Khamis, 13 Disember 2012

Journey To The Tip of Borneo 2012 part 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera dari kawe....

Agak lama blog kawe menyepi kali ini. Bukan kerana kekurangan bahan untuk ditulis atau dijadikan cerita cuma terdapat beberapa masalah yang datang dari pihak kawe sendiri kerana kawe sebenarnya baru sahaja berpindah tempat bertugas dan ini menyebabkan kawe sedikit sibuk dengan urusan kerja.

Baiklah... Kawe tinggalkan cerita pasal kerja kawe dan untuk entry kawe kali ini, kawe ingin kongsikan satu perjalanan kawe bersama dengan ahli-ahli NORTHERN SARAWAK RIDERS COMMUNITY (NSRC). Untuk makluman, group NSRC ini baru ditubuhkan secara tak rasminya pada 1.11.2012 dan ahlinya adalah terdiri dari bikers dari bahagian Limbang dan Lawas iaitu satu bahagian di utara Sarawak. Jumlah ahli yang terkumpul setakat ini lebih kurang 12 ahli dan ride pertama yang diaturkan adalah untuk ke negeri dibawah bayu iaitu Sabah dan lokasinya adalah Tip of Borneo di Simpang Mengayau, Kudat.

Logo rasmi NORTHERN SARAWAK RIDERS CUMMUNITY

Untuk ride kali ini disertai oleh 9 buah bike dengan 11 orang peserta.

Ahli-ahli yang mengikuti konvoi

Adi Versys650

Calvin ZX6R

James Versys650

Rino ER6F

Fredie ER6N

Aery Z750

Zai Ness Versys650

Adeng Z750

Wife Fredie Monica (pillion)

Kawe Versys650

Wife Kawe (Pillion)

Seperti mengikut jadual yang diatur iaitu pada 03.11.2012, kami mula bergerak dari Limbang lebih kurang jam 0600hrs dengan hanya 6 buah bike sahaja kerana 3 lagi ahli menunggu kami di Lawas.

Bersedia meninggalkan Malaysia untuk memasuki Brunei Darussalam @ ICQS Pandaruan Limbang.

Kawe... Wakil bagi menguruskan passport di Pos Kawalan Imigresen Ujung Jalan, Brunei.

Perjalanan ke Lawas mengambil masa lebih kurang satu jam dan sewaktu kami sampai di Petronas, Lawas kelihatan ahli lain yang menunggu dengan penuh semangat untuk memulakan perjalanan.
Pasangan serasi bersama Fredie n Monica


Pemeriksaan tekanan angin tayar untuk keselamatan semasa menunggang adalah penting...

Group photo di Petronas Lawas

 Selesai urusan di Petronas, Lawas kami meneruskan perjalanan dan destinasi seterusnya adalah menuju ke Sipitang seterusnya Beufort dan kami akan singgah di Beufort untuk bersarapan. 

Masing-masing dalam satu barisan

Macam ada yang tertinggal je...

Masing-masing masih mengekalkan disiplin yang cukup tinggi... hehehehe

Selepas menunggang lebih kurang 20 minit, kami akhirnya sampai di sempadan antara negeri yang memisahkan Sabah dan Sarawak dan disini kami berhenti untuk pemeriksaan imigresen sebagai satu prosedur untuk keluar dari negeri Sarawak bumi kenyalang.

Fredie + wife n James di Pos Imigresen Sindumin dan Merapok

Sikap prihatin sebagai bikers yang membantu sebuah Hilux yang mengalami kerosakan... SYABAS SEMUA!!!

Perjalanan diteruskan menuju ke Pekan Sipitang seterusnya ke Beufort. Perjalanan ke Beufort boleh dikatakan perlahan kerana dalam berkonvoi perkara yang utama adalah keselamatan semua termasuk orang ramai dan ahli konvoi.

Sentiasa dalam barisan...

Black V bro Zai Ness...

