Assalamualaikum....
01.12.2011 –
Hari ini merupakan hari ke 14 bagi kawe dan isteri sejak memulakan perjalanan
untuk menyertai KONVOI JELAJAH BORNEO 2011 INFO ON WHEEL. Dan hari ini kami
akan bergerak menuju ke Kuching, Sarawak dan hanya 5 buah bike sahaja kerana
Abe Mat terpaksa pulang awal selepas berjumpa Konsul Muda pada hari sebelumnya
kerana ingin menguruskan kargo bagi menghantar bike balik ke semenanjung.
Seperti yang
dipersetujui kami akan bergerak seawal jam 6 pagi untuk keluar dari Kota
Pontianak. Langkah ini kami ambil kerana untuk mengelakkan kesesakan jalan yang
sememangnya sibuk dengan bermacam kenderaan. Jika tidak kami pasti akan
terkandas selama sejam sebelum kami bisa keluar dari Kota Pontianak. Ternyata
percaturan yang kami ambil adalah tepat kerana kami dapat keluar dengan lancar pada
pagi itu.
Perjalanan
kami pada pagi itu lancar dan melalui jalan yang bertar cantik dengan
selekoh-selekoh yang tajam selepas satu jam meninggalkan Kota Pontianak. Oleh
kerana kami belum bersarapan pagi, kami memutuskan untuk berhenti bagi
mengalas perut di persimpangan jalan antara Sosok-Tayan.
Semasa berhenti disinilah kawe perasan yang bro Ali kelihatan pucat. Rupanya bro Ali terkena keracunan makanan. Bukan dia seorang sahaja yang terkena malah isteri kawe, kawe sendiri, bro Moore juga terkena. Kawe dan Moore masih didalam tahap terkawal dan isteri kawe pula sihat sedikit selepas memakan ubat yang diberikan oleh Aki Anis. Tetapi yang paling kesian adalah bro Ali kerana semasa berhenti dia sempat berbaring tidur selepas dua kali termuntah-muntah.
Berhenti disebuah kedai makan dipersimpangan jalan antara Sosok-Tayan
Berbincang mengenai perjalanan kerana ramai yang keracunan makanan. Keputusan = TERUSKAN
Ikan Patin = Antara makanan yang ada tapi kami tidak makan dan hanya minum sahaja
Selepas hampir
sejam kami berhenti, kami mengambil keputusan untuk bergerak untuk menuju ke
sempadan negara antara Indonesia- Malaysia selepas bebarapa antara kami memakan
ubat kerana keracunan makanan. Perjalanan kami menuju ke sempadan mula melaui
sedikit jalan yang rosak dan berlubang tetapi tidaklah parah bagi kami.
Masa ni kami sudah mula melalui kawasan kampung
Simpang ke Entikong = KANAN
Jalan perkampungan yang kami lalui dan perlu berhati-hati kerana juga masih mengamalkan HUKUM ADAT. Jangan sampai terlanggar apa-apa......
Bro Ali waktu kami berhenti mengisi petrol. Disinilah bro Ali ketinggalan kerana kami menyangka dia didepan. Rupanya ke tandas dibelakang stesen minyak.
Spray rantai dulu boss.... Kasi lancar skit. Kotornya bike kawe....
Persimpangan menuju ke Entikong = KIRI
Masa ni ada lori eksiden tapi lorinya dah takde yang ada cuma hasil 'peninggalan' sahaja.
Kami sempat berhenti untuk makan durian sebelum sampai di Entikong. Harga adalah RP70000 atau RM25.00 untuk 4 biji.
Selepas mengaharungi perjalanan menuju ke sempadan negara yang mengambil masa 2 jam dari Sosok. Kami akhirnya sampai di Entikong untuk menguruskan urusan Kastam dan Imigresen. Semasa di Entikong inilah kami perasan yang bro Ali tiada kerana pada awalnya kami menyangka bro Ali ada didepan kami. Agak risau kami sebenarnya jika apa-apa berlaku kepada dia kerana kesihatannya yang paling parah. Kami memutuskan untuk menunggu selama setengah jam dan jika tidak sampai kami akan berpatah untuk mencari Bro Ali. Nasib baiklah bro Ali kelihatan dan dia menyatakan yang dia ke tandas sewaktu kami berhenti mengisi minyak. Dalam perjalanan sebanyak 3 kali dia berhenti kerana cirit-birit.
Terminal Bas Entikong
Pak POLISI hanya melihat konvoi melimpasi Kantor Polisi di Entikong
Hampir memasuki pagar utama Pos Pemeriksaan Imigresen Entikong
Deretan speda motor yang di parking. Kalau tak silap kawe mereka ni OJEK @ penambang
Sampai di Pos Pemeriksaan Imigrasi dan Kastam Entikong
Kelihatan pegawai dari Kastam dan Imigresen semasa kami sampai
Bro Ruly sibuk menelefon bro Ali tapi tidak berjawab.
Bergerak melintasi sempadan Indonesia
Melintasi Pos Polis DiRaja Malaysia. Dihadapan kelihatan Pos Imigresen dan Kastam Tebedu, Sarawak.
Parking dulu boss sementara uruskan urusan Imigresen dan Kastam Malaysia
Bergambar bersama bro Saiful Haizam yang turut hadir menyambut kami. Inilah orang kuat yang telah menaiki motorsikal ke London.
Urusan
Kastam dan Imigresen di kedua-dua negara kami lakukan tanpa sebarang masalah kerana
untuk makluman kami dibekalkan surat kemudahan dari Konsulat Malaysia di
Pontianak dan mereka juga tahu yang kami akan melalui sempadan kedua-dua negara.
Seterusnya
kami mula bergerak untuk ke Kuching dan perjalanan kami ke Kuching ditemani
beberapa rakan bikers yang sanggup datang untuk menjemput kami di sempadan
Malaysia iaitu Tebedu. Kami kemudiannya berhenti untuk makan tengahari di pekan
Serian sebelum meneruskan lagi perjalanan menuju ke Kuching. Kami sampai di
Kuching dengan pakaian yang basah kuyup kerana disirami hujan dipertengahan
jalan sekitar jam 4 petang. Kami menginap di Hotel Liwah dan bersebelahan
dengan Restoran Chili Pepper dengan harga lebih kurang RM80.00 kecuali bro
Moore yang pulang ke rumah yang sememangnya di kuching.
Gambaran semasa kami bergerak ke Kuching. Tapi hanya gambar dari Tebedu ke Serian sahaja
Pada sebelah
malamnya tiada apa aktiviti yang kami lakukan kerana hujan lebat selain terpaksa
berehat kerana sedikit masalah kesihatan yang agak mengganggu…..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan