Assalamualaikum....
27.11.2011
– Hari ini merupakan hari kelima kami di bumi Indonesia. Kami masih lagi dalam
bahagian Kalimantan Timur (KALTIM). Perjalanan kami di bumi Indonesia
benar-benar telah mencabar kami dari segi mental dan fizikal. Kami bersyukur
kerana kami masih mempunyai semangat dan kekuatan untuk meneruskan perjalanan
kami untuk ke Banjarmasin dalam bahagian Kalimantan Tengah (KALTENG). Walaupun
begitu semasa taklimat sebelum kami berangkat untuk bergerak ke Banjarmasin
kami dikejutkan dengan berita pengunduran Abe Mat yang tidak dapat meneruskan
perjalanan bersama kami untuk ke Banjarmasin kerana atas sebab-sebab
keselamatan. Untuk pengetahuan semua, pada malam semasa kami menuju ke Samarinda,
Abe Mat hampir-hampir mengalami kemalangan yang mungkin boleh membawa maut.
Atas alasan itu Abe Mat menarik diri kerana risau akan membahayakan konvoi.
Kami menghormati keputusan yang Abe Mat putuskan dan bike Abe Mat akan dibawa
ke Pontianak oleh seorang bikers tempatan yang kami kenali sebagai John.
Semasa taklimat pagi. Abe Mat menyatakan terpaksa menarik diri
Untuk
perjalanan hari ini, Abe Mat yang sepatutnya akan memimpin konvoi. Tetapi oleh
kerana Abe Mat menarik diri, Bro Ruly selaku Ketua Konvoi memutuskan tugas
tersebut akan diambil alih oleh John dengan dibantu oleh beliau sendiri. Kami
mula bergerak meninggalkan tempat penginapan kami agak lewat sedikit sekitar jam
6.30 pagi tidak seperti yang kami jadualkan dan kami mengisi minyak dahulu pada
pagi itu kerana semua bike kami kekurangan bahan bakar. Selepas kami mengisi
minyak untuk bike kami, kami akan bergerak ke jeti bagi menaiki feri untuk ke
Penajam. Perjalanan kami menaiki feri akan mengambil masa lebih kurang satu
jam. Pergerakan kami diiringi oleh bikers tempatan yang menjadi pemandu arah kami
pada ketika itu.
Bergerak menuju ke jeti feri
Perjalanan
kami menuju ke jeti feri mengambil masa lebih kurang 1 jam untuk sampai. Disini
kami tidak membuang masa yang lama kerana kami perlu mengejar masa untuk ke
Banjarmasin. Sekitar 10 minit selepas kami sampai, pekerja feri mula memberi
isyarat bahawa feri akan belayar. Dengan tambang RP18600 untuk bike dan tambahan
RP2800 untuk pembonceng semua peserta sudah bersedia diatas feri dan
destinasinya adalah Penajam. Sementara diatas feri, kelihatan ada diantara kami
yang mengambil kesempatan untuk melelapkan mata sekejap bagi mengantikan masa
tidur kami yang banyak kehilangan terutama semasa di bumi Indonesia ini.
Pelabuhan Penyeberangan Kariangau, Balikpapan
Sampai di jeti feri
Tiket feri untuk bike
Bergambar bersama bikers yang menghantar kami ke jeti
Kami bergerak memasuki feri
Bike disusun atas feri
Feri bergerak meninggalkan jeti
Dimana-mana pasti ada saja peminat motor Bro Ali
Masa ni baru naik atas
Borak-borak dulu. Cuba teka mana Bro Moore..zzzzzzzz
Penajam dari atas feri
Masa ni feri dah nak sampai
Kawe n Aki n helmet kawe
Sejam
setelah bike kami membelah lautan diatas feri, dari jauh kelihatan jeti feri
Penajam yang menjadi penyambung untuk kami meneruskan misi utama kami menawan
pulau ketiga terbesar di dunia ini. Setelah feri mula merapat dijeti, kami
bersama bike kami mula bergerak keluar dari feri dan kedatangan kami disambut
oleh bikers Penajam yang akan menjadi penunjuk arah kami. Kami sebenarnya
hairan bagaimana kedatangan kami dapat dihidu di bumi Indonesia ini kerana
setiap tempat yang kami lalui pasti ada yang menyambut. Mungkin kecanggihan
teknologi sekarang yang menjadi penyebar berita. Apa pun sambutan yang
diberikan tidak sedikit pun mengganggu kami bahkan kami mengalu-alukan bantuan
yang diberikan.
Kampung nelayan sebelah jeti Penajam
Penajam....
Disambut oleh bikers yang telah menanti kami
Dari jeti kami dibawa oleh bikers tempatan untuk singgah disatu
tempat yang boleh dikatakan menjadi rumah kelab untuk bikers. Kalau tak silap
kawe kelab tersebut dikenali sebagai PINTER atau Penajam Indipendent Tiger
Club. Dari pengamatan kawe, di Indonesia ini kaya dengan kelab-kelab motor yang
disertai rata-rata oleh golongan remaja. Bayangkan semasa kami tiba di
Samarinda kami telah disambut oleh 21 wakil kelab motor seluruh Samarinda.
