Isnin, 12 Mac 2012

SEKITAR 2ND BRUNEI WEEK 2012

Assalamualaikum...

Kali ini kawe ingin update entry pasal 2ND BRUNEI BIKE WEEK 2012 yang berlangsung awal mac lalu. Acara yang direncanakan adalah bermula pada 02.03.2012 dan berakhir pada 04.03.2012 dan berlansung di Jerudong Park, Brunei Darussalam. Untuk acara tahun ini, dilihat telah menarik minat ramai pergemar dan pemilik motorsikal berkuasa tinggi dari seluruh kepualauan Borneo untuk hadir bagi menjayakan acara ini. Antara yang hadir adalah dari Indonesia, Sarawak, Labuan dan Sabah.

Bagi kawe sendiri, acara Brunei Bike Week ini adalah merupakan yang pertama kali kawe hadir sebab pada tahun sebelumnya acara yang diadakan sama dengan tarikh perkahwinan kawe. Jadi tak dapatlah kawe ikut serta. Jadi untuk tahun ini kawe berkesempatan untuk hadir tapi untuk sehari sahaja dan kawe tak mengikut acara penuh yang diadakan. Jadi mungkin cerita yang kawe akan kongsikan ini bukanlah acara yang sepenuhnya tapi kawe akan cuba untuk memberi gambaran yang terbaik.

Kawe bersama Bikers Miri dan Bintulu yang hadir

Bersedia untuk ikut konvoi.... Kawe tak tau pulak mereka nak kemana... Kawe tak ikut...

Deretan bike Bintulu Bikers...



KAWASAKI 'bike'

Motor nazi...

Ada tayar spare lagi... Tak risau pancit...

Motor BSA... Harga kalau tak silap RM100,000 sahaja...

Kawe dengan James n Bro Danny...

White V... Bukan kawe punya tapi bro Husin punya....

Tengok-tengok barang yang berkenan dihati dulu boss...

Gerai jualan yang ada...

Kawan-kawan dari Bintulu Bikers... Borak-borak dulu boss...

Antara yang hadir...

HD... 

Ada yang berkenan ka...


Harley...

Tersusun cantik ...


Group LC dan skuter pun ada...

HD lagi...

Jam lebih kurang 4 petang kawe bersama-sama dengan Bintulu Bikers bergerak menuju ke Limbang kerana mereka akan bermalam di Limbang sebelum meneruskan program mereka ke Kota Kinabalu.

Aki Ani....

Bergerak meninggalkan Jerudong Park

Sempat lagi bro James...

Bergerak dalam satu barisan...




Hampir sampai di Pos Pemeriksaan Imigresen dan Kastam Brunei Darussalam...

Setelah bergerak hampir setengah jam kami kemudian sampai di tempat Pemeriksaan Imigresen dan Kastam. Dan disinilah kawe terlibat dalam kemalangan kecil apabila sebuah kereta Toyota Vios tiba-tiba membuka pintu menyababkan side box kawe terlanggar pintu tersebut. Nasib baik kawe dan isteri tak apa-apa dan bike kami juga ok tanpa mengalami apa-apa calar. Tapi pintu kereta Vios tu terus tak boleh tutup (rosak).

Periksa bike... syukur semua selamat...

Kawan-kawan yang menjadi saksi mata kemalangan kecil kawe...

kereya vios yang kawe langgar pintunya... Pintunya terus tak boleh tutup...



Di Kompleks ICQS Tedungan... 


Abang Mad... Presiden Bintulu Bikers...

Bersedia bergerak ke Limbang...


Kami akhirnya sampai di Limbang sekitar jam 5.30 petang. Jika di ikut masih banyak acara yang berlansung ketika Bike Week tersebut tapi kami tidak dapat untuk mengikuti semua acara kerana masing-masing ada agenda yang tersendiri...

Tiada ulasan: