Ahad, 23 Jun 2013

RIDE KE BIIBBF 2013 - DAY 3 (KUCHING)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.....

Untuk entry kali ini, kawe akan kongsikan berkenaan perjalanan hari ke 3 kami sempena Ride ke BIIBBF ke-14. Jika diikutkan sebenarnya aturcara hari ini untuk BIIBBF adalah padat, walaupun begitu kami tidak mengikuti keseluruhan acara kerana ada beberapa perkara lain yang kami lakukan. Kawe akan kongsikan dengan rakan-rakan semua.

08.06.2013 - HARI KETIGA

0730hrs - Hari ini kawe bangun agak lewat kerana dijadualkan jam 9 pagi barulah aktiviti kami bermula. Untuk pagi ini kami sebenarnya mempunyai tugas khas yang akan dilaksanakan. Tugas ini sebenarnya adalah dari saudara Hussin yang merupakan Setiauaha Kelab MNLG Bikers Bintulu. Dan tugas yang dipohon untuk dilaksanakan adalah acara escort pengantin. Kerana tugas khas inilah, telah menyaksikan yang rakan-rakan kawe sibuk mencuci bike dari awal pagi lagi. Kawe pun tak lepaskan peluang ikut serta. 

Aktiviti cuci bike yang kawe sempat ambik

0900hrs - Kami mula bergerak menuju ke perkarangan Hotel Merdeka Palace tempat yang dijanjikan untuk kami berkumpul bersama rakan-rakan dari MNLG Bikers Bintulu.

Bergerak dari Nadin Homestay ke Merdeka Palace Hotel

Kenderaan yang agak kurang memudahkan kami bergerak dalam konvoi

Berhenti sementara menunggu lampu isyarat

Antara acara yang diadakan sempena BIIBBF iaitu acara mengayuh basikal

Kami menunggu dihadapan Hotel Merdeka Palace

Banner BIIBBF dihadapan Hotel Merdeka Palace yang menyambut kedatangan bikers dari pelbagai nagara

0930hrs - Setengah jam kami menunggu dan seterusnya kami bergerak menuju ke tempat tujuan iaitu tempat yang akan bermula kami akan escort pengantin.

Bergerak menuju ke tempat penganti menunggu

Rakan-rakan dari MNLG Bikers mendahului konvoi

Sampai dan parking dulu.... Menunggu penganti bersiap.

Bike kawe..

Saudara Hussin memberi sedikit taklimat berkenaan pergerakan konvoi

Pengantin yang akan di escort

Bersedia untuk bergerak

1030hrs - Kami mula bergerak menuju ke Dewan Hikmah tempat yang akan berlansungnya acara persandingan bagi pengantin baru yang kami escort. Pergerakan menuju ke Dewan Hikmah agak lancar kerana tidak banyak kenderaan yang keluar pada hari tersebut. Mungkin hari masih awal kerana cuti hujung minggu.

Konvoi kami dibelakang kereta pengantin

Rakan-rakan MNLG Bikers deihadapan kereta pengantin

Pengantin sampai di Dewan Hikmah

Pengantin di atas pelamin

Rakan-rakan dari MNLG Bikers Bintulu

Kami dari Northern Sarawak Bikers Club (NSBC)

Tetamu lain yang hadir

Acara makan Nasi Temuan. Hanya di Negeri Sarawak sahaja ada Nasi Temuan. Nak tahu boleh Google

Bergambar bersama pengantin

Pengantin di atas pelamin.

1215hrs - Selesai acara di Dewan Hikmah, kami bergerak menuju ke Plaza Merdeka untuk menghadiri acara BIIBBF ke-14. Tetapi sebelum kami ke tapak acara, kami sempat untuk singgah di Ghee Seng Motor terlebih dahulu yang terletak di Jalan Padungan, Kuching untuk mencari dan mengintai beberapa aksesori yang berkenan dihati.

Antara aksesori yang terdapat di Ghee Seng Motor

Agak sesak waktu ni kerana ramai bikers yang sama tujuan dengan kami

Yuhanis... hati-hati boss... Alihkan baik-baik...

Memang takde gaya kawe naik racer.... Hahahaha

1330hrs - Selesai urusan mengintai aksesori di Ghee Seng Motor, kami bergerak menuju ke tapak acara. Sesampai disana kelihatan ramai bikers yang telah bersedia untuk acara ride ke Pasir Panjang, Santubong.

Bergambar dengan kawan-kawan lama dari Tegar Bikers, Kota Samarahan.

Bike yang sedia untuk menunggu dilepaskan

Kawe bergambar dengan Uncle Guan dan Abang Mazlan (Presiden Miri Bikers Club)

Agak sibuk waktu ni kerana marshall bertugas sibuk menyusun bike

White V kawe terselit sebelah sana...

Plaza Merdeka. tempat berlansungnya acara BIIBBF ke-14

Bike abang-abang bomba... Macam-macam alatan dibawa 3 beradik ini...

Harley Davidson... Kalau tak silap kepunyaan RAZZ CHOPPER

Ini pun Harley jugak kot...

White V kawe lagi...

Bersedia untuk bergerak

Semua dan on da bike...

1450hrs - Konvoi telah dilepaskan secara rasmi untuk acara ride ke Pasir Panjang, Santubong. Acara ride ke Pasir Panjang telah dipermudahkan dengan adanya kerjasama dari pihak Polis dan dibantu oleh marshall-marshall yang terlatih dari Borneo Island Big Bikers (BIBB). Dalam acara ride ke pasir Panjang, telah disediakan sedikit aktiviti iaitu aktiviti minum air kelapa percuma untuk semua bikers yang hadir. Perjalanan ke Pasir Panjang memakan masa lebih kurang 20 minit dan jarak lebih kurang 16 kilometer. Disini kawe ada sediakan sedikit gambar semasa acara ride ke Pasir Panjang sewaktu perjalanan pergi dan balik dan sewaktu di Pasir Panjang sendiri.

Konvoi disusun dalam dua barisan sebelum bergerak ke Pasir Panjang

Masih panjang konvoi dibelakang kawe

Bergerak tanpa mengganggu laluan kenderaan lain




Yuhanes N wife









Macam Power Rangers... V Putih, V Hitam, V Merah, V Hijau dan V Kuning









Menunggu air kelapa dipotong








Bimota











Marshall BIBB



Mady Moore... Antara orang kuat BIBB

Sarjan Zainudin... 



Marshall mengambil alih tugas dari pihak polis

Kawe n Ah Chang

1700hrs - Selesai acara konvoi ke Pasir Panjang kami bergerak balik ke tempat penginapan untuk berehat  kerana hampir seharian kami berpanas di Bandar Kuching, Sarawak.

2000hrs - Untuk aktiviti malam, kami hanya keluar untuk makan di kawasan tebingan sungai di Kuching. Oleh kerana agak kepenatan, kami hanya memesan makanan yang cepat untuk disediakan.

Makan dulu boss...

Goreng pujuk midim goreng belacan dan terubok goreng dan ketam goreng

Makan kenyang-kenyang boss...

2130hrs - Setelah perut kekenyangan kami bergerak untuk balik untuk berehat kerana perjalanan kami pada hari esok masih menunggu kami.