Rabu, 8 Mei 2013

KONVOI NSBC KE 1st KENINGAU BIKE WEEK 2013 - DAY 3 @ LAST DAY

Assalamualalikum dan Salam Sejahtera....

Hari ini merupakan hari ketiga dan merupakan hari terakhir kami sempena 1st KENINGAU BIKE WEEK. Untuk program hari ini adalah merupakan acara bebas atau boleh dikatakan juga acara keberangkatan balik para peserta ke tempat masing-masing begitu juga dengan kami. Kawe akan kongsikan entry kami semasa bergerak balik ke Limbang dan Lawas.

28.04.2013

0845hrs - Seperti yang ditetapkan, semua kami sudah bersedia di lobi hotel tempat menginap untuk melakukan persiapan diri dan bike masing-masing.  

Siap sedia untuk packing barang-barang

Sedikit taklimat dari kawe tentang pergerakan kami

0900hrs - Bersedia untuk bergerak meninggalkan hotel dan lokasi pertama adalah untuk mengisi minyak kuda besi kami terlebih dahulu di Petronas Keningau. Selasai urusan mengisi 'minuman' pada kuda besi kami,  kami bergerak untuk merakamkan sedikit kengangan pada banner 1st KENINGAU BIKE WEEK.

Bersedia untuk bergerak

Bergambar beramai-ramai dihadapan banner KBW

Kawe n wife...

Lady bikers...

0930hrs - Selesai urusan merakam kenangan pada banner KBW kami bergerak menuju ke Restoran Pak Kandar yang dimiliki oleh saudara Haji Zainal AURA BIKERS untuk berjumpa dengan beliau dan berjumpa dengan Sham Rock iaitu merupakan Editor untuk majalah WTR.

Berjumpa dengan Haji Zainal

Bergambar kenangan dihadapan Restoran Pak Kandar. Saudara Sham Rock berbaju putih

Kawe n wife

0950hrs - Setelah selesai bertemu mata kami meminta diri untuk bergerak ke Restoran Haji Rahmat untuk bersarapan pagi kerana pada hari sebelumnya kawe ada menembah sup 'gear box' untuk santapan rakan-rakan NSBC. Oleh kerana Restoran Haji Rahmat terletak pada blok bangunan yang sama, kami cuma hanya berjalan kaki dan meletakkan motorsikal berhampiran Restoran Pak Kandar. Sebelum bergerak untuk makan, kawe dimaklumkan yang Haji Zainal akan mengikuti kami sehingga ke Batu 16 Kimanis bersama dengan Sham Rock.

Sup 'gear box' yang menjadi idaman kami.

Semua telah kelaparan...

Terjumpa Bro Nazri... Dia datang dengan famili guna kereta...

Satu meja panjang untuk kami...

Aksi nakal rakan-rakan NSBC... Jangan lupa makan ubat nanti yee....

Kawe n James... Aktiiti menyedut sum-sum...

Johan juga turut beraksi...

Semua setel... Licin...

Muka-muka kepuasan....

1100hrs - Selesai menjamu selera, kami bersedia untuk bergerak dengan diiringi oleh rakan-rakan dari AURA BIKERS yang akan menghantar kami sehingga di puncak banjaran crocker iaitu di Batu 16, Kimanis.

Semua sudah sedia untuk bergerak...

Kawe dihadapan... Rakan-rakan lain ada dibelakang...

Hati-hati boss...

Haji Zainal AURA BIKERS sedang beraksi...

Melalui kawasan bukit yang dipotong. Disinilah yang menyaksikan beberapa bikers terjatuh pada hari sebelumnya ketika hujan akibat licin.

Saudara Sham Rock dengan KLX250. Steady boh...

1130hrs - Kami sampai di Batu 16 Kimanis. Ini adalah tempat persinggahan wajib bagi bikers yang naik kesini. Seperti biasa, kami pekena air panas dahulu sementara menunggu kabus naik. 

Sampai di Batu 16 Kimanis

Kawe bersama Cikgu Zakaria bergambar bersama Sham Rock WTR dan orang kuat KBW Hj Zainal.

Kabus yang ditunggu mulai naik selepas 30 minit menunggu.

Jarak penglihatan mula terbatas

1230hrs - Kami mula bergerak turun melalui jalan Kimanis-Papar. Sewaktu turun kami dibasahi sedikit hujan dan ini merupakan keadaan yang biasa di kawasan sekitar Batu 16, Kimanis. Selepas dari Batu 16 Kimanis, Lokasi tujuan seterusnya adalah untuk singgah di tempat ikan tagal di Kampung Kinolosodon, Kimanis.

Basah kerana kehujanan

Peace yo... Kamera pun masih dibasahi air...

Jalan Kimanis-Keningau adalah merupakan syurga balapan bagi kaki meleper...

Hati-hati boss...

