksa pulang awal selepas berjumpa Konsul Muda pada hari sebelumnya kerana ingin menguruskan kargo bagi menghantar bike balik ke semenanjung.

Seperti yang dipersetujui kami akan bergerak seawal jam 6 pagi untuk keluar dari Kota Pontianak. Langkah ini kami ambil kerana untuk mengelakkan kesesakan jalan yang sememangnya sibuk dengan bermacam kenderaan. Jika tidak kami pasti akan terkandas selama sejam sebelum kami bisa keluar dari Kota Pontianak. Ternyata percaturan yang kami ambil adalah tepat kerana kami dapat keluar dengan lancar pada pagi itu.

Perjalanan kami pada pagi itu lancar dan melalui jalan yang bertar cantik dengan selekoh-selekoh yang tajam selepas satu jam meninggalkan Kota Pontianak. Oleh kerana kami belum bersarapan pagi, kami memutuskan untuk berhenti bagi mengalas perut di persimpangan jalan antara Sosok-Tayan.

Semasa berhenti disinilah kawe perasan yang bro Ali kelihatan pucat. Rupanya bro Ali terkena keracunan makanan. Bukan dia seorang sahaja yang terkena malah isteri kawe, kawe sendiri, bro Moore juga terkena. Kawe dan Moore masih didalam tahap terkawal dan isteri kawe pula sihat sedikit selepas memakan ubat yang diberikan oleh Aki Anis. Tetapi yang paling kesian adalah bro Ali kerana semasa berhenti dia sempat berbaring tidur selepas dua kali termuntah-muntah.

Berhenti disebuah kedai makan dipersimpangan jalan antara Sosok-Tayan

Berbincang mengenai perjalanan kerana ramai yang keracunan makanan. Keputusan = TERUSKAN


Ikan Patin = Antara makanan yang ada tapi kami tidak makan dan hanya minum sahaja

Selepas hampir sejam kami berhenti, kami mengambil keputusan untuk bergerak untuk menuju ke sempadan negara antara Indonesia- Malaysia selepas bebarapa antara kami memakan ubat kerana keracunan makanan. Perjalanan kami menuju ke sempadan mula melaui sedikit jalan yang rosak dan berlubang tetapi tidaklah parah bagi kami.

Masa ni kami sudah mula melalui kawasan kampung

Simpang ke Entikong = KANAN

Jalan perkampungan yang kami lalui dan perlu berhati-hati kerana juga masih mengamalkan HUKUM ADAT. Jangan sampai terlanggar apa-apa......


Bro Ali waktu kami berhenti mengisi petrol. Disinilah bro Ali ketinggalan kerana kami menyangka dia didepan. Rupanya ke tandas dibelakang stesen minyak.

Spray rantai dulu boss.... Kasi lancar skit. Kotornya bike kawe....

Persimpangan menuju ke Entikong = KIRI

Masa ni ada lori eksiden tapi lorinya dah takde yang ada cuma hasil 'peninggalan' sahaja.

Kami sempat berhenti untuk makan durian sebelum sampai di Entikong. Harga adalah RP70000 atau RM25.00 untuk 4 biji.

Selepas mengaharungi perjalanan menuju ke sempadan negara yang mengambil masa 2 jam dari Sosok. Kami akhirnya sampai di Entikong untuk menguruskan urusan Kastam dan Imigresen. Semasa di Entikong inilah kami perasan yang bro Ali tiada kerana pada awalnya kami menyangka bro Ali ada didepan kami. Agak risau kami sebenarnya jika apa-apa berlaku kepada dia kerana kesihatannya yang paling parah. Kami memutuskan untuk menunggu selama setengah jam dan jika tidak sampai kami akan berpatah untuk mencari Bro Ali. Nasib baiklah bro Ali kelihatan dan dia menyatakan yang dia ke tandas sewaktu kami berhenti mengisi minyak. Dalam perjalanan sebanyak 3 kali dia berhenti kerana cirit-birit.

Terminal Bas Entikong

Pak POLISI hanya melihat konvoi melimpasi Kantor Polisi di Entikong

Hampir memasuki pagar utama Pos Pemeriksaan Imigresen Entikong

Deretan speda motor yang di parking. Kalau tak silap kawe mereka ni OJEK @ penambang

Sampai di Pos Pemeriksaan Imigrasi dan Kastam Entikong

Kelihatan pegawai dari Kastam dan Imigresen semasa kami sampai

Bro Ruly sibuk menelefon bro Ali tapi tidak berjawab.

Bergerak melintasi sempadan Indonesia

Melintasi Pos Polis DiRaja Malaysia. Dihadapan kelihatan Pos Imigresen dan Kastam Tebedu, Sarawak.

Parking dulu boss sementara uruskan urusan Imigresen dan Kastam Malaysia

Bergambar bersama bro Saiful Haizam yang turut hadir menyambut kami. Inilah orang kuat yang telah menaiki motorsikal ke London. 

Urusan Kastam dan Imigresen di kedua-dua negara kami lakukan tanpa sebarang masalah kerana untuk makluman kami dibekalkan surat kemudahan dari Konsulat Malaysia di Pontianak dan mereka juga tahu yang kami akan melalui sempadan kedua-dua negara.

Seterusnya kami mula bergerak untuk ke Kuching dan perjalanan kami ke Kuching ditemani beberapa rakan bikers yang sanggup datang untuk menjemput kami di sempadan Malaysia iaitu Tebedu. Kami kemudiannya berhenti untuk makan tengahari di pekan Serian sebelum meneruskan lagi perjalanan menuju ke Kuching. Kami sampai di Kuching dengan pakaian yang basah kuyup kerana disirami hujan dipertengahan jalan sekitar jam 4 petang. Kami menginap di Hotel Liwah dan bersebelahan dengan Restoran Chili Pepper dengan harga lebih kurang RM80.00 kecuali bro Moore yang pulang ke rumah yang sememangnya di kuching.

Gambaran semasa kami bergerak ke Kuching. Tapi hanya gambar dari Tebedu ke Serian sahaja







Pada sebelah malamnya tiada apa aktiviti yang kami lakukan kerana hujan lebat selain terpaksa berehat kerana sedikit masalah kesihatan yang agak mengganggu…..

Rabu, 25 Januari 2012

KONVOI JELAJAH BORNEO 2011 DAY 13 (PONTIANAK)

Assalamualaikum.....

31.11.2011 - Hari ini kami dijadualkan untuk berjumpa Konsul Muda di Pejabat Konsulat Malaysia di Pontianak. Kerana masa yang dijadualkan adalah jam 10 pagi maka dapatlah kami semua peserta untuk tidur lebih sedikit dari kebiasaan sebelum kami turun untuk bersarapan pagi yang disediakan di hotel tempat kami menginap.

Hotel Kartika tempat kami menginap

Seperti yang dijadualkan kami semua telah berkumpul di Hotel Kartika tempat kami menginap termasuk Abe Mat yang datang ke hotel kami kerana Abe Mat menginap di Hotel Khatulistiwa selepas John yang membawa bike Abe Mat dari Balikpapan menghantar bike pada Abe Mat. Kami bergerak dalam satu kumpulan dalam kesesakan bandar Pontianak sekitar jam 9 pagi waktu tempatan. 

Bergerak menuju ke Pejabat Konsulat Malaysia di Pontianak



Setengah jam kami meredah kesesakan jalan di bandar Pontianak ini dan kami pun sampai di Hotel Mercure  tempat terletaknya Pejabat Konsulat Malaysia di Pontianak. Untuk makluman Pejabat Konsulat Malaysia di Pontianak hanya menyewa sementara di bangunan Hotel Mercure sementara menunggu bangunan baru siap yang masih dalam pembinaan. Kalau tak silap kawe Pejabat Konsulat Malaysia di Pontianak menyewa pada aras 4 Hotel berkenaan. selepas bike disusun kami bergerak masuk untuk berjumpa Konsul Muda yang sememangnya menunggu kedatangan kami.

Tiba di Hotel Mercure


Pejabat Konsulat Malaysia di Pontianak

Konsul Muda Malaysia di Pontianak (kawe lupa nama beliau)

Bro Ruly didalam bilik Tetamu tempat kami berjumpa Konsul Muda

Bro Ruly selaku Ketua Rombongan menyerahkan baju rasmi konvoi

Peserta bergambar kenangan bersama Konsul Muda

Peserta bergambar bersama bike dihadapan Hotel Mercure selepas berjumpa Konsul Muda

Hampir sejam kami di Pejabat Konsulat Malaysia di Pontianak sebelum kami mengundurkan diri. Untuk rencana seterusnya adalah acara bebas. Maknanya kami semua peserta boleh melakukan aktiviti lain sementara di Pontianak. Program pertama yang direncanakan adalah untuk berjalan-jalan disebuah pusat membeli belah yang terdapat berhampiran Hotel Mercure. 
  

Pusat Membeli Belah Ayani Mega

Pekena kopi dulu boss...

Keadaan dalam pusat beli belah

Bergerak balik selepas shoping...

Penat berjalan kami seterusnya mula bergerak untuk mengambil bike dan balik ke hotel tempat kami menginap. Sebelum bergerak beberapa peserta menyatakan hajat untuk mencari bengkel untuk servis bike masing-masing seperti tukar minyak hitam dan lain-lain. Bagi kawe tiada lagi urusan yang ingin kawe lakukan dan bergerak balik ke Hotel bersama beberapa peserta yang lain. Sedikit gambaran sekitar bandar Pontianak yang sempat kami ambil semasa di Pontianak.

Sekitar pemandangan di Kota Pontianak












Banyak masa kami di Pontianak sebenarnya kalau diikutkan, tetapi kerana ramai antara kami yang kepenatan kami memutuskan untuk berehat di bilik dan ada beberapa peserta yang keluar pada sebelah petangnya untuk meronda-ronda Kota Pontianak. Itu pun dengan hanya berjalan kaki. Bagi kawe sendiri, masa kawe banyak dihabiskan untuk berehat. Malamnya pun kawe tak keluar dan hanya makan makanan yang kawe oder dari hotel sahaja. Untuk perjalanan esok kawe tak risau sangat cuma sedikit takut untuk melintasi sempadan antara Indonesia-Malaysia. Bukan apa, mana la tau takut-takut ada masalah....