Khamis, 28 Februari 2013

KUNJUNGAN MUHIBAH KEATAS KELAB MOTORSIKAL DAERAH TUTONG (KEKAL) , BRUNEI DARUSSALAM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Kali ini kawe ingin kongsikan sedikit cerita berkenaan RIDE KUNJUNGAN MUHIBAH NSBC (KELAB MOTORSIKAL UTARA SARAWAK) KEATAS KELAB MOTORSIKAL (KEKAL) DAERAH TUTONG NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. 

Acara ini telah berlansung pada 24.02.2013 dan telah disertai oleh 13 buah bike dari NSBC dan 3 bike dari TEMBURONG BIKERS, BRUNEI DARUSSALAM. Seperti biasa kawe bergerak dari Lawas ke Limbang bersama-sama enam rakan-rakan lain seawal jam 7.00 pagi. Kami akan berkumpul di Shell Limbang sebelum bersama-sama bergerak ke Tutong, Brunei Darussalam.

Bergerak melintasi Pos Kawalan Imigresen Labu, Brunei

Temburong, Brunei Darussalam

Temburong, Brunei Darussalam. Kawasan yang selalu ada speed trap.

Pekan Bangar Temburong, Brunei

Di Pos Kawalan Imigresen Ujong Jalan, Brunei Darussalam

Menaiki feri untuk melintasi Sungai Pandaruan yang memisahkan Malaysia-Brunei

Di Pos Kawalan Imigresen Pandaruan, Limbang Sarawak

Menghampiri Pekan Limbang

Kami sampai di Shell Limbang pada jam lebih kurang 8.15 pagi dan kelihatan ada beberapa rakan lain yang telah menunggu ketibaan kami dari Lawas.

Di Shell Limbang. Sebelum bergerak ke Brunei

Masih menunggu beberapa rakan yang belum sampai

Rakan yang baru tiba

Harley saudara Ali Temburong. 

Anak cikgu Adi... Ahli cilik NSBC

Geng perokok tegar...

Bersedia sebelum bergerak

Cikgu Adi dan pillion cilik

Setelah semua ahli mencukupi, seperti yang dijadualkan kami mula bergerak menuju ke Brunei tepat jam 8.30 pagi. Pergerakan kami menuju ke Brunei dalam satu konvoi dan sebelum memasuki Brunei kami harus melintasi sempadan Malaysia-Brunei terlebih dahulu iaitu di Kompleks Imigresen dan Kuaranti di Tedungan sebelum dapat memasuki Negara Brunei Darussalam.

Untunglah Bro Zai Ness dok belakang kawe... 

Memasuki simpang untuk ke Tedungan, Limbang

Bergerak dalam satu barisan

Bergerak dalam jarak dan kelajuan yang selamat

Kawe suka gambar ni

Menghampiri Tedungan

Kompleks Imigresen dan Kuaranti di Tedungan

Saudara Ali Temburong Bikers

Adik Saudara Ali

Apa yang dibincangkan tu... Ada komplot ka tu...

Dari Limbang, kami akhirnya sampai dan memasuki sempadan Brunei-Malaysia setelah 45 minit menunggang. Sewaktu memasuki Brunei kelihatan wakil dari KEKAL telah menunggu ketibaan kami. Pada mulanya kawe agak terkejut kerana jumlah mereka menunggu ketibaan kami hampir sama dengan jumlah kami yang mengikuti konvoi dari Limbang.

Setelah perkenalan singkat, kami seterusnya dibawa ke daerah Tutong, Brunei dan menuju ke lokasi acara iaitu di Pantai Seri Kenangan Tutong. Perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang setangah jam.

Di Pos Kawalan Imigresen Kuala Lurah, Brunei

Antara rakan-rakan dari KEKAL yang menunggu kami

Wife kawe... Berminat ka?? Mau rabak poket ni yanggg....



Borak-borak sebelum gerak

Dibawa menuju ke Tutong


Marshal kami

Bergerak dalam konvoi

Memasuki highway Brunei. Kelajuan maksimun 100km/j jika hari hujan 70km/j

Bro Zai Ness

Tetap dalam konvoi

Peace yooo...

