Disini kawe nak kongsikan sedikit info berkenaan acara BORNEO ISLAND INTERNATIONAL BIG BIKE FESTIVAL (BIIBBF) yang ke 14 yang akan berlansung pada tahun ini. Dan mengikut giliran pada tahun ini tuan rumah untuk acara BIIBBF adalah giliran negeri Sarawak dan acara BIIBBF ini akan diadakan di ibu negeri Sarawak sendiri iaitu Kuching.
Seperti yang kawe ceritakan dulu, acara BIIBBF ini sebenarnya adalah merupakan acara tahunan yang dilansungkan di kepulauan Borneo yang secara kasarnya meliputi 3 negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Brunei Darussalam. Tuan rumah untuk acara BIIBBF ini adalah mengikut giliran antara Sabah, Sarawak, Labuan, Brunei dan Kalimantan. Sejarah penubuhan BIIBBF yang pertama adalah pada tahun 1999.
Logo penganjur dan Logo rasmi BIIBBF 2013
Sedikit info bagi acara BIIBBF bagi tahun ini.
BORNEO ISLAND INTERNATIAONAL BIG BIKES FESTIVAL 2013
Tempat : Kuching Waterfront Bazaar, Kuching, Sarawak.
Tarikh : 7-9 Jun 2013
Penganjur : Borneo Island Big Bikers (BIBB)
Website : www.biibbf2013.com
Jom sama-sama kita memeriahkan acara yang akan berlangsung ini....

