Jumaat, 6 Julai 2012

TAWAU RIDE 2012 (1hb-4hb JUN 2012) - 1

Assalamualaikum....

Sudah hampir dua bulan blog kawe menyepi dari post terbaru. Untuk dua bulan kawe tiada ride kerana kawe ditugaskan sementara di Negara Brunei Darussalam untuk 3 bulan. Jadi sebagai ride membalas dendam kawe dan isteri telah merancang untuk ride ke Tawau.

Mengikut perancangan awal kami akan ride sendirian tetapi setelah berhubung melalui Facebook dengan beberapa rakan lain, ada yang bersetuju untuk ikut serta bersama kami dan yang telah disahkan akan ikut adalah saudara Johnny dari Keningau yang menggunakan jentera APRILLIA PEGASO 650 dan Haji Rahmat juga dari Keningau dan akan menggunakan jentera KAWASAKI VERSYS 650. Melalui perbincangan kami akan menggunakan laluan Keningau-Tawau yang akan melalui Kalabakan.

Seperti biasa kawe dan isteri akan bergerak awal pagi dari Limbang dan kami akan terus ke Keningau dimana saudara Johnny dan Haji Rahmat akan menunggu kami. Ikut perancangan kami akan bergerak dari Keningau pada jam 10.30 pagi. Lebih kurang jam 6.30 pagi kawe dan isteri sedia untuk bergerak.

Bike kawe sedia untuk beraksi...

Kawe...

Sempat lagi pose... 
Perjalanan kami pada pagi itu ditemani cuaca yang agak baik dan jumlah kenderaan juga tidaklah terlalu banyak walaupun pada hari tersebut merupakan hari cuti umum di negeri Sarawak sempena Perayaan Gawai Dayak.

Pos Imigresen Pandaruan Limbang. Disini perlu melapor sebelum masuk ke Negara Brunei Darussalam

Beberapa ratus meter selepas Pos Imigresen menuju ke masuk ke Brunei

Feri yang menghubungkan Malaysia-Brunei dalam daerah Limbang-Temburong. Bayaran RM2.00 untuk sebuah bike untuk merentasi sungai seluas 20 meter.

Kompleks Pemeriksaan Imigresen Ujong Jalan, Temburong. Baru beberapa bulan beroperasi.

Jalan di Negara Brunei Darussalam... Cantik dan lurus...

Kawe,,, Selesai pemeriksaan Imigresen di Labu untuk keluar Negara Brunei Darussalam...

Pos Imigresen Mengkalap, Lawas.... Masuk semula Malaysia

On da way ke Lawas

Hotel Seri Malaysia di Lawas....

Tenang saja jalannya...

Pos Imigresen Merapok, Lawas. Sedia untuk meninggalkan Sarawak dan masuk ke Sabah.

Signboard simpang ke Tenom.... Kanan...

Bulatan dengan mercu tanda gasing. Ke kanan menghala ke Tenom-Keningau

Jalan ke Tenom... Memang sunyi terutama awal pagi dan petang....

Tenom... Tanah runtuh...

Antara selekoh yang berbahaya kerana jalannya licin

Sekitar jam 8 pagi.... Suasana agak berkabus

Perjalanan yang santai sesekali melalui kawasan berkabus

Agak tebal pula kabusnya...

Pada jam lebih kurang 9 pagi kawe akhirnya sampai di Pekan Keningau dan tujuan kawe adalah untuk ke Restoran Haji Rahmat di Keningau ini dimana Haji Rahmat dan bro Johnny akan menunggu kami.

Agak-agak apa brand side box dia guna... Ada jual ka...

Terserempak haji Rahmat di bengkel ini. Tukar tayar katanya...

Inilah kedai makan kepunyaan Haji Rahmat.

Kawe bersama Haji Rahmat dan bro Danis juga dari Limbang. Dia selalu solo ride ke Keningau...

 Sekitar jam 11.30 pagi selepas Haji Rahmat selesai urusan menukar tayar dan bro Johnny selesai urusan yang penting yang harus disiapkan. Kawe dan Haji Rahmat mula bergerak menuju ke stesen minyak yang berhampiran dimana bro Johnny menunggu kami. 

Bagi kawe inilah pengalaman pertama perjalanan menggunakan jalan Kalabakan yang dikatakan off road dan agak mencabar ini. Ketika ini bermacam perasaan datang termasuk takut dan teruja kerana agak lama kawe tak melalui jalan off road selepas melaluinya kali pertama semasa Konvoi Jelajah Borneo pada tahun lepas.

Bersambung.....

2 ulasan:

Puan Rosnanie Mohd Alie berkata...

assalammualaikum wea.. demo duduk brunei kena bayar gaji dgn dolar ke??

KAKI MOTOR berkata...

Takde la kak.... Kawe keno bayar elaun je... Hehehehe