31.11.2011 - Hari ini kami dijadualkan untuk berjumpa Konsul Muda di Pejabat Konsulat Malaysia di Pontianak. Kerana masa yang dijadualkan adalah jam 10 pagi maka dapatlah kami semua peserta untuk tidur lebih sedikit dari kebiasaan sebelum kami turun untuk bersarapan pagi yang disediakan di hotel tempat kami menginap.
Hotel Kartika tempat kami menginap
Seperti yang dijadualkan kami semua telah berkumpul di Hotel Kartika tempat kami menginap termasuk Abe Mat yang datang ke hotel kami kerana Abe Mat menginap di Hotel Khatulistiwa selepas John yang membawa bike Abe Mat dari Balikpapan menghantar bike pada Abe Mat. Kami bergerak dalam satu kumpulan dalam kesesakan bandar Pontianak sekitar jam 9 pagi waktu tempatan.
Bergerak menuju ke Pejabat Konsulat Malaysia di Pontianak
Setengah jam kami meredah kesesakan jalan di bandar Pontianak ini dan kami pun sampai di Hotel Mercure tempat terletaknya Pejabat Konsulat Malaysia di Pontianak. Untuk makluman Pejabat Konsulat Malaysia di Pontianak hanya menyewa sementara di bangunan Hotel Mercure sementara menunggu bangunan baru siap yang masih dalam pembinaan. Kalau tak silap kawe Pejabat Konsulat Malaysia di Pontianak menyewa pada aras 4 Hotel berkenaan. selepas bike disusun kami bergerak masuk untuk berjumpa Konsul Muda yang sememangnya menunggu kedatangan kami.
Tiba di Hotel Mercure
Pejabat Konsulat Malaysia di Pontianak
Konsul Muda Malaysia di Pontianak (kawe lupa nama beliau)
Bro Ruly didalam bilik Tetamu tempat kami berjumpa Konsul Muda
Bro Ruly selaku Ketua Rombongan menyerahkan baju rasmi konvoi
Peserta bergambar kenangan bersama Konsul Muda
Peserta bergambar bersama bike dihadapan Hotel Mercure selepas berjumpa Konsul Muda
Hampir sejam kami di Pejabat Konsulat Malaysia di Pontianak sebelum kami mengundurkan diri. Untuk rencana seterusnya adalah acara bebas. Maknanya kami semua peserta boleh melakukan aktiviti lain sementara di Pontianak. Program pertama yang direncanakan adalah untuk berjalan-jalan disebuah pusat membeli belah yang terdapat berhampiran Hotel Mercure.
Pusat Membeli Belah Ayani Mega
Pekena kopi dulu boss...
Keadaan dalam pusat beli belah
Bergerak balik selepas shoping...
Penat berjalan kami seterusnya mula bergerak untuk mengambil bike dan balik ke hotel tempat kami menginap. Sebelum bergerak beberapa peserta menyatakan hajat untuk mencari bengkel untuk servis bike masing-masing seperti tukar minyak hitam dan lain-lain. Bagi kawe tiada lagi urusan yang ingin kawe lakukan dan bergerak balik ke Hotel bersama beberapa peserta yang lain. Sedikit gambaran sekitar bandar Pontianak yang sempat kami ambil semasa di Pontianak.
Sekitar pemandangan di Kota Pontianak
1 ulasan:
Tahniah ...muka baru blog,ada iklan nuff lagi..teruskan menulis.
Catat Ulasan