23.11.2011 - Seawal jam 5.30 pagi, kawe dan semua peserta lain sudah bersiap menunggu di lobi hotel selepas bersarapan pagi di cafe yang disediakan di hotel.
Isi perut dulu boss...
Sebelum bergerak ke Pelabuhan
Kawe dah siap awal pagi walaupun masa ni masih lagi demam.
Tepat seperti yang dijanjikan kami mula bergerak menuju ke pelabuhan. Tapi sebelum tu Bro Ruly sebenarnya mempunyai rencana supaya kami dibawa mengelilingi Kota Tarakan dan melawat sebuah perkampungan nelayan di Tarakan ini dahulu sebelum ke pelabuhan. Maka kami dibawa ke sebuah perkampungan nelayan yang juga tempat pendaratan hasil nelayan di Tarakan.
Gambaran penuh Kota Tarakan. Cukup besar dan maju sebenarnya....
Masa ni tetiba plak hujan renyai-renyai turun. nasib baik tak lebat
Semua peserta di perkampungan nelayan. Masa ni Bro Ruly tukang ambik gambar.
Ini namanya kepiting ya pakk....
Kepiting @ ketam...
Jalan-jalan dulu boss...
Setelah dua jam dibawa melawat dan mengelilingi Kota Tarakan, kami sampai di pelabuhan yang menjadi tujuan asal kami pagi ini. Lupa kawe nak bagitahu yang kami telah berhenti mengisi petrol semasa dalam perjalanan ke kampung nelayan tadi. Ini kerana kami akan menghadapi kesulitan untuk mencari petrol di Tanjong Selor jika tidak diisi sekarang. Jika ada pun mungkin agak mahal.
Sampai di pelabuhan
Semasa kami sampai di pelabuhan kelihatan beberapa orang rakan bikers Tarakan menunggu kedatangan kami disini. Mereka datang sebenarnya untuk membantu kami bagi menguruskan kapal untuk membawa bike kami dan kami sendiri. Untuk kapal yang akan membawa kami ke seberang menuju ke Tanjong Selor memang tak menjadi masalah kerana terdapat bot setiap setengah jam yang akan berulang alik dari Tanjong Selor ke Tarakan. Cuma yang menjadi masalah sekarang adalah kapal untuk membawa bike kami ke seberang. Itu yang menjadi masalah utama sekarang. Takkan kami nak jelajah bumi Borneo ni berjalan kaki saja kot...tak mungkin...
Apa pun masalah yang ada perlu diselesaikan satu persatu. Masalah pertama adalah mencari tiket untuk peserta. Tugas ini sekali lagi diserahkan kepada Aki Anis untuk membeli tiket bot. Jika dilihat pasti Aki tidak akan mempunyai masalah untuk membeli tiket, ini kerana terdapat banyak kaunter yang menjual tiket untuk ke Tanjong Selor dan bot akan bergerak setiap setengah jam.
Antara kaunter tiket yang terdapat disini
Ketika kami menunggu Aki Anis membuat urusan untuk membeli tiket, tiba-tiba keadaan cuaca bertukar menjadi gelap dan hujan turun dengan lebat. Masa ni kawe dah mula risau, mana taknya... Kalau dihitung-hitung bermula dari hari pertama kawe bergerak sampai hari ni setiap hari hujan turun. Kawe mula dah pikir macam mana nak lalu jalan-jalan tanah yang kami sedia maklum melalui maklumat kawan-kawan disini dan kenalan dalam facebook Masa ni la kawe kena kuat untuk melawan kawe punya mental. Masa ni juga kawe fikir pergi dulu baru tahu...
Cuaca yang tiba-tiba berubah
Aki sudah menyelesaikan masalah pertama kami iaitu tiket kami untuk ke seberang. Kini tinggal satu sahaja masalah iaitu kapal yang akan membawa bike kami. Kami dimaklumkan bot yang akan membawa kami akan bergerak pada jam 4 petang dengan harga RP80000 setiap seorang. Jika ditukar dalam ringgit lebih kurang RM28.00 setiap seorang. Ini bermakna kami perlu menunggu di pelabuhan selama 6 jam lagi sebelum dapat bergerak ke Tanjong Selor yang akan mengambil masa selama 1 jam untuk sampai.
Sedang asyik kami berbual dan berjenaka bagi menghiburkan hati yang sebenarnya agak resah, kami dimaklumkan oleh Bro Ruly bahawa terdapat kapal yang akan membawa bike kami ke seberang pada jam 4 petang ketika air pasang. Kos bayaran bagi sebuah bike adalah sebanyak RP70000 dan akan mengambil masa selama 4 ke 5 jam untuk sampai. Kami juga dimaklumkan bahawa orang kuat Motor Gede Tarakan (MOGETA) iaitu Abang Haji juga akan ke Tanjong Selor seterusnya akan ke Berau yang mana sehaluan jalan dengan kami. Bagi kami sekarang ada dua berita gembira. Pertama tidaklah kami berkonvoi berjalan kaki dan kedua Abang Haji boleh sedikit sebanyak membantu kami semasa ke Berau nanti dari Tanjong Selor. Tanpa membuang masa kami segera menghantar bike agar dapat dinaikkan ke kapal walaupun keadaan hujan turun renyai-renyai.
