Isnin, 16 Januari 2012

KONVOI JELAJAH BORNEO 2011 DAY 8 (SAMARINDA-BALIKPAPAN)

Assalamualaikum...

26.11.2011 - Perjalanan hari ini adalah ke Balikpapan dari Samarinda dan akan dipimpin oleh Aki Anis. Kami difahamkan perjalanan hari ini adalah yang paling pendek bagi konvoi. Syukurlah...dapat kami berehat sebentar sebelum bergerak ke Balikpapan. Oleh kerana kami betul-betul kepenatan kerana menempuh perjalanan yang memenatkan semasa menuju ke Samarinda. Kami semua sepakat untuk bergerak ke Balikpapan lewat sedikit sekitar jam 10 pagi. Peluang ini juga kami gunakan untuk melakukan urusan masing-masing sebelum bergerak ke Balikpapan.

Hotel Radja tempat kami bermalam

Masa ni kami keluar untuk urusan masing-masing

Kawe dengan Bro Moore keluar cari tempat cuci bike sebab nak cuci radiator dah terlekat dengan lumpur. Yang lain dah cuci awal dari kami

Tepat jam 10 pagi seperti yang dijadualkan kami semua siap untuk bergerak ke Balikpapan. Perjalanan ke sana akan mengambil masa lebih kurang 3 jam dan kami akan diiringi oleh rakan bikers dari Samarinda yang akan sama-sama ke Balikpapan.

Sedia untuk bergerak

Bergambar bersama bikers Samarinda

Antara orang kuat di Samarinda

Selesai semua urusan keluar hotel termasuk bergambar kami memulakan perjalanan kami untuk ke Balikpapan. Masa ni kawe dah bersedia dari segi mental dan fizikal walaupun kami dimaklumkan jalan yang akan kami lalui bagus. Bukan apa, mana la tau kalau-kalau tak seperti yang diomongkan. Permulaan perjalanan, kami dihidang dengan keadaan sesak jalan raya di Kota Samarinda. Tapi kami bernasib baik kerana ada bikers tempatan yang membantu bagi membuka jalan untuk konvoi. Sebelum tu kami dibawa untuk mengisi 'sarapan' untuk 'kuda' tunggangan kami dulu. Jangan tuannya saja yang bersarapan pagi dihotel, 'kuda tunggangan' kami pun perlu diisi juga agar dapat terus berjalan.

Keadaan jalan yang sesak dengan kenderaan

Stesyen minyak PERTAMINA

Isi cukup-cukup boss...

Selesai kami mengisi 'perut kuda tunggangan' kami, kami meneruskan perjalanan ke tempat asal tujuan kami pada hari ini. Tapi sebelum tu kami akan singgah dahulu di sebuah masjid terbesar di Borneo iaitu Masjid Islamic Centre Samarinda. Oleh kerana keadaan jalan yang sesak, pergerakan kami adalah pelahan. Disinilah bike kawe membuat sedikit kejutan untuk kawe apabila lampu temperature bike kawe menyala. Masa ni memang kawe panik...maunya tak panik kalau perjalanan masih jauh tetiba plak bike buat hal. Oleh kerana waktu ni kawe dibelakang, kawe berhenti ditepi  jalan dengan ditemani dua rakan bikers Samarinda sementara yang lain meneruskan perjalanan ke Masjid Islamic Centre.

Kawe berhenti ditepi jalan sebab bike kawe 'menyakat' kawe

Nasib baiklah bike kawe hanya 'bergurau' sebentar sahaja dengan kawe. Mungkin dia saja nak bermanja dengan kawe kot. Bila lampu temperature  padam, kawe meneruskan perjalanan ke masjid tempat semua bikers lain menunggu. Pertama kali memandang Masjid Islamic Centre, timbul rasa kagum pada binaan yang sememangnya amat besar. Masjidnya cukup indah dengan warna kemerahan dan difahamkan kubah menaranya disalut dengat cat emas. 



Bergambar bersama bikers Samarinda 

Setengah jam kami di Masjid Islamic Centre, kami mula bergerak untuk ke Balikpapan. Dalam perjalanan kami dibawa singgah di satu kawasan tempat menjual buah-buahan tempatan. Kami memilih untuk menikmati raja buah kerana baunya yang membuat kami gagal untuk menahan godaan. Sedikit gambar untuk kawe kongsi.





Dengan harga yang berpatutan, kami makan dengan agak kenyang kerana kebetulan masa ni perut pun dah mula lapar. Semasa disini Bro Ruly menyatakan hajat untuk mencari kain batik Samarinda. Kami dimaklumkan ada kilang yang membuat kain batik Samarinda. Peluang ini tidak kami lepaskan kerana bila lagi untuk kami melihatnya. Sebenarnya apabila kami tiba disana kami agak kecewa sedikit kerana kilang untuk membuat batik telah berpindah. Kami hanya sempat untuk membeli kain batik Samarinda sahaja sebagai buah tangan.

Surau @ Langgar yang terdapat depan tempat membuat kain batik Samarinda

Dengan waktu yang agak mendahului kami, sekitar jam 12 tengahari barulah kami betul-betul dapat meneruskan perjalanan ke Balikpapan. Perjalanan kami ke Balikpapan melalui jalan bertar yang halus tanpa lubang-lubang seperti kebiasaannya. Perjalanan ke Balikpapan juga melalui jalan yang berbukit dan berselekoh. Oleh kerana jalan yang bagus dan berselekoh, ada antara kami yang tidak dapat menahan godaan untuk melayan dua tiga selekoh bagi membalas dendam kerana dah dua hari kami melalui jalan yang boleh dikategorikan sebagai adventure. 

Jambatan keluar dari Kota Samarinda

Hampir dua jam kami menunggang, kami berhenti disuatu tempat untuk melepaskan penat dan untuk memastikan semua bikers  berkumpul semula kerana ada bikers yang terlambat disebabkan jalan yang licin selepas disirami hujan. 

Rehat dulu boss...

Bro Ruly.... Tunggu minuman ye boss....

Tak lama kami berhenti disini kerana kami mengejar masa untuk ke Balikpapan. Kami hanya minum air tin sahaja sebelum kami berkonvoi kembali. Setelah setengah jam menelusuri jalan yang mulus kami ditahan oleh satu group biker yang menunggu di tepi jalan. Rupa-rupanya mereka adalah kumpulan bikers dari Balikpapan. Mereka akan memimpin kami ke Balikpapan yang jaraknya yang berbaki 20 kilometer sahaja lagi. 

Bikers Balikpapan yang menanti kedatangan kami

Bro Ruly....

Kalau tak ilap kawe ni sign board ZOO

Kami kemudiannya diiring ke Balikpapan dan tiba di Balikpapan pada jam 3 petang. Di Balikpapan konvoi mula-mula disambut di perkarangan pejabat KALTIM POST GROUP sebelum kami dibawa Hotel Nuansa Indah untuk bermalam. Kehadiran bikers tempatan disini cukup ramai dan meriah. Sedikit gambar yang menceritakan perjalanan kami dari KALTIM POST GROUP sehingga ke Hotel Nuansa Indah.

















Kami sampai di hotel dan selesai urusan check in hampir jam 5 petang sebelum kami keluar semula pada jam 5.30 untuk melihat sekitar Kota Balikpapan. Masa ni hanya Kawe serta isteri, Bro Moore dan Bro Ali  yang keluar. Kami sebenarnya ditemani oleh bikers tempatan yang sedia membantu bila-bila masa kami memerlukan. Peluang ini kami gunakan untuk mengisi perut yang masih banyak ruang kosong. Makanan yang kami pilih waktu tu adalah coto makassar. Kali ni coto makassar dia lebih menyengat dari yang pertama kami makan di Tarakan. 
Makan coto makassar di kedai tepi laut




Setelah perut dah diisi kami bergerak balik ke hotel kerana pada sebelah malam nanti kami ada jemputan dari pihak Ikatan Motor Besar Indonesia (IMBI) untuk makan malam. Pad sebelah malamnya seperti yang dijanjikan kami mula bergerak untuk memenuhi jemputan dari wakil IMBI untuk majlis makan malam. Kami dibawa oleh bikers tempatan ke sebuah kedai makan milik seorang bikers IMBI dan makan malam kami ditaja oleh beliau. Semasa makan malam tersebut kami sempat juga bertanyakan keadaan jalan yang akan kami tempuhi nanti sehingga ke Pontianak. Rata-rata yang kami tanya tidak dapat memberi maklumat 100% kerana mereka sendiri pun belum pernah melaluinya. Tapi jika diikut dari cerita mulut ke mulut jalan yang akan kami lalui hanya boleh diterjemahkan dengan satu perkataan sahaja iaitu TERUK. 

Sampai di kedai makan milik rakan bikers dari IMBI

Bergambar kenangan dengan bikers dari IMBI dan wakil dari lain-lain kelab

Selesai makan, kami bergerak balik ke hotel sekitar jam 10 malam untuk rehatkan diri kerana perjalanan esok boleh dikatakan agak jauh juga. Sesampai di hotel, sebelum masuk ke bilik Bro Ruly sempat menukar sendiri minyak hitam bikenya yang sebenarnya baru keluar sehari sebelum kami di flag off di Tawau. Ketika inilah kami sempat berdiskusi mengenai perjalanan kami dan jalan yang bakal kami tempuhi hasil sumber-sumber maklumat yang kami terima tadi. Maklumat yang kami terima tadi sedikit sebanyak menggugat mental para peserta sebenarnya. Dan ketika inilah ada antara kami berkira-kira untuk menghantar bike menaiki lori atau feri untuk melepasi jalan antara Palangkaraya ke Pontianak yang dikatakan paling teruk di Kalimantan. Walaupun begitu kawe tetap berharap yang kami akan tetap meneruskan perjalanan kami dan tidak akan ada yang berpatah arang ditengah jalan. Bagi kawe masih menjadikan bike Bro Ali sebagai pengukur. Pada jam 11 malam kawe dengan isteri bergerak balik ke bilik sambil meninggalkan beberapa peserta yang masih berbincang dan berborak sesama sendiri.......... 

Tiada ulasan: