Ahad, 26 Februari 2012

RIDE SANTAI CNY (LIMBANG-KUDAT) - DAY 1 - 21.01.2012

Assalamualaikum....

Lambat pula kawe update entry untuk kali ini. Bukan sebab malas tapi kerana sibuk sikit dengan kerja dua minggu ini. Untuk cerita pada kali ini kawe akan ceritakan berkenaan perjalanan kawe dan isteri pada Tahun Baru Cina (CNY) yang lepas. Untuk perjalanan kami pada hari pertama adalah akan bermula di Limbang dan akan terus ke Kudat. Jarak perjalanan yang akan kami tempuhi adalah lebih kurang 485 kilometer untuk sampai ke Kudat.

Perancangan awal kawe dan isteri untuk bertolak awal pagi dalam jam 7 pagi kerana ada beberapa tempat yang ingin kami singgah antaranya Tanjung Simpang Mengayau, Kudat. Tapi inilah yang jadi bila ride solo macam ni. Dari segi disiplin mulalah dipandang remeh. Ini menyebabkan kami terlewat bergerak dari rumah sekitar jam 9 pagi. Kerana agak terlewat bergerak menyebabkan kami tidak sempat untuk bersarapan pagi. Jadi kami mengambil keputusan untuk bersarapan sahaja di Lawas. Kebetulan juga ingin berjumpa kawan di Lawas. Perjalanan kami ke lawas mengambil masa lebih kurang satu jam dan kami terpaksa melalui negara Brunei Darussalam dalam daerah Temburong.

Bersarapan bersama Bro Zaini di Lawas...... Sebenarnya kawe panggil 'CIP' sebab sama keje

Hampir sejam kawe di Lawas sebab seronok sangat berborak. Lagi pun nama pun ride santai.... Jadi kira kawe dan isteri santai betul-betul la. Dari Lawas kami akan bergerak menuju ke Sipitang, Sabah yang akan mengambil masa sekitar 30 minit dengan gaya santai dan sebelum memasuki Sabah kita dimestikan untuk melapor di Pos Imigresen Merapok bagi negeri Sarawak dan Pos Imigresen Sindumin bagi negeri Sabah sebelum dibenarkan meneruskan perjalanan. Untuk Makluman ini merupakan satu-satunya sempadan negeri yang ada di Malaysia (mungkin dunia juga).

Awal perjalanan kami disajikan dengan keadaan jalan yang lengang tanpa banyak kenderaan dijalan raya. Kalau ada pun bukan yang boleh dikategorikan sibuk.
Jalan antara Sipitang-Beaufort

Tak banyak kenderaan masa ni... Asyikkk....

Jalan lurus dan kosong... Tapi tetap santai...

Apabila mula memasuki Pekan Beaufort barulah keadaan jalan agak sibuk lebih dari hari-hari biasa dengan kenderaan lalu lalang. Dengan hari yang dah mulai panas kawe menunggang dengan kelajuan sekitar 60 km/j sebelum benar-benar keluar dari kawasan Beaufort.

Masa ni dah mula nak masuk Pekan Beaufort. Baru nampak sibuk sikit...

'Limau Bali' di bulatan selepas jambatan Beaufort

Landasan keretapi di Beaufort... Landasan ini bermula di Kota Kinabalu dan berakhir di Tenom

Dari Beaufort kami akan bergerak ke Papar sebelum sampai di Kota Kinabalu. Perjalanan ke Papar masih melalui keadaan jalan yang sibuk dari kedua-dua arah. Tapi nasib baiklah kerana memang rancangan asal untuk ride santai, kawe mengikut sahaja rentak kesesakan sempena Tahun Baru Cina ini. 

Selepas Beaufort keadaan jalan agak tenang

Banyak pula kenderaan selepas 20km meninggalkan Beaufort

Waktu ni kawe melintasi konvoi skuter. Jumlah mereka lebih kurang 15 biji. Ke KK agaknya...

Kami seterusnya sampai di Papar dan kawe mengambil keputusan untuk berhenti bagi mengisi minyak kerana minyak yang kawe isi di Limbang hanya tinggal 2 bar sahaja lagi. Kalau diikut boleh sampai di KK tapi saja kawe isi awal sebab tak nak tunggu lama ber'Q' untuk menunggu mengisi minyak di KK. Di Papar kawe mengisi minyak sebanyak RM24.00.

Menghampiri Papar dalam hari yang panas...

Dan sekitar jam 2 petang kami mula memasuki kawasan Kota Kinabalu dengan kelajuan sekitar 80-100km/j. Keadaan jalan waktu ni bertambah sibuk walaupun waktu ni kawe mula memasuki jalan dua lorong.

Mula memasuki jalan dua lorong dengan hari yang panas. Tiada awan di langit yang kelihatan.

Gambar Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu

Secara rasmi kami memasuki Kota Kinabalu...

Kota Kinabalu...

Bergerak meninggalkan Kota Kinabalu...

Oleh kerana kami sampai di KK lewat dari jadual perancangan awal kami, kawe mengambil keputusan untuk bergerak terus ke Kudat walaupun masa ni bermacam irama berlagu di dalam perut.  Selepas berjaya keluar dari KK kawe dan isteri mengambil keputusan untuk berhenti sebentar di sebuah stesen minyak bagi merehatkan badan dan menghilangkan dahaga dek kerana hari yang betul-betul panas pada waktu itu.

White V kawe dan isteri kawe

Kawe di Petronas Bakut

Hampir setengahjam kami di Bakut sebelum kami bergerak untuk menuju ke Kudat. Dari Bakut kami akan melalui Kota Belud untuk ke Kudat.

Keadaan jalan yang tenang dan lengang....

Keadaan jalan yang cantik ditambah pokok kiri kanan jalan

Banyaknya kereta... Orang kawin kot...

Antara bukit yang akan dilalui sebelum sampai di Kota Belud

Simpang ke Kudat...

Dari Kota Belud kami bergerak menuju ke Kudat dan perjalanan pada kali ini melalui kawasan perkampungan dengan pemandangan sawah padi di kiri kanan jalan. Pemandangan ini sedikit sebanyak mampu menghilangkan penat yang kami rasai.

Sawah padi... Pemandangan paling jarang dilihat di bumi Borneo...

Lembu-lembu dijalanan... Lembu didahulukan, Kenderaan Diutamakan...

Sawah lagi...

Banyak betul lembu di kawasan ni... Lain kali kena hati-hati ni...
  
Sesudah disajikan dengan pemandangan sawah padi, kami mula memasuki kawasan bukit dan disini kami disajikan dengan sedikit keadaan jalan yang berbatu yang masih dalam pembinaan. Jaraknya adalah lebih kurang 5 kilometer sahaja.

Jalan dibasahkan untuk mengelakkan debu...

Teringat jalan masa Jelajah Borneo hari tu...

Banyak pula kenderaan waktu ni...

Kalau hujan ni kompom licin...

Sekitar jam 4 petang kami sampai di Kampung Mengaris dan disini kami berhenti sekali lagi untuk merehatkan badan. 

Deretan gerai yang menjual buah-buahan

Makan manggis boss..

Jagung bakar... Lapar punya pasal... Hahaha

White V kawe... Berubah wajah selepas Jelajah Borneo

Setelah kembali mendapatkan tenaga kami mula bergerak lagi dengan harapan kami sempat untuk ke Tanjung Simpang Mengayau sebelum hari bertukar gelap.

Jalan yang cantik dan melalui kawasan ladang sawit yang luas

Kalau tak silap kawe ini merupakan salah satu tempat perlancongan iaitu Rumah Panjang Rungus

Jalan yang lurus... Tapi perlu berhati-hati kerana ini merupakan kawasan perkampungan

TIP OF BORNEO... Tempat yang patut dikunjungi jika ke Kudat

Jika dilihat pada jam sekarang baru pukul 5.15 petang. Jadi masih sempat untuk kami pergi ke Tanjung Simpang Mengayau jadi kami terus bergerak ke Tanjung Simpang Mengayau dan sampai lebih kurang jam 5.30 petang.

Simpang masuk ke Tanjung Simpang Mengayau. Jarak lebih kurang 8 kilometer

Pantai yang cantik di Simpang Mengayau

Kulit kerangan yang dijual oleh penduduk tempatan

Kalau rasa nak bermalam boleh bermalam di chalet yang disediakan

Kawe n  White V kawe di Tanjung Simpang Mengayau

Isteri kawe dan White V 

Gambar kami di Tanjung Simpang Mengayau

Inilah tanjung yang memisahkan Laut China Selatan dan Laut Sulu


White V kawe...

Tak lama kami di Tanjung Simpang Mengayau kerana hari dah menunjukkan jam 6 dan oleh kerana negeri di bawah bayu ini keadaan malam yang cepat menjelang, kami mengambil keputusan untuk terus bergerak ke Kudat untuk mencari hotel untuk bermalam. Harap-harap adalah bilik untuk bermalam kerana kawe tak membuat tempahan awal di tambah pula dengan cuti CNY.

Masa keluar dari Tanjung Simpang Mengayau kawe guna jalan kedua yang berbatu

Sempat lagi isteri kawe ambil gambar walaupun melalui jalan berbatu

Jam 7 petang kami sampai di Pekan Kudat dan perkara yang perlu kawe setelkan adalah untuk mencari bilik untuk kami bermalam. Urusan mencari bilik untuk bermalam menjadi cabaran bagi kawe kerana boleh dikatakan semua bilik hotel penuh. Nak tak nak kawe terpaksa juga mencari hotel murah yang tidak disediakan tempat untuk menyimpan bike. Boleh dikira nasib kawe bagus apabila menjumpai sebuah hotel murah iaitu Hotel Grace Garden yang didepannya terdapat kedai makan 24 jam dan berhampiran dengan Maybank. Jadi kawe mengambil keputusan untuk menyimpan bike didepan kedai makan tersebut.

Malamnya kami makan di Terminal Tom Yam. Apa yang kawe suka adalah Tom Yam yang dimasak memang terbaik bagi kawe. Ini sebenarnya kali kedua kawe makan disini dan kali pertama masa kawe ke Kudat pada tahun 2009.

Makan di Terminal Tom Yam Kudat

 Selepas makan kami bergerak balik ke hotel untuk berehat setelah seharian penat menunggang. Untuk perjalanan keesokan harinya kawe akan ke Kundasang melalui Sapi Nangoh.














1 ulasan:

as berkata...

tebaik riding dalam masa sehari