Assalamualaikum....
25.11.2011
– Perjalanan hari ini adalah merupakan hari kelima bagi konvoi dan hari ketujuh
bagi kawe. Perjalanan hari ini akan membawa konvoi ke Samarinda. Malam
sebelumnya kami sempat bertanya-tanya pada penduduk tempatan tentang kondisi @
keadaan jalan yang akan kami lalui esok
hari. Bermacam-macam versi cerita yang
kami dengar. Terdapat versi original dan juga versi cetak rompak yang sampai ke
telinga kami. Ada yang cakap kami tak dapat sampai dalam satu hari lah...ada
yang kata 16 jam boleh sampai...ada juga yang bilang jalan tak bisa tembus
la...dan macam-macam lagi versi cerita.
Cerita ini sedikit sebanyak membuat hati kawe rasa sedikit takut. Tapi
kawe berfikir kalau motor Bro Ali boleh jalan motor kawe pun bisa.... Tapi
semua cerita yang kami dengar tu bukanlah cerita yang terkini dan ada cerita
yang dah hampir 6 bulan lepas. Malah ada juga cerita yang disampaikan dari mulut
ke mulut sahaja. Waktu tu kebetulan ada seorang penduduk tempatan yang memang
dari Samarinda pada hari sebelumnya dan dia cakap jalan boleh dilalui dalam
masa sehari asalkan tidak hujan. Cerita ini kami anggap inilah cerita yang
original kerana kami mendengar sendiri dari mulut orang yang pernah melaluinya.
Soal kondisi jalan memang dia cakap jalan tidak berturap dan hanya tanah merah.
Cuma ada beberapa tempat yang sudah ditabur dengan batu halus dan cuma
perjalanan dari Sengata (kalau tak silap kawe) ke Samarinda sahaja yang bertar.
Seawal jam 6 pagi kami telah bersedia untuk
memulakan perjalanan kami selepas kami bersarapan pagi di hotel tempat kami
menginap. Bagi perjalanan pada hari ini Bro Moore akan menjadi ketua konvoi.
Selepas taklimat dan bacaan doa oleh Aki Anis kami memulakan perjalanan pada
pagi itu dengan harapan perjalanan adalah lancar. Waktu ni kawe melihat ke
langit dan keadaan langit cerah kebiruan. Dalam hati masa ni betul-betul
bersyukur dan berharap agar hujan tidak turun.
Perjalanan kami pada awalnya
melalui jalan bertar yang rosak dengan lubang-lubang yang dalam dan semua
peserta terpaksa mengelak kiri kanan jalan supaya tidak terlanggar lubang yang
ada. Walaupun begitu bagi kami jalannya boleh dikatakan selesa pada kami
selepas seharian melalui jalan yang teruk semasa menuju ke Wahau pada hari
sebelumnya. Waktu ini kami hanya mampu
bergerak pada kelajuan maksima 60km/j.
Aki Anis Memimpin bacaan doa
Bersedia untuk bergerak.
Gambaran keadaan jalan yang kami gunakan
Selepas
hampir dua jam menunggang, kelihatan Bro Ruly, Bro Ali dan Aki berhenti disatu
kedai @ warung bagi menunggu kami yang dibelakang. Maklumlah waktu ni kami
berpecah kepada dua group. Masa ni diaorang bertiga siap oder minuman dan makan
pisang lagi. Kawe pun apa lagi oder la skali....
Sedang asyik minum n makan apa yang ada, tiba-tiba Bro Ali kelihatan keluar dari semak sambil membawa sebotol air mineral yang besar (saudara-saudari sendiri pikir lah apa yang Bro Ali buat disemak) dan menunjukkan arah jalan yang akan kami lalui ke Samarinda.
Dalam
hati kawe biar betul Bro Ali ni....nak bergurau pun agak-agak la. Jalan yang
Bro Ali tunjukkan sebenarnya adalah jalan tanah kuning yang menyerupai jalan
balak dengan tanah berlumpur dan berlopak air. Rupa-rupanya Bro Ali tidak
bergurau selepas Aki memberitahu yang kami memang akan menggunakan jalan
tersebut untuk ke Samarinda selepas bertanya kepada tuan kedai kerana untuk
konvoi ni kami tidak membawa GPS mahupun peta. Untuk arah kami hanya bertanya
pada penduduk tempatan untuk membantu arah perjalanan kami. Kebetulan kelihatan
dua buah lori yang cuba melepasi jalan berlumpur untuk menuju ke Wahau.
Dikesempatan inilah kami gunakan untuk bertanyakan keadaan sebenar jalan yang
telah mereka lalui. Dari maklumbalas mereka bahawa jalan untuk ke Samarinda
boleh dilalui dengan bike kami. Itu pun asalkan jalan tidak hujan. Tapi kalau
tengok pada cuaca pasti tidak hujan. Ini
sedikit sebanyak telah memberi keyakinan pada kami untuk melalui jalan tersebut
menuju ke Samarinda walaupun kebanyakan antara kami menggunakan tayar yang
bukan pada tempatnya.
Makan dulu boss...
Sedang asyik minum n makan apa yang ada, tiba-tiba Bro Ali kelihatan keluar dari semak sambil membawa sebotol air mineral yang besar (saudara-saudari sendiri pikir lah apa yang Bro Ali buat disemak) dan menunjukkan arah jalan yang akan kami lalui ke Samarinda.
Inilah jalan yang Bro Ali tunjukkan
Kawe dengan Bro Ali. Jalan ni ke...biar betul boss....
Lori yang bergerak dalam kumpulan kecil
Yang depan menarik yang belakang
Inilah kumpulan yang telah memberi gambaran penuh pada kami
Apabila
pasti maklumat yang kami terima, kami meneruskan perjalanan ke Samarinda dengan
menggunakan jalan yang sebenarnya lebih teruk dari jalan yang kami guna pada
hari sebelumnya. Baru 20 meter kami bergerak kami mula disajikan dengan jalan
berlumpur yang agak teruk yang mana telah menyebabkan Abe Mat terjatuh akibat
tayar depan tergelincir. Disinilah semangat berpasukan yang sebenar mula
ditunjukkan oleh setiap ahli konvoi apabila kami masing-masing membantu satu
sama lain untuk melepasi jalan tersebut sebelum kami meneruskan perjalanan kami untuk ke Samarinda Sedikit gambar yang
menceritakan pada anda.
Setelah
halangan pertama ditempuhi, kali ini perserta diuji sekali lagi apabila bike
Abe Mat mengalami masalah apabila cable
clucth terputus. Waktu ni hanya kawe, Aki dan Abe Mat di belakang kerana
Bro Ali, Ruly dan Moore didepan. Apabila melihat bike Abe Mat mengalami masalah
kawe dan Aki berhenti untuk membantu. Nasib baik kawe ada membawa tali kabel
ganti pada waktu tu dan kerosakan bike Abe Mat dapat dibaiki dengan dibantu
oleh Aki dan Abe Mat sendiri.
Selepas bike Abe Mat dibaiki kami meneruskan
perjalanan kami dan tiba disatu lagi tempat jalan yang agak teruk dimana Bro
Ali, Ruly dan Moore menunggu kami. Kami memaklumkan pada mereka yang bike Abe Mat
mengalami masalah sedikit dan disebabkan itu kami terlambat di belakang.
Bike Abe Mat putus kabel clutch
Kawe dan Aki. Mekanik tak bertauliah.
Abe Mat kelihatan risau. Jangan risau boss...
Kalau hujan la....macam mana nak lalu....
Waktu ni isteri kawe terpaksa turun
Isteri kawe... Hepi nampak...
Salah satu kenderaan yang menggunakan jalan yang sama. Tak sampai 10 biji pun kami jumpa
Aki Anis dan Bro Moore
Abe Mat... Kelihatan Bro Moore dibelakang semasa berpatah balik
Bro Moore tergelincir semasa berpatah balik
Halangan
ini ini juga dapat kami tempuhi walaupun waktu ni Bro Moore tumbang kerana
licin. Bro Moore tumbang pun sebab nak berpatah balik untuk melihat kami yang
masa tu berhenti membaiki bike Abe Mat. Konvoi selepas itu diteruskan dan kami
akan melalui kabupaten@daerah Kutai Timur seterusnya ke Samarinda. Sedikit
gambar yang menceritakan perjalanan kami
menuju ke Kutai Timur.
Bertemu seorang penduduk tempatan yang memakai motorsikal
Berhenti sekejap menikmati pemandangan
Lompat jangan tak lompat....
Pemandangan menarik... Awan bagaikan disusun
Sekitar
jam 11.30 pagi kami mengalami satu lagi masalah apabila drain bolt bike Bro Ali pecah akibat terlantak batu tunggul sewaktu
kami berpatah balik selepas kami salah memasuki simpang sejauh 5 kilometer
untuk ke Samarinda. Masalah ini cuba kami selesaikan tanpa rasa panik dan Aki
Anis pergi mencari bantuan selepas kami dimaklumkan bahawa terdapat
perkampungan dihadapan sejauh 2 kilometer dan juga terdapat bengkel membaiki
motor. Waktu ini jugalah kawe meminta Aki untuk bertanyakan samada bengkel
tersebut ada menjual gam ‘dua tan’ atau tidak kerana jika ada masalah kami
dapat diselesaikan. Setengah jam kami menunggu sebelum Aki Anis datang bersama
mekanik bengkel tersebut dan sambil membawa menu utama iaitu gam ‘dua tan’ yang
menjadi penyelamat utama kami pada waktu itu.
Enjin pecah boss....
Kebocoran pada drain bolt
Jangan risau boss
Menunggu sementara bike Bro Ali dibaiki
Bike dibawa ke sebuah rumah berdekatan untuk dibaiki
Sementara
menunggu bike Bro Ali dibaiki, peserta lain mengambil peluang untuk berehat
bagi melepaskan penat. Ketika ini juga beberapa peserta sempat menunaikan solat
jumaat bersama penduduk tempatan yang sememangnya amat ramah menyambut
kedatangan kami serta banyak membantu dengan memberikan kami tempat untuk
berehat buat seketika.
Mendengar khutbah jumaat
Inilah tempat kami semua berehat sementara menunggu bike Bro Ali siap. Kami diberi makan pisang, air dan rojak. Terima kasih boss.....
Bergambar dengan punduduk kampung yang begitu baik hati dan banyak membantu kami waktu dalam kesusahan
Setelah
kebocoran enjin pada bike Bro Ali ditampal yang mengambil masa hampir 4 jam untuk
siap. Kami meneruskan perjalanan kami. Kalau di ikutkan konvoi akan ke daerah
Sengata terlebih dahulu kerana ada bikers yang sedang menunggu kedatangan kami
dan kerana kondisi jalan dari Sengata ke Samarinda yang beraspal @ bertar
mulus. Tapi oleh kerana jaraknya yang hampir dua kali ganda Bro Moore selaku
ketua konvoi pada hari itu mengambil keputusan untuk terus ke Samarinda kerana
kami kesuntukan masa. Ini bermakna kami akan menggunakan jalan short cut yang tidak bertar dan bertanah
kuning ke Samarinda. Apa pun konvoi diteruskan ke tempat tujuan asal kami pada
hari itu iaitu Samarinda.
Isi petrol dulu sebelum bergerak ke Samarinda
Desa Beno Harapan
Jalan yang akan membawa kami ke Samarinda
Behenti rehat lagi. Penat boss....
Perjalanan
kami menggunakan jalan pintas ke Samarinda pada mulanya melalui jalan berbatu
halus sebelum kami terpaksa menggunakan jalan pembalakan yang digunakan untuk
mengangkut kayu untuk dibuat kertas. Sepanjang jalan di kiri kanan kami hanya ladang
pokok kertas yang kami lihat. Pemandangannya sesayup mata memandang. Lebih
kurang satu jam kami menunggang, kawe dan Bro Moore terpaksa berhenti untuk
menyimpan beberapa peralatan seprti kamera kerana kami mula dihujani air hujan
yang mencurah sementara peserta lain meneruskan perjalanan. Setelah semuanya
selamat kawe yang berada dihadapan Bro Moore bergerak meggunakan jalan tanah
merah yang kelihatan agak lembap. Waktu inilah kawe rasa tayar belakang kawe tidak
mencengkam tanah. Nasib baiklah kawe dapat berhenti ditepi jalan, kalau tidak
pasti kawe tergolek. Semasa berhenti kerana masih terkejut, isteri kawe
memberitahu yang Bro Moore jatuh kat belakang kawe. Kawe berlari membantu Bro
Moore yang tidak mengalami kecederaan. Cuma sedikit masalah pada pedal brek
bike. Kawe dengan Bro Moore seterusnya bergerak dengan perlahan dan tidak jauh
dihadapan kelihatan peserta lain berhenti kerana berteduh. Peluang ini kami
gunakan untuk membaiki kerosakan pedal brek Bro Moore yang bengkok.
