Sabtu, 31 Mac 2012

RIDE JALE-JALE (JALAN-JALAN).... (LIMBANG-KENINGAU-LIMBANG)

Assalamualaikum....

Lama rasanya blog Kawe ni menyepi.... Dan untuk citer kali ini kawe ingin kongsikan berkenaan RIDE JALE-JALE kawe dan isteri serta beberapa rakan-rakan yang lain pada 18.03.2012. Bike yang pergi tak banyak cuma 3 biji bike sahaja iaitu KAWASAKI VERSYS650 yang ditunggang oleh kawe dan isteri sebagai pembonceng, KAWASAKI ER6N SE yang ditunggang oleh Fredie dan isteri dari Lawas dan DEMAK DTM 150 yang ditunggang oleh Wilson juga dari Lawas.

Bagi perjalanan kali ini, kami akan bermula di Lawas-Sipitang-Beaufort-Kimanis-Keningau-Tenom-Sipitang-Lawas dan jarak sejauh lebih kurang 420 kilometer. Pada pagi itu kawe seperti biasa bergerak dari Limbang sekitar jam 8 pagi dan akan ke Petronas Lawas yang menjadi tempat kami berkumpul. Jika diikut dari rancangan asal, sebanyak 5 buah bike akan ikut tapi ada yang tidak dapat untuk ikut serta disaat akhir kerana masing-masing ada urusan. Jadi hanya kami berlima dengan 3 buah bike sahaja yang akan pergi.

Kami bergerak dari Petronas Lawas sekitar jam 9.30 pagi dengan cuaca yang cerah dan arah perjalanan kami yang pertama akan melalui kawasan Sipitang, Sabah. Perjalanan ke Sipitang agak santai kerana kami menetapkan kelajuan sekitar 100km/j. Yang penting kami selamat pergi dan balik.

Wilson dan Fredie in action....

Kerana hujan lebat malam sebelum kami bergerak menyebabkan air melimpah di ladang sawit...

Asyik kabur je gambar... Maklumlah guna kamera telefon je...

Sampai di Merapok, Lawas....

Inilah Pos Pemeriksaan Imigresen yang pernah kawe cerita dulu... Jadi mana-mana yang berhajat untuk ke Sabah-Sarawak atau sebaliknya harus melapor dulu disini. Mungkin ini satu-satunya dalam dunia.

Memasuki Negeri Sabah sudah sekarang...

Memasuki Pekan Sipitang...

Fredie dan Isteri...

Esplanade Sipitang... Nampak macam ada pesta...

Pesta di Esplanade Sipitang...

Perjalanan dari Lawas ke Sipitang hanya memakan masa selama 45 minit sahaja dengan maksimum kelajuan 100km/j. Dari Sipitang kami kini akan bergerak menuju ke Beaufort yang akan memakan masa selama 30 minit dari Pekan Sipitang. Kami akan berhenti di Petronas Beaufort untuk mengisi minyak bike Bro Wilson yang memakai Demak DTM150.

Jalan di sabah lebih bagus kondisinya jika nak dibandingkan dengan Sarawak...

Gambar kawe dan isteri on the bike... Tu kat side mirror tu isteri kawe...


Fredie....

Fredie lagi... Wilson tak jauh kat belakang...

Jambatan Beaufort...

Beaufort... Melalaui round about Menumbuk-KK-Sipitang yang dalam pembaikan untuk keselesaan dimasa akan datang....

Dari Beaufort kami meneruskan lagi perjalanan menuju ke Kimanis dan dari Kimanis kami akan bergerak terus ke Keningau. Perjalanan dari Beaufort menuju ke Kimanis ditemani cuaca yang agak panas kerana jam sudah hampir menunjukkan pukul 12 tengahari. Walaupun keadaan cuaca sedikit membahang, itu tidak memudarkan mood kami untuk terus ride dalam keadaan santai.

Gambar Fredie dan isteri dari dekat... Tapi muka tak blh cam sebab pakai full face...

Sangkaan kawe panas akan menemani kami sepanjang perjalanan agak meleset kerana selepas kami bergerak beberapa kilometer melepasi Kimanis, awan di langit kelihatan mula redup. Kawe dan isteri mula berteka-teki adakah hujan akan turun?

Selepas Kimanis kelihatan awan mulai menebal merubah warna.... 


Selepas jambatan.... Bukit pertama yang perlu didaki untuk melepasi Banjaran Crocker... Cuaca pun dah kembali cerah...

Jauh pulak Wilson tertinggal... Tapi takpe kami tetap akan tunggu...

Waktu kami perlahakan bike untuk menunggu Wilson di belakang...

Lain macam je cuaca ni...


Jalan yang cantik dan di jalan inilah ramai bikers datang mengasah bakat melayan selekoh.... Tapi awas kerana ramai yang telah kecundang. 

Setelah kami melalui beberapa selekoh selepas mendaki Banjaran Crocker, teka-teki kawe dan isteri kini terjawab apabila kelihatan jalan mulai basah kerana ada titis-titis air yang turun yang menandakan hari akan hujan. Kawe akhirnya mengambil keputusan untuk berhenti bagi menyarung baju hujan kerana untuk mengelakkan basah dan kesejukan apabila melalui puncak Banjaran Crocker nanti.

Jalan mulai basah dengan titisan air hujan...


Wilson dengan Demak DTM 150....

Berhenti sarungkan baju hujan dulu... Kulit kawe tak banyak lemak boss... Sebab tulah tak tahan sejuk...

Semua kelam kabut pakai baju hujan....

Kawe dah ready...

Waktu ni hujan agak lebat.... 

Selepas melalui beberapa selekoh hujan yang dari tadi lebat mulai berhenti dan kali ini kami disajikan dengan keadaan jalan yang berkabus pula. Oleh kerana jarak penglihatan agak terhad di beberapa kawasan, kami bergerak dengan sedikit perlahan sebelum kami sampai di Batu 16 jalan Kimanis-Keningau.

Kabus yang agak tebal... Tapi kawe penah kena lagi tebal dari ni disini....


Ini jelah gambar kawe on the bike...

Keadaan jalan berabus dan sejuk....


Batu 16 jalan Kimanis-Keningau... Kalau datang mesti berhenti disini menghirup udara segar....

Wilson...

Akhirnya gambar kami bertiga... Pillion tukang snap gambar...

Kabus mula mengisi ruang puncak di Batu 16 ini...

Kalau rasa nak bermalam kat belakang tu adalah tempat penginapan... Bayaran tak pulak kawe periksa...

Amacam.... Romantik ka... Hahahaha...

Dari Batu 16 jalan Kimanis-Keningau ini kami mula bergerak turun ke Keningau setelah setengah jam kami diatas sini. Kalau diikut ingin lama sikit disini, tapi takut hujan akan turun sebab jika diteliti awan mulai berubah. Dari sini kami akan terus ke Keningau untuk mengisi sedikit perut dan mengisi minyak bike kami.

Bergerak ke Keningau dari Batu 16....

Kalau tengok kat speedometer kelajuan cuma 78 km/j sahaja... Biar lambat asal selamat... 


mendaki salah satu bukit yang paling curam sebelum sampai di keningau...

Kereta kat depan betul-betul perlahan masa mendaki...

Kalau rasa nak layan lap silakan... Kawe sikit-sikit je...


berhenti sekejap kat Tanam Banjaran Crocker sebelum sampai Keningau...

White V kawe...

Kawe...

Seorang rider ER6N yang sempat isteri kawe snap... Masa naik tadi pun ada selisih kebetulan hari kawe pergi ni hari last PERKAMPUNGAN BIKERS DI KENINGAU....


Kawe lagi...


Berempat... Isteri kawe tukang snap gambar...

Keningau... Makan di Restoran Rahmat... Restoran ini merupakan milik Presiden Keningau Bikers...

Bergerak ke Petronas Keningau... Isi perut bike lagi...

Dah siap isi minyak...

Jalan Apin-Apin... Bukan Jalan Upin-Ipin...

