Selasa, 4 Jun 2013

KONVOI PESTA LUNBAWANG @ IRAU ACO 2013

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Baru-baru ini iaitu pada 01.06.2013 kelab kami telah dijemput untuk mengikuti satu acara iaitu Irau Aco atau lebih dikenali sebagai Pesta Lunbawang.

Sebelum itu kawe akan ceritakan serba sedikit berkenaan Pesta Irau Aco ini. Irau Aco Lun Bawang atau juga dikenali sebagai Pesta Lun Bawang merupakan satu acara kebudayaan kaum Lun Bawang yang diadakan pada awal bulan Jun setiap tahun bertempat di Lawas, Sarawak. Acara ini akan diadakan di Dewan masyarakat Lawas. Antara acara yang diadakan ialah "ngiup suling" atau pancaragam buluh, "Malem Padan Liu Burung idih Ruran Ulung" (malam kebudayaan untuk memperagakan pakaian tradisional serta perlawanan antara kampung atau daerah dalam sukan-sukan seperti bola sepak lelaki dan wanita, bola tampar, badminton dan bola baling. selain itu, pameran serta jualan barangan tradisional kaum Lun Bawang juga boleh didapati di luar dewan. (SUMBER DARI WIKIPEDIA)

Seperti biasa kawe akan cuba ringkaskan cerita kawe.

0800hrs - Berkumpul di Stesen Minyak Petronas Lawas. Ahli yang mengikuti konvoi adalah seramai 16 orang dan 14 bike. Sebelum kami bergerak menuju ke tapak acara, kami terlebih dahulu akan ke Lapangan Terbang Lawas yang terletak lebih kurang 300 meter dari tempat kami berkumpul untuk menunggu ketibaan Menteri Pelancongan Sarawak dan YB Datuk Henry Sum Agong yang juga merupakan Ahli Parlimen Lawas. 

Bergerak dari Petronas menuju ke Lapangan Terbang Lawas

Bergambar beramai-ramai di perkarangan Lapangan Terbang Lawas

Bike disusun sementara menunggu kedatangan para VIP

Wife kawe n wife fredie

Berborak sementara menunggu kedatangan VIP

Bersedia untuk bergerak


Semua sudah on da bike...

Fredie n wife

Susun bike dalam formasi

Masih menunggu VIP menaiki kenderaan

Pihak Polis dari Bahagian Trafik lawas juga membantu

0900hrs - Konvoi kami mula bergerak mengiringi VIP ke Tapak Pesta dengan dibantu oleh pihak Polis. Konvoi kami mengiringi VIP tidaklah jauh kerana jarak Lapangan Terbang ke Tapak Pesta cuma sejauh 1 kilometer sahaja. Jika diikutkan pada arahan asal, kami akan mengiringi YB Parlimen Lawas dari rumah beliau. Tapi ada perubahan pada saat akhir.

Konvoi bergerak menuju ke Tapat Pesta

Ah Chan dengan XJ6 Diversion

Sampai di Tapak Pesta... Urusan parking bike...


Penyambut tetamu yang memakai pakaian kebudayaan Lunbawang menunggu VIP 

Pergerakan masuk VIP

Sebahagian artis kebudayaan Lunbawang

VIP disajikan dengan Pancaragam Buluh

Ahli Pancaragam Buluh

Menteri Pelancongan Sarawak dan MP Lawas

VIP bersalaman dengan ahli pancaragam

Pihak Polis yang banyak memberikan bantuan dan kerjasama


1000hrs -  Oleh kerana semua antara kami masih belum bersarapan. Kami mengambil keputusan untuk beredar untuk mencari kedai makan terlebih dahulu sebelum bergerak semula ke dewan dan melawat beberapa gerai di tapak pesta..

Mengalas perut

Sibuk je semua...

Agak-agak berapa berat manik ni...

Gerai menjual cenderahati suku kaum Lunbawang

Pelan susun atur 'NATAD KERBAU'

Hasil kraftangan yang diperbuat dari buah labu

Bergambar dengan peserta ratu cantik Lunbawang. Masa ni nasib baik parang mahal dijual. Kalau tak ada kawe kena serang dengan bini. Jangan marah YANGGGGG....

Kehadiran penonton agak ramai. Belum lagi yang melawat kawasan di luar dewan

Parang suku kaum Lunbawang

Manik yang diperbuat dari sejenis tanah liat. Cukup rumit prosesnya

Gerai menjual kraftangan

Inilah antara hasil kerja tangan masyarakat Lunbawang

YB Datuk Henry Sum Agong melawat gerai jualan di dewan

YB Menteri Pelancongan Sarawak membeli sedikit cenderahati

Kawe berborak dengan Saudara Ali dan Yohanis

YB Menteri Pelancongan Sarawak 

Beramah mesra dengan YB Datuk Henry Sum Agong (Ahli Parlimen Lawas)

Saudara Ali (vest), Bro zainess, Kawe dan Presiden Temburong Bikers

Bergerak melihat sekitar pentas utama

YB Menteri Pelancongan Sarawak bergerak untuk balik

1130hrs - Setelah selesai melihat sekitar kawasan pesta, kami sekali lagi bergerak untuk mencari sedikit minuman untuk menhilangkan dahaga.

'SAYAP EMAS' 3 roda saudara Ali Temburong Bikers

Koboi sesat dari Texas

Berehat menghilangkan sedikit penat

1200hrs - Setelah menghilangkan sedikit dahaga kami bergerak menuju ke Hotel Seri Malaysia, Lawas untuk berjumpa dengan pengurus Hotel yang juga merupakan seorang biker bagi membincangkan beberapa perkara yang boleh dianggap penting. Apa yang kami bincangkan terpaksa kawe rahsiakan dulu. Jangan marah aaa.....

Bergerak menuju ke Hotel Seri Malaysia

Parking bike dulu boss...

Bike saudara Ali... 

Kami berbincang dengan penuh tekun

Encik Amin. Pengurus Hotel Seri Malaysia, Lawas

Patrick n wife....

Rakan-rakan lain

Jauh sikit sebab kekurangan kerusi

1245hrs - Selesai sedikit urusan perbincangan kami, kami mula bergerak untuk balik kerana ada bebrapa rakan termasuk kawe sendiri mempunyai urusan untuk diselesaikan. Bagi kawe, ini adalah acara Pesta Lunbawang yang pertama kawe ikut walaupun tak sepenuhnya kerana jika nak diikutkan pada acaranya akan berlansung selama 3 hari siang dan malam.

2 ulasan:

Ruly Sibat Masiga berkata...

bikers klu nak nginap di hotel sri malaysia tuh dpt diskaun tak boh?? hehe

KAKI MOTOR berkata...

Boleh dibincangkan tu boh... Hahahaha