Hantar bike untuk naik ke kapal
Dah susun tunggu masa naik ke kapal je...
Jam sudah hampir pukul 12 tengahari, masih ada 4 jam lagi sebelum kami bergerak ke Tanjong Selor. Masa ni masing-masing dah boring. Sampaikan ada yang tertidur dibangku tempat menunggu termasuklah kawe sendiri.
Sampai tertidur Bro Ali...
Abe Mat membaca koran@surat khabar untuk menghilangkan boring
Jadi bagi mengelakkan rasa boring dan ditambah perut yang lapar, kami sepakat untuk keluar mencari kedai makan bagi menyambung nyawa. Maka kami dibawa ke sebuah kedai untuk merasa COTO MAKASSAR. Bukan soto ya...tapi COTO...
Inilah COTO MAKASSAR
Ketupat beras untuk dimakan bersama Coto Makassar. Ketupat ni percuma. Tapi tak boleh tapau..
Semua dah kelaparan ketika ni. Makan slow-slow boss....
Semasa di kedai ini jugaklah kami semua diperkenalkan dengan minuman Ais Jeruk. Mula-mula agak tertanya-tanya apa itu Ais Jeruk. Selepas minum baru kawe tahu yang Ais Jeruk ni sebenarnya buah limau manis yang dibuat jus. Sejak dari sinilah asal pegi mana-mana kedai makan pasti Ais Jeruk yang menjadi permintaan kami.
Abe Mat dan Isteri dengan Ais Jeruk
Selesai kami makan dengan bayaran yang agak murah sebenarnya iaitu sebanyak RP120000 untuk 10 orang termasuk makan dan minum. Kami bergerak balik ke pelabuhan sebelum ada antara kami yang singgah untuk urusan menukar wang dan ada juga membeli barangan keperluan lain. Sekitar jam 3 petang setelah penat seharian menunggu di pelabuhan kami mula bergerak menuju ke bot yang akan kami naiki ke Tanjong Selor.
Selamat tinggal Tarakan.
Masa ni banyak barang yang kami kena bawa. Kelihatan juga Abang Haji (Baju Putih)
Menunggu untuk naik bot
Bot yang akan kami naiki... 38 penumpang boss...
Kawe, Abe Mat dan Bro Ali duduk paling belakang bot
Keadaan dalam bot. Agak berhimpit-himpit
Setelah sejam kami belayar membelah lautan kami seterusnya sampai di Jeti Penumpang Tanjong Selor. Ketibaan kami disini disambut oleh Bro Zul yang merupakan seorang Contact Person kami di Tarakan. Untuk pengetahuan semua, kami mempunyai Contact Person disetiap bandar yang akan kami bermalam. Kami kemudian dibawa ke Hotel Banjar Indah tempat kami akan menginap yang terletak tidak jauh dari jeti dengan menaiki kenderaan.
Kawe dengan Abang Haji di jeti
Keadaan di Jeti Penumpang Tanjong Selor
Hotel Banjar Indah
Apabila sampai di hotel, dek kerana masing-masing sudah kepenatan kami terus masuk ke bilik untuk berehat sekejap serta untuk mengemaskan diri. Kawe sempat juga la terlelap sejam lebih sebelum kami keluar pada jam 8 malam untuk makan.
Bergambar bersama Bro Zul. Masa ni dia terpaksa bergerak ke Balikpapan kerana anak dia ada perlumbaan motocross
Makan malam dengan ikan bakar. Masa ni makan memang terbaikkk......
Sedang asyik menjamu selera Abang Haji memaklumkan yang bike kami akan sampai tak lama lagi. Masa tu dalam hati bukan main lega lagi... Sampai jugak bike kawe... Selepas makan kami bergerak menuju ke pelabuhan tempat bike kami akan diturunkan. Sebelum tu kami sempat singgah di pasar malam yang ada sepanjang jalan berhampiran pelabuhan. Tak lama kemudian kelihatan kapal yang kami tunggu sampai merapat di pelabuhan. Masa tu kebetulan air pasang jadi urusan mengeluarkan bike menjadi mudah. Urusan bagi mengeluarkan bike mesti dilakukan oleh anak kapal dengan upah RP120000 untuk semua bike.
Kapal (biru) yang membawa bike kami
Bike Bro Moore disorong
Bike turn dari kapal ke jeti pelabuhan
Kawe dengan Abang Haji. Bersiap untuk balik ke hotel
Semua urusan bagi mengeluarkan bike selesai dalam 30 minit dan kami mula bergerak balik ke hotel yang jaraknya hanya 5 minit dengan menaiki bike. Setibanya di hotel kami menyusun bike dengan selamat sebelum kami semua masuk kebilik masing-masing untuk melelapkan mata. Sebelum kawe terlelap sempat juga berfikir, agak-agak macamana la perjalanan esok ye....
2 ulasan:
Semasa perjalanan balik dari perkampunagan nelayan [kg juatak kelikir..] ada singgah ke masjid kan..xde pic ke??hehe
Ada kak... Tapi tak upload.
Catat Ulasan