Rabu, 9 Januari 2013

ONE DAY RIDE - LIMBANG-MENUMBOK-KUALA PENYU

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Entri kali ini kawe nak ceritakan tentang ride memanaskan enjin ke Menumbok, Sabah yang kawe bersama 4 lagi rakan bikers rencanakan iaitu pada 7.10.2012. Untuk ride ini bukanlah satu ride yang lama kerana kami hanya melakukan secara day trip sahaja. Antara yang ikut serta adalah kawe + wife, Bro Ali, Adeng, Ah Chang dan Zai Ness.

Seperti biasa untuk perjalanan day trip ini kami memulakan ride lebih kurang jam 9 pagi dan kami berkumpul di Petronas Lawas.

Antara jejaka-jejaka Borneo terakhir...

AAA (Ali, Adeng dan Ah Chang)

Bro Zai Ness dan Black V yang pertama kali memulakan perjalanan jauh...

Perjalanan kami pada hari itu agak tenang ditemani cuaca yang agak baik pada hari itu walaupun pada bulan tersebut hujan sentiasa mencurah. Perjalanan kami akan melalui daerah Sipitang, Sabah seterusnya ke Beufort, Sabah. Dan kami akan berhenti di Beufort untuk bersarapan pagi.

Aksi on da bike...

Lagi aksi on da bike...

Hati-hati boss... Selekoh boss...

Menunggu Bro Ali menguruskan urusan untuk pemeriksaan passport di interstate border antara Sarawak dan Sabah.

Memasuki pekan Sipitang, Sabah...

Jalan yang selalu terdapat speed trap... Siitang-Beufort... Jadi slow-slow boss...

Hampir memasuki pekan Beufort...

Perjalanan kami ke pekan Beufort telah memakan masa hampir sejam setengah dari Lawas dan kami singgah makan di Restoran Malaysia di Beufort.

Wajah-wajah pelakon utama... Zai Ness, Ah Chang dan Ali...

Selepas bersarapan kami meneruskan perjalan ke Menumbok, Sabah. Untuk makluman, Menumbok adalah salah satu tempat untuk menaiki feri untuk membawa kenderaan ke Wilayah Persekutuan Labuan.

Jalan menuju ke Menumbok... Tenang...

Semua ada dalam gambar... Kawe je tiada...

Banyak sudah bendera parti di sabah dinaikkan... Satu tanda GE dah dekat...

On da bike...

Zai Ness versys650...

Ah Chang XJ6....

Ali Super Tenere 1200...

Adeng Z750...


Simpang ke Menumbok... Ke kiri boss...

Jalan yang lurus... Siapa yang kaki meroket memang syok... Tapau habis...

Peace lok...

Perjalanan kami dari Beufort ke menumbok mengambil masa lebih kurang 1 jam dan kami akhirnya sampai di pekan Menumbok. Dan sewaktu disinilah kawe rasa ada sesuatu yang tak kena pada bike kawe. Kalau diikut dari pengalaman yang lepas kawe dapat mengagak yang bearing belakang bike kawe bermasalah @ pecah. Dalam situasi ini kawe seharusnya tidak panik dan bergerak mencari kedai yang boleh untuk kawe buka tayar belakang kawe dan mencari bearing yang bersaiz sama dengan bike kawe. dan ternyata nasib menyebelahi kawe. Tapi kawe terpaksa membuka sendiri kerana pada hari ahad kedai tersebut tutup.


Buka tayar belakang... Hantam je labu...

Akhirnya telah barai tayar belakang kawe...

Inilah bearing yang buat hal tu...

Bagi gris bearing baru...

Pasang semula tayar dibantu kawan-kawan... TQ boss...

Kunci tayar ketat-ketat...

Ok... Siapp....

Setelah kami menghabiskan masa hampir setengah jam untuk membaiki masalah pada bike kawe, kami akhirnya bergerak semula menuju ke Kuala Penyu dan seterusnya ke Membakut. tapi sebelum itu kami sempat makan tengahari dan bergambar di jeti menaiki feri di Menumbok.

Suasana yang tidak begitu sibuk... 

Inilah jeti kalau nak bawa bike ke Labuan...

Agak-agak kalau makan berapa hari baru habis ni...

Kawe n bro Ali...

Ali n Super Tenere...

Kami...

Jejaka-jejaka hensem la jugak...

Macam gambar askar kalah perang je...

Kawe n wife..

Singgah sekejap di Pantai Menumbok...

Bergerak menuju ke Kuala Penyu...

Menghampiri Kuala Penyu... Lurus saja boss...

Penyu... Simbolik dengan namanya...

Bikers yang berdisiplin...

Kerbau melintas... Masa ni dialah raja jalan raya...

Dari Menumbok kami akhirnya sampai di Pekan Kuala penyu lebih kurang jam 3 petang dan kami hanya singgah sebentar di Jeti Kuala Penyu. Seterusnya kami bergerak kembali menuju ke Membakut-Beufort-Sipitang dan jalan yang akan kami lalui adalah merupakan jalan pesisir pantai. 

Di Jeti Kuala Penyu... 

Ada juga peminat White V kawe...

Hello boss...

Peace yo...

Santai...

Jalan pesisir pantai... Pantainya sebelah kiri boss...

Hati-hati boss...

Melalui kawasan kampung...

Akhirnya menuju ke jalan utama ke Beufort... Ke kanan boss...

Beufort...

Gambar dari belakang pulak...

Slow-slow boss... Peace...

Pada jam lebih kurang 5 petang kami sampai di Sipitang. Dan seperti kebiasaannya bagi kami, pasti akan singgah untuk menikmati sate di pekan Sipitang sebelum bergerak balik ke Lawas dan Limbang. Sewaktu sedang menikmati sate, kami terlihat rakan-rakan bikers dari Brunei yang kebetulan singgah untuk tujuan yang sama. Mereka difahamkan dari Kota Kinabalu dan dalam perjalanan balik ke Brunei Darussalam.

Selera bro Ali makan...

Motorsikal jenama VICTORY buatan US. Harga lebih kurang HD. Kawe tak pasti di Malaysia ada atau tiada. 

Kokpit...


Dari depan...

Harley Davidson...

Kawasaki GTR1400... Di Brunei jauh lebih murah. Hampir separuh beza harga dengan Malaysia.

Antara rakan-rakan bikers dari Brunei...

Hampir habis kami kerjakan...

Apabila perut telah diisi dengan secukupnya kami bergerak balik pada jam lebih kurang 7 malam. Memang ada diantara kami terasa akan penatnya tapi kami tetap menikmati ride ini kerana sebagai seorang bikers tiada erti kata puas....

7 ulasan:

AdengBibie berkata...

Hahahah..kawe bnyk interframe trip kali ni bro...hahaha

KAKI MOTOR berkata...

Kalau nak banyak gambar, masa ride rajin2 dok blakang kawe... Hahahaha

Fairul Kluang berkata...

terbaik boss

Bahulu Studio berkata...

jejalan tambah ilmu
salam kenal

KAKI MOTOR berkata...

Mohd Pk : Salam kenal juga dari kawe boss...

Encik F. berkata...

kalu singgah sipitang lagi beli la sate banyak2 hehehe
salam kenal2 juga

Unknown berkata...

Brapa kos sabah ke sarawak