Sampai tak ingatlah nama kelab-kelab yang datang. Itu baru di Samarinda belum
tempat-tempat lain.
Bergambar bersama wakil kelab PINTER
Selesai
kami bergambar untuk disimpan sebagai kenangan, kami seterusnya bergerak untuk
ke Banjarmasin. Perjalanan kami keluar dari Penajam diiring oleh ahli kelab
PINTER. Pergerakan kami keluar dari penajam melalui jalan yang cantik dan lurus
dengan keadaan trafik yang tidaklah terlalu sibuk. Disebabkan keadaan cuaca
yang panas mata kawe mula terasa berat. Kawe ingat kawe je yang rasa begitu,
rupa-rupanya semua peserta dah kena silap mata. Ini menyebabkan kami mengambil
keputusan untuk berhenti untuk pekena segelas dua kopi.
Berhenti pekena kopi bagi hilangkan mengantuk
Kuda Kepang...masa ni Aki Anis dan Bro Ruly je yang berhenti
Apabila
mata kembali segar, kami meneruskan semula perjalanan kami dan kami sekali lagi
dibawa untuk singgah di sebuah rumah yang merupakan Presiden Thunder Club kalau
tak salah kawe. Disini kami menerima info yang amat berguna apabila beliau
menyerahkan kertas yang terdapat nama-nama kampong @ tempat yang perlu kami
lalui untuk sampai ke Pontianak yang bermula di Palangkaraya. Beliau juga memaklumkan
pada kami bahawa jalan untuk ke Pontianak boleh dilalui dengan bike kami kerana
beliau sendiri baru seminggu melalui jalan tersebut ke Pontianak. Info ini
telah memberi kelegaan pada kami kerana arah jalan yang perlu kami lalui dan
kondisi jalan telah kami tahu. Jadi peluang untuk kami terpesong arah adalah
tipis.
Tiba di rumah Presiden Thunder Club
Bergambar beramai-ramai
Presiden Thunder Club berkepala licin diikuti John
Dengan
maklumat yang kami ada, kami meneruskan perjalananpada jam 12.30 tengahari
dengan perasaan yang amat lega dan waktu ini kami bergerak sendiri tanpa lagi
diiringi oleh bikers tempatan. Perjalanan kami kali ini mula melalui sedikit
jalan yang berbatu seterusnya melalui jalan yang berbukit diselang-selikan
dengan lubang-lubang. Perjalanan kami sendirian tidak lama apabila kami
terserempak dengan bikers yang sememangnya menunggu kedatangan kami. Kali ini
sekali lagi kami diiringi untuk ke destinasi yang seterusnya.
Bikers yang mengiringi kami (yang kecil tu tidak termasuk ye...)
Keadaan jalan yang bagus...halus...mulus....
Sempat lagi isteri kawe ni bergambar masa kami berhenti
Kami kemudian mula memasuki bahagian Kalimantan Tengah atau KALTENG pada jam 2.30 petang. Disini kami berhenti seketika bagi mengabadikan kenangan selain untuk merehatkan badan yang mula terasa kepenatan. Mungkin disebabkan hari yang panas ditambah dengan keadaan jalan yang berliku menyebabkan kami mudah kepenatan.
Perbatasan @ sempadan KALTIM-KALTENG
Bikers yang menunggu di perbatasan KALTIM-KALTENG
Durian paling sedap kami makan sepanjang konvoi. Bro Ali belanja. Tima kasih boss...
Bergambar bersama di perbatasan KALTIM-KALTENG
Setengah jam kami disini, sebelum kami meneruskan lagi perjalanan kami untuk ke Banjarmasin. Perjalanan kami yang diiringi oleh bikers tempatan semakin bertambah kerana ada yang menunggu kami di perbatasan KALTIM-KALTENG. Kami seterusnya dibawa ke sebuah bandar kalau tak silap kawe Tanjung dan sampai lebih kurang jam 4.30 petang. Disini kami juga disambut oleh bikers yang sebenarnya telah lam menunggu dan jumlahnya mencecah hampir 30 buah bike. Sewaktu disini kami menunaikan solat dan makan tengahari walaupun hari sudah memasuki senja.
Bikers yang bersama kami
Masa ni berhenti isi minyak
Langgar @ surau tempat kami menunaikan solat
Inilah makanan kami pada hari itu
Bersama penduduk kampung yang datang melihat kami
Mencu tanda yang terdapat di Kota Martapura
Bergambar seperti biasa
Acara tandatangan banner konvoi
4 ulasan:
xsabar nunggu episod seterusnya..hehe
sedikit pembenenaran bro, jika Tanjung dgn Banjarmasin tuh termasuk Kalimantan Selatan, smntra Palangka Raya tuh baru trmasuk Kalimantan Tengah...
Ok boss... Tq atas infonya..
Brada Suro Pulsarian Samarinda..
Apa khabar d sana?
Bisa tanya apa nama fb nya Ketua Umum yg d Penajam?
Rumah tepi jalan yg tlg sediakan makanan tengah hari..
Catat Ulasan