Sabtu, 18 Februari 2012

RIDE SANTAI CNY (INTRO)

Assalamualaikum...

Pada 21, 22 dan 23 Januari 2012 baru-baru ini, kawe dan isteri telah merencanakan satu agenda untuk memenuhi cuti Tahun Baru Cina aka CNY dengan RIDE SANTAI ke negeri dibawah bayu. Untuk ride kali ini tiada ahli lain yang ikut dan hanya kami berdua bertemankan KAWASAKI VERSYS kami sahaja yang mengikuti rencana kami pada kali ini. Ada juga saya menjemput kawan-kawan lain untuk ikut tapi kerana masing-masing ada urusan, kawe teruskan agenda kawe bersama wife kawe. Ini boleh dikatakan HONEYMOON RIDE kot...hehehe...

Arah perjalanan kawe sebenarnya adalah seperti berikut iaitu akan melalui (LIMBANG-KOTA KINABALU-KUDAT-KOTA MARUDU-PITAS-TELUPID-RANAU-KUNDASANG-TAMBUNAN-KENINGAU-TENOM-LIMBANG). Untuk ride kawe pada kali ini adalah lebih kepada untuk santai-santai menghabiskan cuti yang ada.

Kawe akan kongsikan pengalaman RIDE SANTAI kawe ini....

Tiada ulasan: