Rabu, 12 Jun 2013

RIDE KE BIIBBF 2013 - DAY 1 (LIMBANG-SIBU)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.....

Untuk entry kali ini kawe akan ceritakan berkenaan ride sempena BORNEO ISLAND INTERNATIONAL BIG BIKE FESTIVAL KE-14 yang telah berlangsung pada 7-9 JUN 2013. Untuk perjalanan hari pertama ini telah disertai oleh 12 buah bike iaitu 10 dari NORTHERN SARAWAK BIKERS CLUB (NSBC) dan 2 dari TAWAU BIG BIKERS OWNER CLUB (TBBOC). Kawe akan kongsikan perjalanan hari pertama kawe.

06.06.2013 - HARI PERTAMA

0600hrs - Kami bersarapan pagi terlebih dahulu sebelum bergerak menuju ke tempat berkumpul di Stesen Minyak Shell Limbang.

Mengalas sedikit perut untuk perjalanan yang jauh

0630hrs - Bergerak menuju ke Stesen Minyak Shell Limbang untuk berjumpa dengan rakan-rakan lain sambil menunggu rakan-rakan yang dari Lawas. Semasa di Shell kami sempat melakukan sedikit persediaan seperti mengisi minyak, mengisi borang untuk melintasi Pos Pemeriksaan Imigresen dan beberapa perkara lain. 

Berkumpul di Shell tempat RV biasa bagi kami

Mengisi senarai nama untuk urusan imigresen di sempadan Malaysia-Brunei

0700hrs - Seperti yang dijadualkan, kami mula bergerak meninggalkan Limbang setelah semua ahli konvoi sampai. Sebelum bergerak kami sempat membaca doa memohon supaya perjalanan kami dipermudahkan.

Bersedia untuk bergerak tanda sebagai memulakan perjalanan kami

Konvoi kami... Perjalanan pertama menuju ke Kuching Sarawak bagi kebanyakan Ahli NSBC

0730hrs - Setelah setengah jam bergerak, konvoi kami sampai di ICQS Tedungan Limbang dan selepas melakukan sedikit urusan pemeriksaan Imigresen kami bergerak menuju ke Pos Pemeriksaan Imigresen Kuala Lurah, Brunei pula yag terletak bersebelahan dari ICQS Tedungan, Sarawak. Urusan imigresen di kedua-dua negara dilakukan dalam setengah jam.

Konvoi menunggu urusan pemeriksaan passport selesai

Sempat bergambar dengan Haji Zainal, Ameyza dan Mimie. Mereka melakukan BLOWPIPE RUN KK-KUCHING

Melakukan urusan imigresen dan kastam sebelum memasuki Negara Brunei Darussalam

Bro James (tengah) sempat menhantar kami ke sempadan. Beliau tidak dapat mengikuti konvoi kerana isteri beliau hampr bersalin.

0800hrs - Mula bergerak melintasi Negara Brunei Darussalam. Kami bernasib baik kerana jalan pada hari itu agak lenggang walaupun pada hari bekerja.

Bro Zainess... 

Cikgu Adi...

Yohanes n wife

0930hrs - Perjalanan kami melintasi Negara Brunei Darussalam telah mengambil masa hampir satu setengah jam sebelum kami di Pos Pemeriksaan Imigresen Sungai Tujuh Brunei. Urusan disini agak lama sebelum kami bergerak menuju ke ICQS Sungai Tujuh, Miri Malaysia.

Menunggu untuk urusan imigresen dan kastam

YAMAHA R6 Brio Aery


Bergambar dengan Bro Ali dari Temburong, Brunei

Di ICQS Sungai Tujuh Malaysia. Menunggu urusan passport selesai

Bro Zainess menjadi joki untuk menguruskan passport

DR Saiful dari TBBOC. Beliau bergerak awal sehari dari Tawau-Limbang

1000hrs - Selesai urusan imigresen di kedua-dua negara, kami meneruskan lagi perjalanan untuk terus ke bandar Miri dan kami dijadualkan untuk berhenti mengisi minyak terlebih dahulu dan kami mengambil keputusan untuk mengisi Minyak di Shell Luka, Miri.

Cuaca yang bagus menemani kami

Melalui jalan Baram-Miri

Agak sibuk sikit melewati Bandar Miri

1030hrs - Kami sampai di Shell Luak setelah mengharungi perjalanan sejauh 164 kilometer dari Limbang ke Miri. Disini, kami berhenti rehat selama 30 minit untuk kembali memulihkan tenaga sebelum kami meneruskan perjalanan ke Bintulu.

Berhenti mengisi minyak kuda besi kami

Wife Yohanes, wife kawe n wife Fredie

1100hrs - Setelah merehatkan sedikit badan dan tenaga kembali pulih, kami meneruskan lagi perjalanan untuk terus ke Bintulu. Untuk ke Bintulu kami menggunakan jalan pesisir pantai melalui Batu Niah-Sibuti-Samalaju. Perjalanan kami menuju Bintulu yang pada awalnya ditemani cuaca yang elok mula berubah dan memaksa kami berhenti untuk menyarung baju hujan dan menyimpan beberapa peralatan yang penting.

Jalan yang cantik tanpa banyak kenderaan sehaluan dengan kami

Konvoi melalui jalan pesisir pantai menuju ke Bintulu

Cuaca mulai mendung.... Peace Yoo....

Cuaca kembali cerah

Perjalanan konvoi ditemani oleh ladang sawit di kiri kanan jalan

Jalan mulai basah... Tanda hujan mulai turun

Agak kabur sikit gambar ni

Konvoi sebelum sampai di Bintulu.

1330hrs - Dari Miri kami akhirnya kami sampai di Bintulu setelah mengharungi perjalanan selama 2 jam 30 minit. Sebelum memasuki Bandar Bintulu, kami singgah dahulu di salah satu Shell sebelum Bandar Bintulu untuk mengisi petrol dan berjumpa dengan saudara Rino yang akan mengikuti kami ke Kuching.

Bagi kuda besi minum dulu boss...

1345hrs - Selesai mengisi minyak bike, kami meneruskan perjalanan memasuki bandar Bintulu dan tujuan utama kami adalah untuk berhenti untuk makan tengahari dan merehatkan badan dan kuda besi kami. Mengikut kiraan dari odometer kawe, perjalanan kami dari Miri ke Bintulu adalah sejauh 203 kilometer.

Jalan yang agak lenggang sewaktu memasuki bandar Bintulu

1400hrs - Kami sampai di kedai makan yang telah dibuat tempahan meja awal oleh saudara Rino untuk makan tengahari.

Parking bike dulu... Semua peserta telah kelaparan...

Makan kenyang-kenyang boss...

1500hrs - Dengan perut yang agak kekenyangan dan mata yang agak layu, kami seterusnya meneruskan lagi perjalanan menuju ke Sibu iaitu tempat kami akan bermalam. Perjalanan kami dari Bintulu ke Sibu melalui jalan yang sedikit sibuk ditambah dengan keadaan jalan yang berlubang di beberapa kawasan terutama selepas Pekan Tatau ke Selangau.

Bersedia untuk bergerak ke lokasi seterusnya

Konvoi berhenti di salah satu lampu isyarat

Jalan raya baru sebelum Tatau

Konvoi agak seronok sebelum disajikan dengan jalan berlubang selepas Tatau


 
Hati-hati boss... Jangan dilayan sangat selekoh tu....

1620hrs - Dalam keseronokan melayan jalan yang agak berlubang dan rosak, konvoi dikejutkan apabila kami terserempak dengan bikers dari Persatuan Motorsikal Brunei Darussalam (PEMODA) yang kemalangan gara-gara mengelak tandan sawit yang terjatuh dari lori. Kami mengambil keputusan untuk berhenti dan Dr Saiful dari TBBOC membantu mangsa. Nasib baiklah tiada kecederaan serius pada mangsa.

Keadaan mangsa yang kemalagan

Dr Saiful membantu mangsa

Ramai bikers yang prihatin membantu mangsa

1640hrs - Kami meneruskan kembali perjalanan dan kali ini kami lebih berhati-hati bimbang jika perkara yang sama berlaku pada konvoi kami.

Dr Saiful di belakang kawe

Menghampiri Bandar Sibu
Masa ni menunggu dua rakan lain yang dibelakang

Bergerak semula selepas semua ahli konvoi berkumpul

1800hrs - Kami akhirnya sampai di Bandar Sibu setelah mengharungi perjalanan sejauh 208 kilometer dari Bintulu. Di Sibu kami menginap di Hotel Li Hua dengan bayaran lebih kurang RM65 untuk satu malam. Sebelum sampai di hotel kami sempat untuk mengisi petrol terlebih dahulu sebagai persediaan untuk perjalanan pada keesokan harinya.

2000hrs - Kami keluar untuk makan malam setelah hampir dua jam berehat di bilik. Jika diikutkan hati, mahu sahaja kawe terus tidur memandangkan tilam empuk hotel ditambah kesejukan penyaman udara yang sedikit menggoda kawe. tapi apakan daya kerana perut yang lapar diisi sebelum tidur.

Bike parking betul-betul parking depan hotel

White V kawe yang belah kanan

Apa saja yang ditengok mereka semua

Makan di Sugar Bun (kedai makanan segera) sahaja kerana susah sikit mencari kedai makan halal di Sibu 

Duta aiskrim Sugar Bun

2200hrs - Kami bergerak balik ke hotel untuk merehatkan badan setelah seharian penat menunggang. Untuk perjalanan esok kami akan menunggang dari Sibu ke Kuching. Sebelum tidur sempat juga kawe memikirkan mengenai perjalanan esok. Apa pun untuk hari pertama kawe bersyukur kerana perjalanan kami selamat dan sampai mengikut jadual.


2 ulasan:

Ruly Sibat Masiga berkata...

doc saiful jd hero pd hari tuh boh.. hehe

KAKI MOTOR berkata...

Masa kemalangan tu, Doc Saiful terus parking bike kat sebelah mangsa. Memang prihatin boh... Tahniah!!!