Sham Rock WTR


1245hrs - Sampai di simpang jalan memasuki kawasan tempat ikan tagal di Kampung Kinolosodon, Kimanis. Disini kami berhenti untuk mengucapkan selamat jalan pada Sham Rock WTR kerana beliau akan meneruskan perjalanan ke Kota Kinabalu seterusnya terbang ke Kuala Lumpur pada malamnya. Untuk sampai di sungai yang menempatkan ikan tagal, kami terpaksa melalu sedikit jalan berbatu sejauh 150 meter. Sewaktu inilah berlaku sedikit kejadian bilamana handle bar Virago 535 saudara Manggui patah sewaktu hapir terjatuh kerana batu licin. Mujurlah masalah ini dapat diatasi dengan menggantikan handle bar yang patah dengan handle bar basikal yang dibeli dari rumah berhampiran.

Melalui sedikit jalan berbatu

Handle bar yang patah pada tempat sambungan

Seorang mekanik dan yang lainya semua pembantu mekanik. Johan (berpayung) umpama gadis litar. Hahahaha

Menggantikan handle bar yang patah dengan handle bar basikal yang lurus

Yohanes, Cikgu Adi n Cikgu Suhaibi... Apa saja yang dilakukan ni...

Semua senyum kepuasan

James Jimbun... Geli katanya apabila tangan disedut ikan semasa memberi dedak pada ikan

Kawe...

Ada ikan yang lebih besar dari tangan kawe....

Selesai di tempat ikan tagal. Bersedia untuk bergerak balik

1415hrs - Bergerak balik dan kali ini kami akan terus ke Sipitang kerana kami akan berhenti untuk mengisi minyak di Petronas Sipitang. Cuma ada dua buah sahaja bike yang akan mengisi awal iaitu di Shell dekat Bulatan Kimanis-Papar.

Yohanis N wife... Lens kamera tak sempat buka habis la pulok... Hok olohh...

James Jimbun... Antara orang yang setia berada paling belakang dalam konvoi...

Cikgu Zakaria.... Syukur bikenya tidak lagi buat hal...

Rino Musino... 

Manggui n wife... 

Zainess

Cikgu Suhaibi...

Adeng...

Johan...

Bergerak dalam konvoi...

1515hrs - Setelah hampir satu jam bergerak, satu lagi masalah timbul apabila bike Manggui sekali lagi mengalami masalah apabila enjin tiba-tiba padam selepas melalui pekan Beaufort sejauh 7 kilometer. Setelah diperiksa, masalah itu berpunca daripada spark plug. Satu lagi masalah timbul apabila spark plug ganti dan pembuka tidak dibawa. Tetapi kami bernasib baik apabila Bro Johan meminta bantuan rakan beliau di Pekan Beaufort yang merupakan seorang bikers iaitu saudara Azman ER6N.

Berhenti ditepi jalan apabila bike tiba-tiba padam....

Bike Manggui yang mengalami masalah pada spark plug

Berehat sementara menunggu bike dibetulkan

James n Daniel keluar mencari sedikit bekalan untuk menghilangkan dahaga

Johan, Daniel dan Zainess... Sabar menunggu bike dibetulkan...

Manggui... Mula melihat katalog bike. Sabar boss....

Masalah bike setel... Azman (berbaju merah) adalah hero kami...

Bergambar dulu dengan penyelamat kami...

1640hrs - Hampir 2 jam kami menunggu bike Manggui dibetulkan, kami akhirnya dapat meneruskan perjalanan menuju destinasi untuk balik ke Lawa dan Limbang. Perjalanan balik kami disirami oleh sedikit hujan diselang-seli dengan cuaca mendung.

Hujan renyai-renyai membasahi kami

Melalui jalan yang dalam pembaikan sebelum sampai di Sipitang

Menghampiri Pekan Sipitang

1715hrs - Kami berhenti untuk mengisi minyak di Petronas Sipitang dan seterusnya akan terus ke Lawas dan Limbang kerana kalau boleh untuk sampai sebelum hari gelap.

Berhenti mengisi petrol

Bergambar dengan salah seorang rakan NSBC iaitu Botak (beruniform Polis) yang terpaksa bertugas.

1830hrs - Kami akhirnya sampai di Lawas selepas mengharungi perjalanan dari Keningau yang sedikit sebanyak telah menguji kami. Kawan-kawan dari Limbang sampai lebih kurang setengah jam lebih lewat sekitar jam 1900hrs. Ternyata perjalanan kali ini memberi seribu makna bagi rakan-rakan NSBC kerana disinilah semangat setia kawan kami telah diuji. Apa pun syabas pada semua rakan-rakan dari NORHERN SARAWAK BIKERS CLUB (NSBC).



3 ulasan:

Ruly Sibat Masiga berkata...

team demo memang best lah boh.. email kawe borang keahlian boh..

KAKI MOTOR berkata...

Hahaha... Ok boh... Kawe jadikan demo ahli kehormat boh... Hahaha

Unknown berkata...

Tumpang tanya...nak bawak bike pergi miri macam mana ya? Kargo? Help. ...