10.02.2013 - Hari ini merupakan hari kedua dalam kalendar jadual kami dan kawe bangun agak lewat tanpa bersarapan. Mungkin nak kata kepenatan tidak juga tapi mungkin kerana sudah menjadi kebiasaan kawe untuk tidak bersarapan terlalu awal.
Jika diikutkan, beberapa program telah direncanakan untuk kami semua oleh pihak TBBOC. Acara pertama yang dirangka adalah untuk melawat rumah terbuka seorang ahli TBBOC sempena Tahun Baru Cina. Kami bergerak lebih kurang jam 10 pagi dan diketuai oleh Kak Linda sebagai marshal.
Kak Linda marshal kami di Tawau
Wife Yuhanis dan Wife Fredie. Pertama kali membonceng sejauh ini.
Dalam perjalanan menghadiri rumah terbuka
Yuhanis & wife
Berhenti mengisi minyak petrol sebelum gerak
NSRC di rumah terbuka saudara Lee salah seorang ahli TBBOC
Kedatangan lori yang membawa rombongan Tarian Singa
Membakar mercun sebaik Tarian Singa bermula
Tarian Singa
Bini-bini perkasa aka pillion tegar
Fredie n wife
Tarian Singa dihadapan tetamu dan tuan rumah
Tiga buah bike yang diberi penghormatan untuk parking dalam rumah
Cikgu Adi dan Cikgu Zakaria @ Nyo
Kawe
Acara makan
Selesai menghadiri rumah terbuka Tahun Baru Cina saudara Lee, kami seterusnya bergerak kerumah salah seorang lagi ahli TBBOC dan kali ini sempena upacara aqiqah anak beliau. Kunjungan kami kesana ditemani dengan sedikit hujan. Walaupun tidak berapa lebat tetapi mampu membuatkan kami sedikit lembab. (GAMBAR TIADA SEBAB KAMERA KAWE SIMPAN SEBAB HUJAN DAN LUPA KELUARKAN DARI SIDE BOX)
Selesai menghadiri upacara aqiqah tersebut kami bergerak balik semula ke hotel tempat kami menginap. Jika diikutkan pada rancangan asal, kami akan bergerak untuk ke Sempoerna tetapi terpaksa kami batalkan atas beberapa faktor.
Oleh kerana itu, ini sedikit sebanyak memberi kami sedikit masa untuk berehat dan melakukan aktiviti sendiri sehingga jam 5 petang kerana pada jam 5 petang kami akan dibawa oleh rakan-rakan TBBOC untuk meronda sekitar Tawau.
Seperti yang dijanjikan, tepat jam 5 petang kelihatan beberapa rakan bikers dari TBBOC telah menunggu kami di tempat parking bike. Tanpa menunggu lama kami seterusnya dibawa melawat sekitar Tawau dan antara lokasi wajib adalah di 0KM Tawau.
Rakan-rakan dari TBBOC yang menunggu kami
Tempat parking bike didepan hotel
Mula bergerak untuk jalan-jalan sekitar Tawau
Keadaan Tawau yang sunyi sempena Tahun Baru Cina. Banyak kedai tutup dari beroperasi
Saudara Razi n Kak Mila
Konvoi dalam kelajuan yang perlahan
Sampai di 0KM Tawau.
Kawe n wife
Deretan bike yang disusun
Kawe, Cikgu Adi dan Saudara Nazri
Bergambar didepan bike
Fredie n wife
Monica (wife Fredie)
Kawe berborak dengan Bro Rosli. Membincangkan projek mega. Hahahaha
Pillion tegar
Lagi pic pillion tegar
Saudara Nazri dan saudara Ruly orang kuat TBBOC
Bergambar beramai-ramai sebelum bergerak balik
Bersedia untuk bergerak
Yuhanis n wife.
Fredie n wife
Antara ahli-ahli TBBOC yang tak jemu-jemu melayan kerenah kami
Makanan dah sampai.... Nasi goreng kampung dengan ayam goreng. Terbaikkkk...
Kawe kelaparan
Cikgu Adi kekenyangan
Pillion bergambar sebelum kami balik ke hotel untuk berehat
Selesai makan di Tawau Kopitiam, kami berjalan kaki balik ke hotel yang terletak lebih kurang 100 meter sahaja. Tetapi sebelum balik ke bilik masing-masing, terdapat tugas yang perlu kami selesaikan iaitu untuk memeriksa keadaan bike kami supaya agar semuanya selamat untuk mengharungi perjalanan yang agak mencabar pada keesokan harian.
Berbincang sedikit mengenai perjalanan pada esok hari
Membeli sedikit bekalan untuk bersarapan pagi
Sedikit keadaan Tawau pada waktu malam
Setelah semua urusan selesai kami bergerak balik ke bilik masing-masing untuk berehat. Sesampai dibilik kawe termenung panjang memikirkan keadaan jalan dan cuaca untuk hari esok kerana jalan yang akan kami lalui mampu melemahkan mental dan fizikal kami....
6 ulasan:
suka cara demo becerita.. simple. hehe
Terima kasih boss sebab sudi singgah di blog kawe... Dan terima kasih juga atas layanan semasa berada di Tawau. Sukar untuk kawe membalasnya....
memang best pemgembaraan nsrc ni...
Tanpa Nama = Memang best boss... Banyak dugaan yang terpaksa ditempuh dan ini semakin mengeratkan lagi persaudaraan sesama bikers.
Ada sambungan lagi ke?
Ada boss... Episod 3 aka episod last. Akan update dalam masa terdekat.
Catat Ulasan