Urusan mengisi minyak petrol dan mengisi perut yang berlagu sejak dari awal perjalanan tadi selesai kami uruskan, kini kami akan bergerak lagi dan arah perjalanan kali ini adalah ke Tenom. Mengikut agenda, kami akan singgah di Muzium Budaya Murut. Dah banyak kali kawe melalui kawasan ini tapi tak pernah pulak terniat untuk singgah. Jadi kali ini kawe mengambil peluang utnuk singgah untuk melihat budaya suku kaum Murut. Bagi kawe rasanya dah banyak budaya yang dah berubah mengikut perkembangan zaman.

Gerbang masuk ke Muzium Budaya Murut...

Bangunan utama Muzium Budaya Murut...

Peta landskap Muzium Budaya Murut...

Naik ke Muzium Budaya Murut...


Murut sedang menyumpit...

Keadaan di dalam Muzium Budaya Murut...

TININGGAULUN... Tempayan tempat pengebumian masyarakat Murut...

Seram je kawe tengok tempayan ni... Semua tak berani nak jeguk apa ada kat dalam...

Lupa pulak kawe nama parang ni... Yang pasti digunakan untuk memenggal kepala musuh....

Kalau tak salah kawe ini merupakan tempat menyimpan mata sumpit kalau tak pun alat muzik masyarakat Murut...

Isteri kawe... Selalu komplen sebab gambar dia sikit... Biasalah kalau jadi tukang snap gambar...

Peralatan muzik masyarakat Murut...

Gambar ni diambil pada tahun 1908...

Isteri kawe...

gambar masyarakat Murut....

Gambar tahun 1909...

Gambar diambil tahun 1960 kalau kawe tak silap...

Poster tarian yang ada dalam masyarakat di Sabah...

Dewan terbuka.... Tiang yang digunakan betul-betul kayu balak bulat yang ditebang...

Struktur binaan yang semuanya menggunakan kayu bulat tanpa digergaji...

Habis melawat Muzium kami sedia untuk balik...

Apa-apahal bergambar kenangan dulu bersam bie di dapan bangunan Muzium Budaya murut...

Giliran pillion pulak bergambar...

Kalau rasa nak melawat, inilah waktu untuk lawatan. Bayaran akan dikenakan bermula 1 jun 2012....

Urusan melawat Muzium Budaya Murut selesai lebih kurang jam 4 petang. Seterusnya kami meneruskan perjalanan menuju ke Sipitang. Dan mengikut rancangan kami akan singgah di Sipitang untuk pekena sate sebelum bergerak balik. Semasa perjalanan menuju ke Sipitang kami terpaksa berhenti untuk menyarung baju hujan kerana  hujan mulai turun membasahi kami.

Pekan Tenom... Terkenal dengan kopinya...

Lain macam je awan ni...

Hari lepas hujan... Nasib baik...

Wilson hilang kat belakang.... hati-hati boss...

Hanya Fredie... Wilson masih hilang....

Masa ni kawe slow tunggu Wilson...

Berhenti tunggu Wilson sambil 'menyiram' tanaman di hutan...


Satu-satunya kereta yang kami jumpa semasa melintasi jalan Banjaran Crocker dari Tenom-Sipitang...


Fredie dan Wilson...

Cuaca kali ini tak menyebelahi kami...

Kalau tak hujan syok juga layan perasaan kat jalan ni....

Kami terpaksa berhenti apabila hujan mulai turun...

Hujan yang lebat dihadapan...

Petronas Sipitang... Acara buka baju hujan dan Wilson mengisi minyak bike....

Esplanade Sipitang... Awal pagi tadi ada pesta... Dengar khabar ada lumba perahu dan acara-acara lain...

Makan sate di Sipitang sebelum bergerak balik...

Setelah selesai pekena sate di Sipitang kami bergerak balik lebih kurang jam 7.00 malam. Kami akhirnya sampai dengan selamat di Lawas pada jam 8 malam sebelum kami masing-masing bergerak balik ke rumah masing-masing....




Tiada ulasan: