Sabtu, 4 Februari 2012

KONVOI JELAJAH BORNEO 2011 DAY 15 (KUCHING-SIBU)

Assalamualikum...

02.12.2011 - Hari ini kami bergerak agak lewat ke Sibu, sekitar jam 2 petang. Kalu diikutkan pada rancangan asal kami akan bergerak awal pagi dalam jam 8 kerana untuk menghadiri program SIBU BIKE WEEK. Tetapi rancangan itu terpaksa kami ubah kerana kami terpaksa menguruskan sedikit hal kecemasan yang melibatkan back up car kami dari Tawau yang datang ke Kuching bersama Sis Malinda yang menunggang YAMAHA VIRAGO 1100.

Untuk perjalanan ke Sibu tidak banyak gambar yang kami ambil dan boleh dikatakan tiada kerana sepanjang perjalanan ke Sibu kami tidak henti-henti disirami hujan yang bermula dari Kuching lagi. Dalam kesejukan kami bergerak dengan purata kelajuan sekitar 80km/j kerana jalan betul-betul licin. Dan dalam perjalanan kami sempat menyaksikan sekurang-kurangnya 6 kemalangan yang melibatkan kenderaan. Keadaan ini memaksa kami supaya lebih berhati-hati.

Setelah mengharungi perjalanan yang panjang, kami akhirnya sampai di tapak berlansungnya SIBU BIKE WEEK iaitu di Dataran Sibu sekitar jam 9 malam. Semasa tiba rombongan kami disambut oleh penganjur Sibu Bike Week iaitu saudara Rafee yang juga merupakan Presiden bagi kelab RAZZ CHOPPER yang juga merupakan penganjur bagi acara SIBU BIKE WEEK.

Kami bersama perganjur SIBU BIKE WEEK iaitu saudara Rafee

Kami berada di Dataran Sibu lebih kurang setengah jam sebelum kami bergerak untuk mencari hotel untuk menginap. Oleh kerana kebanyakan hotel telah penuh kami berpecah kepada dua kumpulan dimana kawe, Bro Ali dan Sis Malinda satu hotel dan Bro Ruly, Aki Anis dan Bro Moore hotel yang lain. Untuk perjalanan hari ini  agak selesa walaupun ada antara kami yang kesejukan selepas seharian dibasahi hujan....


Tiada ulasan: