Sabtu, 15 Disember 2012

Journey To The Tip of Borneo 2012 part 2 (Bahagian Akhir)

Assalamualaikum dan salam sejahtera dari kawe....

04.11.2012 - Hari ini, kami akan bertolak balik ke Lawas dan Limbang bagi melengkapkan perjalanan kami ke Tip of Borneo. Selepas perbincangan ringkas pada malam sebelumnya, kami mengambil keputusan untuk bergerak balik dari tempat penginapan sekitar jam 7.00 pagi.

Seperti yang dijanjikan, tepat jam 7.00 pagi kelihatan semua ahli telah bersedia untuk bergerak selepas semua urusan selesai termasuklah bersarapan pagi dan bergambar beramai-ramai.

Sarapan time....

Cikgu Adi....

Zai Ness... Makan cukup-cukup untuk tenaga boss...

Kawe n wife... Makan roti dan buah sahaja...

Bike n pillion dah bersedia...


Amanat serba sedikit...

Kawe n wife...

Group photo sebelum balik...

Kawe + wife + white V....

Black V n White V....

Perjalanan kami dimulakan dengan harapan dan doa agar semuanya akan selamat sampai tujuan kerana inilah ride pertama bagi group NSRC selepas berjaya dikumpulkan sebulan sebelum ride dijadualkan. Sebelum memulakan perjalanan yang lebih jauh, kami mengisi minyak bike di sebuah stesen minyak Petronas yang terletak berhampiran Kudat Esplanade dan merupakan stesen minyak tetap bagi kawe untuk mengisi minyak apabila ke Kudat.

Stanby sementara menunggu semua ahli siap mengisi petrol...

Seperti biasa Kudat Esplanade...

Apabila urusan mengisi petrol selesai kami mula bergerak meninggalkan pekan Kudat dengan cuaca yang sedikit mendung. Pasti dalam hati semua ahli berharap agar hujan tidak akan turun sepanjang perjalanan kami. 

Lain macam je cuaca ni...

Selamat Jalan, Jummpa Lagi Kudat....

Perjalanan kami pada pagi itu agak tenang kerana jalan yang tidak sibuk. Mungkin kerana masih awal dan kerana ramai yang bercuti hujung minggu. Keadaan ini tentu sekali memberi kami keselesaan dalam menunggang dan soal keselamatan pasti sedikit terjamin.

Bergerak dalam satu konvoi...

Melalui kawasan ladang sawit tidak memberi pemandangan yang menrik tetapi tetap menjanjikan kepuasan bagi kami

Untung Fredie posisi belakang kawe....Banyak gambar on da bike...

Fredie lagi...

Dalam keasyikan melayan jalan yang begitu tenang dan ketika menghampiri simpang Kota Marudu dan Kota Belud, konvoi kali ini terkesan sedikit dengan keadaan jalan yang basah kerana selepas dibasahi hujan. Ini memaksa kami memperlahan sedikit rentak perjalanan kami takut jika apa-apa yang tidak diingini berlaku.

Jalan yang basah ditambah dengan kehadiran lori dihadapan...

Konvoi dalam satu kelompok...

Bersedia untuk memotong lori

Hampir semua konvoi berjaya memotong dengan selamat. Terima kasih juga pada pemandu lori kerana memberi kerjasama yang baik.

Tidak jauh kami bergerak, kali ini kami terpaksa berhenti kerana kelihatan dihadapan awan mulai hitam ditambah dengan sedikit hujan. Jadi, sebelum keadaan menjadi lebih parah kami mengambil keputusan untuk berhenti bagi menyarung baju hujan agar kami tidak kebasahan dan kesejukan tidak akan menggangu fikiran kami sewaktu menunggang. Keadaan ini sudah tentu memberikan kami lebih fokus dijalan raya.

Hati-hati.... Licin boss...

Terpaksa berhenti kerana kelihatan hujan akan 'menyerang'

Persiapan untuk 'berperang' dengan hujan...

Oke... Siap.....!!
Setelah semuanya siap kami meneruskan perjalanan kami. Awan kumulus yang pada awalnya hitam rupanya hanya mempermainkan kami dan kali ini nasib kembali menyebelahi kami. Kali ini kami dilanda kepanasan pula kerana kami memakai baju hujan ditambah dengan jaket yang dipakai. Kami mengambil keputusan untuk berhenti di sebuah stesen minyak untuk membuka baju hujan seterusnya mengisi minyak bike kami memandangkan jarak yang tidaklah berapa jauh. 

Pada jam lebih kurang 12.00 tengahari kami sampai di bandar Kota Kinabalu dan kami terpaksa terus bergegas ke INTI DERAS MOTOR di Likas kerana ingin mengambil bike Calvin yang mengalami masalah pada Clutch Plate. Selepas mengambil bike Calvin, kami mengambil keputusan untuk makan di sebuah restoran berhampiran. Sewaktu di restoran inilah berlaku sedikit masalah apabila jari wife kawe tersepit pada kerusi semasa duduk. Kami bernasib baik kerana terdapat klinik berhampiran dengan kedai.


Kita makan dulu...

Silakan boss....

Selesai makan dan wife kawe pun dah okey kami meneruskan perjalanan untuk terus ke Lawas dan Limbang. Tapi sebelum itu kami akan singgah di Sipitang untuk pekena sate sebagai syarat untuk melengkapkan ride kami. Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Beufort agak  memenatkan kerana hari yang panas ditambah dengan keadaan jalan yang sibuk memaksa kami bergerak dengan agak perlahan (Oleh kerana wife kawe cedera tiada gambar yang dapat dipetik).

Pada jam 7.00 malam konvoi kami selamat sampai di Limbang selepas beberapa ahli lain yang menghabiskan misi di Lawas. Kami bersyukur kerana perjalanan yang pertama untuk group NSRC ini berjaya pergi dan balik dengan selamat. Dan ahli NSRC kini telah mempunyai rencana untuk meneruskan JOURNEY yang seterusnya..... 




2 ulasan:

Ruly Sibat Masiga berkata...

ajak semua sekali turun tawau pulak boh.. k

KAKI MOTOR berkata...

Insya'Allah boss dalam perancangan 2013. Akan dimaklumkan pada TBBOC kelak.