Berhenti berteduh. Jalan inilah yang menyebabkan Bro Moore dua kali jatuh
Hujan
yang turun agak lebat pada awalnya tiba-tiba berhenti. Ketika inilah kami
berbincang sama ada untuk meneruskan perjalanan kami ke Samarinda atau bermalam
disekitar kawasan sini kerana hari sudah lebih jam 5 petang. Selepas
perbincangan kami memutuskan untuk meneruskan perjalanan ke tempat tujuan kami.
Itu pun selepas kami dimaklumkan oleh
pemandu lori yang memaklumkan jalan dihadapan kering. Bro Ali secara sukarela
menawarkan diri untuk membuat
pemeriksaan keadaan jalan sama ada selamat atau tidak untuk kami lalui.Apabila
disahkan selamat oleh Bro Ali kami meneruskan semula perjalanan kami yang
menyaksikan sekali lagi Bro Moore terjatuh kerana licin.
Setelah mengharungi perjalanan yang memenatkan selama lebih 15 jam dan dengan jarak lebih kurang 400km kami akhirnya sampai di Samarinda dengan disambut oleh rakan-rakan Bikers disana. Untuk sampai ke Samarinda kami sebenarnya terpaksa meredah kegelapan malam dengan keadaan jalan berlumpur yang licin selepas dibasahi hujan. Namun begitu kami bersyukur kerana tidak ada perkara yang tidak diigini berlaku walaupun Abe Mat terjatuh semasa menuruni bukit.
Dalam kepenatan kami seterusnya dibawa ke Hotel Radja untuk menginap
yang ditaja oleh rakan-rakan bikers Samarinda. Selesai kami check in, oleh kerana kepenatan kawe
tertidur tanpa sempat kawe mandi sebelum dikejutkan oleh panggilan dari Aki
yang mengajak turun untuk makan. Kawe dan isteri terpaksa menolak dan kami
berdua hanya makan dibilik selepas oder dari hotel. Selesai makan dan mandi sekitar jam 1 pagi kawe melelapkan mata dalam keletihan yang amat sambil memikirkan perjalanan
hari esok.....
P/S: Cuba Google (KONVOI JELAJAH BORNEO 2011) kat internet gerenti pembaca akan jumpa cerita dalam surat kabar tempatan yang mengatakan kami sesat di Kutai Timur. Tapi cerita itu bukanlah cerita yang sebenarnya...
Antara gambar-gambar terakhir kami ke Samarinda sebelum hari bertukar gelap
Setelah mengharungi perjalanan yang memenatkan selama lebih 15 jam dan dengan jarak lebih kurang 400km kami akhirnya sampai di Samarinda dengan disambut oleh rakan-rakan Bikers disana. Untuk sampai ke Samarinda kami sebenarnya terpaksa meredah kegelapan malam dengan keadaan jalan berlumpur yang licin selepas dibasahi hujan. Namun begitu kami bersyukur kerana tidak ada perkara yang tidak diigini berlaku walaupun Abe Mat terjatuh semasa menuruni bukit.
Tiba di Samarinda dengan disambut bikers Tempatan
Pemandangan malam Kota Samarinda
Sampai di hotel. Perjalanan yang meletihkan boss...
P/S: Cuba Google (KONVOI JELAJAH BORNEO 2011) kat internet gerenti pembaca akan jumpa cerita dalam surat kabar tempatan yang mengatakan kami sesat di Kutai Timur. Tapi cerita itu bukanlah cerita yang sebenarnya...
3 ulasan:
Tahniah bro bro bikers yang cekal dan tabah menempuhi cabaran..hidup bikers
Terima kasih boss...
teringat masalalu ketika PT Kiani Hutani Lestari bangkrut aku sempat tinggal di Beno Harapan selama setahun ikut orang tua, dan aku juga pernah sekolah SMP di Hutani Lestari, Depan Masjid sekitar 50 m...
Catat Ulasan