Patuhi etika berkonvoi

Menghampiri Daerah Tutong

Sabar... Kawal kelajuan...

Dah nak sampai dah...

Memasuki jalan ke Pantai Seri Kenangan Tutong, Brunei.

Seperti yang dijangka, kami akhirnya sampai di lokasi tujuan iaitu di Pantai Seri Kenangan Tutong pada jam lebih kurang 10.15 pagi. Sewaktu ketibaan kami, kelihatan rakan-rakan dari KEKAL telah sedia menunggu kedatangan kami. 

Acara kami sewaktu di Pantai Seri Kenangan adalah lepak-lepak santai sambil BBQ dan perlawanan bola sepak pantai antara kelab NSBC dan KEKAL. Untuk perlawanan bola sepak ternyata kedua-dua pasukan sama hebat apabila terikat 2-2. Berikut sedikit gambar sewaktu di Pantai Seri Kenangan.

Bro Patrick adalah mastermind dalam pertemuan ini.

Parking motor dulu boss

Kuda besi kami...

Logo KEKAL

Rakan-rakan dari KEKAL

Rakan-rakan NSBC

Yuhanis n wife... Berminat ka boss...

Kawe dengan Patrick dan YDP KEKAL

Lady bikers aka pillion

Sesi berkenalan dan beramah mesra

Masing-masing dengan aktiviti sendiri

Patrick dan wife

Kami diperkenalkan oleh YDP KEKAL Saudara Salim Bin Sidek

Kawe mewakili NSBC memberi sedikit ucapan pada rakan-rakan KEKAL

Kawe dah macam YB. Hahaha

Sesi penyerahan Momento

Kami (Ahli-ahli NSBC yang hadir)

Kawe dan YDP KEKAL

Bergambar beramai-ramai bersama ahli-ahli KEKAL

Kawe dengan YDP dan mantan YDP KEKAL

Sesi makan dan minum

Manggui Virago

Ali Temburong Bikers

Wife Patrick

Steady bro...

Yuhanis... Terasing dalam sepi

Makan... Free style

BBQ

Kawe dan rakan-rakan lain.

Laju kalau bergambar diaorang ni... Jangan marah boss...

Agak-agak apa yang diborakkan mereka

Adeng berbaju merah menjadi penglipur lara

Wakil pemain bola sepak pantai dari NSBC

Wakil pemain bola sepak pantai dari KEKAL

Bergambar sebelum perlawanan

Kawe... Selaku penjaga gol

Bro Patrick selaku pengadil perlawanan

Pemain mula memasuki padang

Kawe menyelamatkan cubaan gol maut dari KEKAL. Hahahaha

Nyor... Pemain harapan sepanjang musim

Ada gaya profesional tak?

Selepas perlawanan. Kena ada post mortem lgi ni kenapa boleh seri...

Rino... Selaku pengurus pasukan merangkap AJK makan minum

Kawe kengalihan (kepenatan) - Cakap bahasa Brunei kawe kali ni

Kawe berborak dengan otai-otai

Wife Yuhanis dan wife YDP KEKAL

Bro Patrick... Berminat ka bro...

Kawe dan otai (Gmie Dok Dok)

Kawe tengah menuntut ilmu alam

Wife kawe, wife Yuhanis dan wife YDP KEKAL

Cikgu Adi dan anaknya bermain ATV. Bayaran 5 dolar Brunei untuk setengah jam

Acara kami di Pantai Seri Kenangan berakhir sekitar jam 2 petang. Kami perlu bergerak awal sedikit kerana  ada antara kami yang perlu balik ke Lawas.

Bersiap untuk bersurai

Bergerak meninggalkan Pantai Seri Kenangan

Secara keseluruhan kunjungan kami keatas Kelab KEKAL amat-amat memberi makna pada kami kerana ini merupakan kunjungan pertama kami selepas kelab NSBC mula ditubuhkan hujung tahun 2012. Kawe ada ambik satu gambar dari rakan facebook yang mana memaparkan kunjungan kami keatas kelab KEKAL telah dikeluarkan oleh salah satu akhbar harian Negara Brunei Darussalam iaitu Media Permata.

Inilah keratan akhbar yang kawe maksudkan


Tiada ulasan: