21.11.2011- Pada hari ini jadual kami sebenarnya adalah singkat kerana hanya melibatkan urusan untuk FLAG OFF dan urusan penghantaran bike sahaja ke Tarakan, Indonesia. Kami dijadualkan akan di flag off di bangunan Pejabat Konsulat Indonesia di Tawau pada jam 9 pagi dan selepas itu kami akan terus ke pelabuhan untuk urusan penghantaran bike. Jadi semua peserta konvoi telah besiap seawal jam 7 pagi dan bersedia bergerak ke Pejabat Konsulat Indonesia di Tawau. Seperti yang dijadualkan juga bro Ruly selaku ketua konvoi memaklumkan kami akan bergerak ke Pejabat Konsul pada jam 7.30 pagi dari hotel. Tapi sebelum tu kami akan pergi berjumpa agen perkapalan yang akan membawa bike ke Tarakan dahulu sebelum ke Pejabat Konsul.
Berjumpa dengan agen kapal dahulu.
Tanpa melengahkan masa tepat seperti yang dijadualkan, konvoi bergerak ke Pejabat Konsul yang jaraknya hanya 10 minit dari hotel tempat kami menginap. Sesampai di Pejabat Konsul, kelihatan pintu pagar utama masih lagi tertutup tetapi kami dibenarkan masuk oleh pegawai yang bertugas bagi kami menyusun bike.Bike peserta disusun dihadapan Pejabat Konsul sebelum dilepaskan secara rasmi
Ketika sedang menyusun bike Konsul Indonesia di Tawau iaitu Pak Hendra keluar bagi menyambut kami. Waktu ini cuma kelihatan pekerja-pekerja Pejabat Konsul dan orang ramai yang ingin berurusan dengan Pejabat Konsul sahaja. Kelibat kawan-kawan sepermotoran dan kakitangan agensi kerajaan yang terlibat belum lagi menampakkan wajah.
Peserta berborak bersama bapak Konsul Pak Hendra sementara menunggu tetamu yang lain
Setelah hampir 15 minit kelihatan beberapa individu yang terlibat secara tak lansung bagi menjayakan aktiviti konvoi ini sampai ke perkarangan Pejabat Konsul. Kelihatan juga pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) juga hadir bagi mengiringi kami semasa flag off nanti. Setelah tetamu semua hadir acara dimulakan dengan ucapan dari bapak Konsul dan ketua rombongan bro Ruly. Terdapat juga acara penyampaian cenderakenangan kepada beberapa individu dari agensi yang banyak membantu menjayakan konvoi.
Ucapan dari Bro Ruly selaku ketua rombongan
Amanat dari Bapak Konsul Pak Hendra
Antara tetamu yang hadir sewaktu pelepasan konvoi
Penyampaian Cenderkenangan dari wakil Pejabat Belia dan Sukan Tawau selaku penganjur kepada Wakil PDRM
Penyampaian Cenderkenangan dari wakil Pejabat Belia dan Sukan Tawau selaku penganjur kepada Pak Hendra
Bro Ali juga tak lepaskan peluang selaku wakil dari Temburong Bikers, Brunei.
Peserta bergambar bersama beberapa individu dari agensi yang terlibat dalam menjayakan konvoi
Tepat jam 9 pagi tibalah masa bagi pelepasan peserta konvoi, maka secara rasminya KONVOI JELAJAH BONEO 2011 INFO ON WHEEL akan bermula yang akan melibatkan 6 buah bike dan 8 peserta. Semasa pelepasan kami diiringi oleh pihak polis trafik dan destinasinya adalah Pelabuhan Tawau bagi urusan penhantaran bike.
Tepat jam 9 pagi Peserta dilepaskan
Bro Moore
Polis Trafik mengiringi konvoi ke Pelabuhan Tawau
Sekitar jam 9 lebih kami sampai ke Pelabuhan Tawau bagi urusan penghantaran bike. Tetapi apabila proses penyediaan dokumen kepada agen yang bertanggungjawab, konvoi menerima berita yang bike kami tidak dapat ke Tarakan seperti yang ditetapkan kerana ketiadaan kapal untuk membawa bike.
Di Pelabuhan Tawau bagi urusan penghantaran bike
Masa ni kami berjumpa agen yang menguruskan urusan kastam
Berita yang kami terima agak mematahkan semangat kami termasuklah kawe sendiri, ini kerana kapal hanya akan ada pada hari Jumaat (25.11.2011). Ini bermakna kami terlewat 4 hari seperti dari jadual asal. Waktu ni bro Ruly selaku ketua rombongan mengambil keputusan untuk kembali ke hotel dahulu bagi membincangkan isu yang timbul ini. Masa ni kawe dah bercakap-cakap dengan isteri kalau kapal bergerak hari Jumaat seperti yang diberitahu kawe dah ambil keputusan untuk tarik diri. Rupa-rupanya keputusan mcm ni bukan kawe seorang yang fikir. Bro Moore dan Abe Mat juga berfikiran sedemikian.
Sesampai di hotel kami berbincang ringkas di lobi hotel dan kawe memaklumkan kepada ahli rombongan tentang niat kawe untuk memnarik diri jika konvoi tidak mengikut jadual asal. Hal ini kerana kekangan dari segi cuti kawe dan isteri. Waktu ni bro Ruly selaku ketua konvoi merupakan orang yang paling sibuk sekali. Masa perbincangan di lobi hotel bro Ruly membuat keputusan untuk supaya kami menguruskan perkara-perkara sendiri dahulu seperti servis bike, beli kelengkapan dan lain-lain urusan sementara bro Ruly mencari alternatif bagi urusan penghantaran bike. Peluang ini kawe ambil kesempatan untuk servis bike begitu juga dengan Aki Anis dan bro Moore.
Pada jam lebih kurang 4 petang peserta konvoi dimaklumkan oleh bro Ruly bahawa ada kapal yang akan membawa bike kami ke Tarakan. Ini merupakan satu berita gembira sebenarnya bagi semua peserta walaupun tidak mengikut program asal. Kalau diikut pada program asal jentera kami akan bergerak dengan kapal ke Tarakan pada jam 11 dan kami akan menaiki bot ke Tarakan pada hari yang sama. Oleh kerana kelewatan untuk urusan bike kami terpaksa bergerak lewat sehari ke Tarakan. Ini bermakna secara diatas kertas kami akan lewat sehari dari yang dijadualkan. Tanpa melengahkan masa kami semua bersama jentera masing-masing bergerak ke Jeti Perkapalan Tawau bagi urusan memuatkan bike ke atas kapal.
Sewaktu kami sampai kelihatan kapal yang akan membawa bike kami telah menunggu di jeti. Waktu kali pertama kawe melihat kapal tersebut timbul perasaan percaya dan tidak yakin dan tidak. Mana taknya kapal yang mahu membawa bike kami ke Tarakan tak ubah seperti sebuah kapal nelayan. Tapi bak kata orang...alang-alang makan biar kenyang... Tapi ada satu lagi perkara yang kawe risau iaitu apabila melihat titi kayu yang terpaksa kami lalu bagi membawa bike keatas kapal. Kalau tengok memang kecut perut. Tapi nasib baik ada kelasi kapal yang membantu.
Sampai ke jeti tempat nak naik bike atas kapal
Inilah titi yang kawe maksudkan. Masa mula-mula tengok kecut perut rasa
Jarak yang memisahkan kapal dan jeti. Kalau bike jatuh terus ke laut
Kawe dah atas kapal
Cara bike akan diikat masa atas kapal
Hati-hati bro jangan sampai jatuh...
Semua bike dah disusun n diikat atas kapal. Syukur...semua selamat
Selepas semuanya sudah selesai tibalah masa kami kembali ke hotel. Masa tu kami tinggalkan jentera kami untuk belayar menuju ke Tarakan, Indonesia. Tetapi bagi kawe sendiri jauh dalam hati tetap berdoa agar semua selamat sampai kerana perjalanan bike ke Tarakan mengambil masa lebih kurang 12 jam. Apa pun kami tinggalkan bike kami dengan seribu harapan. Harapan bukan apa boss...supaya selamat sampai...hehehe. Lupa kawe nak bagi tahu, sebenarnya jutaan boleh diucapkan kepada bro Ruly selaku ketua rombongan yang berjaya mencari kapal bagi membawa bike ke bumi Indonesia dengan dibantu oleh Pak Konsul iaitu Pak Hendra.
Masa balik ke hotel kami menapak@jalan kaki je sebab jaraknya pun tak la jauh sebab boleh pakai jalan pintas. Tak jauh kami berjalan tiba-tiba ternampak ada orang menjual air kelapa segar. Apa lagi serbu la.... Dapat la kami hilangkan penat dan dahaga.
Pekena air kelapa dulu boss...
Dahaga dah hilang penat pun dah kurang, kami meneruskan perjalanan untuk balik ke hotel tapi kali ni kami naik Hilux seorang bro bikers Tawau. Sesampai di hotel kami memutuskan untuk bertukar hotel dari Hotel Shervinton ke Park Hotel. Ini kerana dari segi kos penginapan yang lebih jimat. Kami sampai di Park Hotel antara jam 7 malam dan semua peserta check in. Kawe tanpa membuang masa terus masuk ke bilik bagi merehatkan badan. Tapi tanpa tersedar kawe terlelap dan terjaga antara jam 11 malam. Waktu tu la kawe rasa badan kawe lain macam je... Baru kawe tahu yang kawe demam. Masa tu la dalam hati kawe berkata "aduh...belum apa-apa dah demam...dapat teruskan atau tak ni...". Sehingga kawe terlelap sambil memikirkan perjalanan yang masih jauh.....
3 ulasan:
time nih kak nanie hanya mampu berdoa korang selamat pegi dan balik..hehe
Tahniah...En.Zamri satu penulisan travelog yang baik.Tak sabar menanti episod seterusnya.
Tima kasih kak... Budak baru belajar kak..
Catat Ulasan