Hahahaha... Ni mesti kes gatal-gatal punggung ni....

Bagus cuaca yang menemani kami...

Dengan kelajuan yang sederhana kami sampai di Beufort lebih kurang jam 9.30 pagi dan kami mengambil keputusan untuk terus mengisi minyak sebelum mencari tempat untuk bersarapan.

Kena candid selepas isi minyak di Petronas Beufort

Aktiviti parking bike di depan kedai makan

Antara orang kuat NSRC... Mana tak kuat tengok badan laa....

Tepat jam 10.00 pagi kami meneruskan lagi perjalanan dan perhentian seterusnya adalah Pitas iaitu selepas bandar Kota Kinabalu. Perjalanan dari Beufort ke Kota Kinabalu agak sibuk dan memaksa kami menunggang dengan lebih berhati-hati. Dan untuk tidak membahayakan konvoi kami berpecah kepada dua group dengan jarak lebih kurang 5 minit antara group.

Untung Fredie paling banyak gambar on da bike...

Facebook ada share ka dengan restoran ni....

Menunggu konvoi kedua di simpang masuk ke bandar Kota Kinabalu

Semasa memasuki bandar Kota Kinabalu berlaku sedikit masalah pada bike bro Calvin dimana enjin bike beliau telah mati di sebuah lampu isyarat di tengah-tengah bandar Kota Kinabalu. Berdasarkan simpton-simpton penyakit yang dihadapi oleh bike Calvin, saya difahamkan oleh mekanik yang dirujuk kemungkinan berlaku masalah pada Clutch Plate. 

Berehat sementara menunggu bike bro Calvin kembali normal

Selepas beberapa percubaan bike bro Calvin kembali normal tetapi kami tidak mahu menganbil risiko untuk meneruskan perjalanan sebelum ke bengkel motorsikal dan kami mengambil keputusan untuk ke INTI DERAS di Likas.

Wife kawe n wife Fredie...

Semasa di bengkel dan diperiksa memang sahlah bike bro Calvin mengalami masalah pada Clutch Plate tetapi menurut mekanik yang memeriksa bike bro Calvin, bike bro Calvin masih boleh dibawa. Selepas perbincangan kami mengambil keputusan untuk meninggalkan bike Calvin di INTI DERAS dan kami akan mengambilnya pada keesokannya apabila pulang kerana tidak mahu mengambil risiko untuk membawa bike Calvin ke Kudat. Takut-takut rosak di sana makin rumit masalah yang akan dihadapi. Hasilnya bro Calvin akan menjadi 'pillion' James untuk perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kudat.

Bakal menjadi pasangan yang ketiga dalam konvoi.... Hahahaha...

Perjalanan kami diteruskan lagi pada jam lebih kurang 12.30 tengahari menuju ke Pitas. Dengan keadaan jalan yang agak sibuk memandangkan hari tersebut adalah cuti hujung minggu ditambah dengan hari yang panas sedikit sebanyak menambahkan tekanan pada mental dan fizikal kami. 

Oleh kerana berlaku sedikit masalah yang tidak dapat kami elakkan tadi menyebabkan masa kami tidak seperti yang dirancang. Oleh sebab itu kami mengambil keputusan untuk makan sahaja di Petronas Pitas dengan apa sahaja makanan yang ada sekadar mengalas perut dan menambah tenaga. Dengan cara ini dapat menjimatkan masa kami dan membolehkan kami sampai di Tip of Borneo sebelum senja tiba.

Jalan raya yang agak sesak di Kota Kinabalu...

Beberapa kali terserempak saling potong-memotong. Kerete Ladies Night Play Girl

Merehatkan kuda besi yang kepenatan

Mee Maggi cepat dimasak sedap dimakan...

Rino n Adi... Kempis perut nampaknya boss...

Buddies... Takkan terpisah...

Kuda besi kami....

Setelah penat kami hilang kami meneruskan lagi perjalanan dan kali ini kami akan melalui Kota Belud sebelum terus ke Tip of Borneo di Simpang Mengayau, Kudat. Kali ini perjalanan agak tenang kerana tidak lagi disajikan dengan keadaan jalan yang sibuk sebagai mana perjalanan sebelumnya.

Layan lap nampak... Slow-slow boss...

Simpang by pass Kota Belud menunggu group konvoi yang kedua

Kawe...

Fredie + wife

Zai Ness

Adi

Adi lagi...

Rino...

Lembu-lembu di jalanan.... Hati-hati ya boss...

Cantik jalannya... Haluss.....luruss...

Perjalanan kami yang tenang agak sedikit terganggu apabila kami terpaksa melalui jalan yang masih dalam pembinaan sejauh lebih kurang 5 kilometer dengan batu-batu halus serta sedikit tanah merah. Kami bernasib baik kerana hari tidak hujan dan jalan tidaklah terlalu licin.

Slow-slow boss...

Jalan masih bertar kasar...

Lori hantu... Tengok pun seram...

Jalan berbatu halus...

Bagi menghilangkan sedikit penat menunggang kami singgah sebentar di Kampung Menggaris dimana satu kawasan yang menjual buah-buahan tempatan dan juga jagung bakar di tepi jalan. Walaupun bukan sesuatu yang menarik atau luar biasa tetapi sekurang-kurangnya dapat merehatkan sedikit penat dibadan.

Kampung Menggaris...

Group photo bersama dengan banner NSRC

Dari Kampung Menggaris kami meneruskan lagi perjalanan untuk terus ke Simpang Mengayau, Kudat dan kami sampai di Simpang Mengayau lebih kurang jam 4.30 petang. Jika diteliti dari waktu kami bergerak dan sampai sebenarnya agak panjang masa yang diambil disebabkan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan oleh kami.

Menunggu group kedua di simpang masuk ke Tip of Borneo

Group yang kedua sudah tiba...

Kekalkan dalam formasi...

Pantai yang memutih di Tip of Borneo

Skuter  je kot tak dapat masuk ni??

Parking dulu boss...

Kena la jalan kaki boss...


Tip of Borneo


Fredie n wife

Pillion...

Dah macam kulit album 70-an dah...

Pemandangan Simpang Mengayau

Ini baru betul-betul hujung Borneo...

Adeng...

Kawe n wife...

Kanak-kanak menyelam dalam salah satu lubang yang biasa dicampakkan duit syiling...

Wife kawe...


Tak sangka Adeng ada anak disini... Jejak kasih menemukan mereka...

Masa untuk pulang...

Bergambar sebelum ke hotel...


V diantara ER6N dan F...

Pada jam lebih kurang 6.00 petang kami bergerak menuju ke hotel tempat kami akan menginap iaitu di Kudat Golf and Country Club Resort dan kami sampai pada jam lebih kurang 6.30. Untuk aktiviti malamnya kami keluar makan di Kudat Esplanade dengan menggunakan kenderaan disediakan pihak hotel kerana hari hujan.

Licin dikerjakan kerana semua kelaparan...

Selesai menjamu selera kami bergerak balik ke bilik penginapan kerana masing-masing sudah kepenatan selepas seharian menunggang. Bagi kami separuh misi telah berjaya yang tinggal hanya separuh sahaja lagi.....

4 ulasan:

Ruly Sibat Masiga berkata...

demo memang hebak boh..
ride on
ride safe
ride hard..

Tanpa Nama berkata...

Terbaik bro!!!nak pergi lagi next year!

KAKI MOTOR berkata...

Ruly Sibat - Terima kasih boh... Tulis la cerita pasal ride st1malaysia tu. Nanti kawe post kat blog ni.... Hehehehe

KAKI MOTOR berkata...

Tanpa Nama - Bereh akan diaturkan utk 2013