Isnin, 29 April 2013

KONVOI NSBC KE 1st KENINGAU BIKE WEEK 2013 - DAY 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Kali ini kawe ingin kongsikan berkenaan perjalanan ahli kelab Northern Sarawak Bikers Club (NSBC) sempena acara 1st KENINGAU BIKE WEEK (KBW) yang telah berlangsung pada 26 - 28 April 2013 dan pihak NSBC telah menghantar wakil untuk menghadiri acara tersebut. Pergerakan kami ke acara KBW telah dipecahkan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama akan bergerak pada 26.04.2013 dan kumpulan kedua bergerak pada 27.04.2013. Kawe akan cuba ringkaskan berkenaan pergerakan kami.

26.04.2013

1430hrs - Bergerak dari Lawas ke Tenom selepas berkumpul di Stesen Minyak Petronas Lawas. Pergerakan kami dari Lawas ke Sipitang melibatkan enam buah bike termasuk kawe. Perjalanan kami dari Lawas diselang-seli dengan hujan renyai-renyai.

Seperti biasa... Bro Zainess pengikut setia kawe

Kawan-kawan yang lain juga rapat dibelakang

Menghampiri Pos Kawalan Imigresen Merapok. Mula memasuki Sabah

Memasuki Sindumin Sabah

Berhenti selepas Bulatan Gasing untuk menyarung baju hujan. 

Semua sudah sedia

Hujan pada mulanya lebat mula berhenti.

Peace yo...

Hujan sesekali turun renyai-renyai..

Hati-hati boss... Jalan licin...

Nampaknya hujan telah berhenti

Adeng pula menjadi pengikut setia kawe

Jangan layan lap sangat Deng... Sabar...

Berhenti membuka baju hujan apabila cuaca mulai cerah...

Menuruni Banjaran Crocker menuju ke Pekan Tenom

Bulatan selepas menuruni Banjaran Crocker. Ke kiri untuk menuju ke Tenom

Menghampiri Pekan Tenom

1600hrs - Sampai di Pekan Tenom dan berhenti di Petronas Tenom untuk mengisi petrol. Tanpa berehat kami meneruskan perjalanan ke Keningau dengan semangat yang berkobar-kobar.

Di Petronas Tenom

Sepanjang perjalanan, macam-macam jenis berdera yang ada. Jadi mana satu pilihan anda?

Berhenti sekali lagi untuk menyarungkan baju hujan.

Kawe n Cikgu Adi 

1700hrs - Kami sampai di Pekan Keningau dan arah tujuan utama adalah untuk membuat pendaftaran untuk KBW 2013. Yuran yang dikenakan untuk pendaftaran sebanyak RM100. Dan sedikit hasil dari pendaftaran peserta akan didermakan.

Selesai urusan pendaftaran

Sebelum bergerak ke Hotel sempat melihat bike yang dipamerkan untuk dijual.

Saudara Warni CBX bermurah hati membawa kami ke tempat penginapan kami.

Inilah hotel tempat kami tinggal. Dengan bayaran sekitar RM55.00 - RM65.00 adalah berbaloi untuk meginap


1800hrs - Kami keluar untuk makan disekitar kawasan tapak KBW 2013 dengan hanya berjalan kaki selepas kerana tempat kami menginap dengan tapak pameran tidaklah sejauh mana.

Makan dulu boss... Lapar dah ni...

Semua telah kelaparan...

Kawasan tapak KBW iaitu di Padang Bandaran Keningau.

Bergambar bersama banner KBW 2013

2100hrs - Keluar untuk bertemu dengan Aki Anis dan Saudara Ruly di Restoran Haji Rahmat.

Aki Anis, Ruly dan Adeng. Adeng mungkin tengah hantar laporan pada Menteri Perumahan. 

Bergambar beramai-ramai sebelum bergerak balik ke hotel. Nasib kedai nak tutup. Kalau tak lagi lama...

2200hrs - Bergerak balik ke bilik untuk merehatkan badan kerana keesokan harinya ada beberapa acara yang menunggu sempena KBW 2013.


4 ulasan:

adeng berkata...

Memang terbaik tuan presiden!!!...

Fairul Kluang berkata...

terbaik boh...tp ada sore sek demo tido hotel tempT kawe..hotel sabindo..bro zainess x silap...

KAKI MOTOR berkata...

Ya boh... Dia booking awal hotel tu... Ada masa datang la tempat kawe jale...

Unknown berkata...

Alo...kmu pkai motor beekuasa tinggi jak?