03.12.2011 - Hari ini perjalanan kawe dan peserta lain adalah ke Limbang. Bagi kawe Limbang merupakan destinasi terakhir bagi kawe, isteri dan Bro Ali untuk menamatkan KONVOI JELAJAH BORNEO 2011 INFO ON WHEEL. Tetapi Bro Moore merupakan antara peserta terawal yang berjaya menamatkan jelajah iaitu di Kuching. Manakala Aki Anis akan tamat di Bintulu dan bagi Bro Ruly perjalanan beliau masih jauh iaitu ke Tawau. Siapa yang dahulu menamatkan jelajah tidak penting bagi kami, apa yang penting adalah semua selamat pergi dan selamat kembali.
Di depan hotel tempat kawe menginap sebelum bergerak. Nama hotel kawe lupa la...
Masa ni Bro Ali tengah agihkan gambar yang kami print semasa di Pontianak untuk semua peserta tandatangan
Kawe menerima cendera hati yang disampaikan oleh Bro Ruly selaku Ketua Rombongan
Isteri kawe pun terima jugak...
Aki Anis...
Bro Ali...
Bro Moore...
Bro Ruly...
Bergambar kenangan bersama bikers yang menginap di Hotel PARAMOUNT
Bergerak meninggalkan Bandar Sibu
Sempat singgah di kedai Bro Rafie....
Bikers kalau tak silap dari Brunei.... Baru balik dari SIBU BIKE WEEK
Satu konvoi yang panjang dari Brunei.... Terpaksa kami potong...Sori boss..
Juga bikers dari Brunei...
Sportster boss...
Santai je diaorang....
Konvoi...Masa ni dah nak masuk area Bandar Bintulu
Sis Malinda dengan VIRAGO 1100....
Bro Ali...
Bro Ruly...
Masa ni bergerak menuju ke Kedai Makan milik Presiden Bintulu Bikers iaitu Abe Mad
Bukak kasut ye bang...
Aki menghantar kami keluar dari Bandar Sibu
Masa ni dah nak sampai Miri...
Bro Patrick @ Paddy Padan n wife... Juga baru pulang dari Sibu Bike Week
Dahaga punya pasal... Sampai dua skali kawe minum... hahahah
Bro Ali n Ruly... Makan jagung ye bang...
Berhenti hilangkan penat dulu boss...
Sis Malinda... Masa ni kami berhenti mengisi petrol bike Bro Ali sebelum bergerak menuju ke Limbang melalui Brunei...
Hampir setengah jam kami berhenti rehat di Luak Bay Esplanade sebelum kami mula bergerak memasuki Bandar Miri untuk mengisi minyak dan seterusnya ke Limbang melalui Brunei dan baki perjalanan sekitar 2 jam sahaja lagi. Pergerakan kami melintasi Negara Brunei Darussalam tidak memakan masa yang lama kerana kami boleh dikatakan biasa menggunakan negara minyak ini untuk ke Miri.
Berhenti di Jerudong Park... Rehat kejap boss...
Sis Malinda... Masa ni berhenti tunggu Bro Ali beli barang di Brunei....
Selepas menhantar Bro Ruly dan Sis Malinda ke hotel, kawe, isteri dan Bro Ali bergerak untuk balik kerumah masing-masing. Kawe sampai dirumah sekitar jam 8 .30 malam dan secara rasminya tamatlah penjelajahan kawe dan rakan-rakan dalam menyempurnakan misi kami untuk menawan bumi Borneo yang sememangnya mencabar bagi kami. Apa pun KONVOI JELAJAH BORNEO 2011 INFO ON WHEEL ini akan tetap kawe kenang sampai bila-bila. Terlalu banyak kenangan pahit manis yang kami tempuhi bersama dalam memastikan misi kami berjaya. Teringat kata-kata KAMI YANG PERTAMA DAN KAMI YANG BERJAYA......
3 ulasan:
Alhamdulillah,selamat sampai. Apa yang penting keselamatan dan komunikasi yang bertimbang rasa antara ahli kumpulan perlu diutamakan. Tahniah buat kalian.
Terbaik bro.
syok giler baca, rasa macam ada dalam konvoi sekali.. tapi dah tentu tak sebest yang dialami oleh peserta konvoi, terbaik
Catat Ulasan